Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Monday, January 4, 2010

sesuci kasih seorang isteri 33

Semasa kami tiba di halaman rumah papa dan mama, kawasan sekitar sudah dipenuhi dengan kerusi dan meja. Saudara-mara papa dan mama juga kelihatan duduk-duduk sambil bersembang di bawah khemah.

Pak long dan Mak long menyambut kami sebaik sahaja aku membuka pintu kereta. Terasa segan sebenarnya kerana lambat datang.

“Pak long guna catering separuh. Itu yang cepat siap semua ni.” Komen Pak long semasa kami bersalaman.

Mak long membawa Alishah, Asha dan Mak Kiah ke kawasan khemah wanita yang menempatkan hampir sepuluh orang kaum keluarga mama.

“Saya minta maaf sebab tak sempat tolong, pak long. Banyak kerja dekat office tu.”

Pak long terangguk-angguk. Sementara pak long kembali kepada kumpulannya tadi, aku mengangkat dua buah beg pakaian ke dalam rumah. Kalau sudah menyambut kepulangan papa, mama dan along sekeluarga, masakan kami hendak berkeras tidak mahu bermalam di sini. Nanti apa pula kata mama.

“Zikri tidur sini kan malam ni?.” Sapa Mak lang yang baru keluar dari bilik air di hujung tangga.

“Ya, mak lang. semalam ajelah kot yang boleh.”

“Baguslah macam tu. Kerja banyak pun, jangan sesekali lupakan tanggungjawab.”

Aku mengangguk setuju. Tanggungjawab jangan dilupakan. Setakat ini aku masih menunaikan semua tanggungjawabku dengan baik. Kepada papa dan mama. Kepada Alishah. Kepada Asha. Kepada Allah s,w,t. Kepada syarikatku.

Tapi bagaimana hukumnya tentang tanggungjawabku terhadap Sofea? Dia ku nikahi bukan atas kehendakku. Lalu…

“Mak lang turun dululah ya, Zik. Nak jenguk masakan kat laman belakang tu macam mana. Dah siap ke belum.”

“Eh, bukan pak long kata guna catering ke, mak lang?.”

“Iyalah tapi kerja orang diupah ni kena dipantau. Penting. Nak lagi kalau budak-budak remaja lelaki aje yang selesaikan.” Ujar Mak lang dengan mulut yang terjuih-juih seakan dia sama sekali tidak mempercayai kredibiliti pekerja catering tersebut.

“Kalau macam tu, Zik masuk dululah. Lepas ni Zik turun. Tolong apa-apa yang tak siap lagi tu.”

Mak lang senyum suka. Walaupun aku jarang bertemu adik mama ini tapi sikapnya yang mudah mesra itu menghalau rasa kekok jauh daripadaku apabila berbicara dengannya.

Selepas solat maghrib berjemaah di ruang tamu yang sudah dikosongkan segala perabotnya, kami terus bersedia mahu bertolak ke lapangan terbang. Menurut papa, penerbangan mereka akan mendarat jam 8. 50 malam ini.

Aku mengajak Alishah dan Asha sama tetapi Alishah memberi alasan mahu membantu menghidangