Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Saturday, January 23, 2010

Mr & Mrs BFF 4

Dulu lain, sekarang dah lain…


Khusyairi duduk santai di balkoni. Matanya sesekali menoleh juga ke dalam bilik. Kepalanya digeleng-geleng berkali-kali. Amishah di dalam sedang berlari dari almari ke meja solek dan ke cermin dinding.
Sekali-sekala dia cuma mampu menahan nafas bila terlihat Amishah secara tak sengaja terlepas kain sarungnya bila nak menukar seluar. Ya Allah…astaghfirullah…walaupun mereka berkawan baik, entah kenapa dia boleh berperasaan yang bukan-bukan pada Amishah.
Kalau dulu, Amishah boleh baring di atas pehanya pun sambil membaca majalah, dia cuma biasa-biasa. Tak ada perasaan aneh langsung.
Di bawah sana, tiada apa yang boleh dilihat dengan jelas. Malam sudah lama berlabuh. Diburukkan lagi dengan hujan lebat yang turun tadi. Kabus menutup setiap sudut bumi Cameron yang sangat indah ini.
Arghh…perutnya tiba-tiba memedih. Dia lapar amat. Sejak sampai mereka langsung tak menjamah apa-apa.
“Shah, cepatlah sikit.” Dia bangun. Menggosok-gosok telapak tangan yang sudah mula membiru. Cameron, sejuknya engkau…
“Kejap, Ri. Aku lilit mafla ni dulu.”
“Alah, cukup-cukuplah tu guna sweater. Kau ni over pula. mengalahkan mat saleh.” Matanya sempat juga mengerling pada Amishah yang berseluar hitam dipadankan dengan baju panas berbelang biru putih. Cantik. Sesuai dengan Amishah.
Mendengar sindiran itu, Amishah cuma ketawa. “Sportinglah sikit, Ri. Kau ingat aku ada banyak sangat masa ke nak datang sini selalu? Peluang yang ada ni kena direbut betul-betul.”
“Entah-entah nanti aku kat Sabah, kau pula asal weekend aje berjoli kat sini.”
“Amboi-amboi, cik abang…” matanya tajam menjeling. Khusyairi angkat bahu dengan lagak mencabar. “Mulut tu kenalah insurans sikit, Ri. Kau ingat aku ni wife yang macam mana agaknya? Yang suka makan luar bila hubby dia tak ada?.”
“Taklah sampai macam tu sekali, shah. Tapi aku kenal kaulah. Kau suka sangat bercuti. Tambah-tambah pula bila dah aku susah nak dapat cuti nanti, mesti kau melancong sendiri kan?.”
Amishah macam perempuan lain juga. Kegemarannya melancong, bershopping. Memang semua perempuan macam itu pun. Maknya pun sama. Dulu-dulu semasa mereka masih kecil, asal saja masuk gaji, mereka semua akan diusung maknya ke pekan. Membeli itu ini yang nampak di depan mata.
Lima belas minit kemudian, barulah dia mampu tarik nafas bila Amishah mula menyarung sandalnya ke kaki.
“Okey, Ri. Aku siap dah.”
Perlahan-lahan dia menurut. Mencapai kasut di atas rak dan menurut langkah Amishah di belakang. Amishah yang tetap nampak elegan dan enegetic walau cuma berpakaian biasa. Sekali-sekala matanya dilarikan bila sedar terlalu lama merenung lenggok Amishah.
Aduh, kenapa dengan aku ni?
Inikah yang orang katakan sebagai berkat berkahwin? Tapi, aku tak merancang pun untuk kahwin lama-lama dengan shah. Dia sendiri tak nak bersuamikan aku. Kami nak bercerai…nanti. Bila? Entahlah. Aku sendiri berlum bersedia.
Khusyairi terus mendiamkan diri dan tanpa sedar Amishah sudah pun berhenti. Hampir-hampir dia terlanggar tubuh isterinya yang sedang bercekak pinggang dengan lirik mata seolah-olah polis penyiasat.
“Kenapa ni? Nampak lain aje.” Tak sempat ditahan, lengan kanannya sudah dipeluk erat Amishah. Kelu lidah dibuatnya.
“Ri, kau tak sihat ke? atau mengantuk? Tak ada mood?.”
Geleng. Bibirnya cepat-cepat ukir senyuman. “Aku okey. Kita sama-sama lapar jadi aku taklah mengantuk.” Pelukan Amishah berbalas malah lebih erat. Kalau shah boleh peluk dia tanpa perasaan aneh, kenapa tidak dia sendiri?
“Ermm…manja betul.”
“Manja?.”
Senyuman Amishah muncul. “Yelah. Tadi bila aku tak peluk kau, kau sengaja jalan di belakang, lambat-lambat. Ini bila dah dapat perhatian, bukan main happy pula.”
Manja? Khusyairi telan air liur. Begitukah pandangan Amishah padaku? Lelaki manja yang selalu perlukan perhatian?
“Kau rasa aku manja ya?.” Soalnya sambil melingkarkan tangan ke pinggang isterinya. Sedikit sebanyak hilang juga kesejukan angin malam yang mencucuk bagai ke tulang hitam. Tambah-tambah dengan haba dari tubuhnya bergabung dengan Amishah.
“Baru sekarang ke kau sedar yang kau tu manja, Ri?.”
Soalan Amishah membuatnya melebarkan senyuman. “Habis tu tadi kau juga yang kata aku ni manja. Bila aku tanya pendapat kau, bukan jawapan yang aku dapat tapi soalan pula. Apalah kau ni, shah.”
“Okey..okey..aku jawab.”
“Kau rasa aku manja?.”
“Hurmm…setakat ni, bagi aku memang kau manja sangat dengan aku. Kau tak nak beraya ke mana-mana selagi aku tak datang jemput kau, kau suka makan apa saja yang aku beli, kalau aku cerita, kau suka sangat dengar, kau selalu suruh aku kirimkan cendol buatan aku sendiri bila waktu nak berbuka, kau suka aku jalan rapat-rapat dengan kau, kau…kau betul-betul nak kuasai seluruh perhatian dan kasih-sayang aku.”
Khusyairi membulatkan mata. “Begitu banyak ke buktinya, shah?.”
Amishah angguk. “Ke nak dengar yang lainnya pula? ada banyak lagi yang aku lupa nak mention tu.”
“Err..”
“Yang paling mengada sekali bila kau menangis sungguh-sungguh dekat bahu aku ni bila kau dapat surat suruh kau pindah Sabah last year. Ya Allah, malu betul aku orang keliling semuanya tengok kita.”
“Kau malu?.” Soalnya seiring dengan senyuman. Waktu itu, dia bagai dirasuk hantu sampai hilang sama sekali rasa malunya. Malu pada orang sekeliling, malu pada orang tua mereka yang terbeliak mata melihatnya, malu pada Nik dan Am.
Langkah diatur sama rentak. Amishah memeluk lengannya makin erat sedangkan rentak degup jantungnya di dalam semakin membara.
Seorang pelayan muncul memberikan tempat kosong. Khusyairi terus menarik kerusi buat Amishah sebelum dia sendiri duduk di tempatnya.
“Kau nak makan apa, shah?.”
“Err..aku lapar tapi tak nak makan benda yang heavy. Dah malam ni. Lepas makan, confirm tidur.”
“Tapi aku laparlah.”
“Err..okey, kalau macam tu, kita order seafood fried rice with salad.”
“Salad?.” Khusyairi berfikir-fikir. Dia tak sukakan salad. Mual rasanya kalau dia tergigit sedikit daun salad. “Siapa yang nak makan salad tu nanti? Membazirlah.”
“Akulah yang makan. Tapi kalau kau rasa macam tak dapat nak habiskan nasi goreng tu, ini hah, wife kau ni ada. Aku boleh tolong sikit-sikit.” Lagi pun Khusyairi memang bukan hantu makan pun. Sebab itu badannya kurus macam batang lidi.
“Betul?.”
“Betul. Aku janji.”
“Okey.” Di luar kawalan, Khusyairi tiba-tiba bangun dan mendaratkan kucupan di pipi Amishah sedang isterinya sudah terkebil-kebil bercampur malu bila menyedari si pelayan turut menjadi saksi.
“Ri!.”

5 comments:

  1. so sweet!!
    sambung la cepat2!
    huhu...

    ReplyDelete
  2. eeeeeeii..suke2..
    khusyairi cm ade feeling jeee...

    ReplyDelete
  3. weee comel
    mcm dah ade perasaan je dorang
    ahakzz
    -na'dz

    ReplyDelete
  4. emm besh sesangat...
    cepat la smbong bebanyak sikit..
    bru besh skit
    xla bru nk feling
    pastu abes
    huhuu
    neway gud...

    ReplyDelete
  5. gler sweet....
    smbung bnyk2.....
    cter nih mmg best...=]

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts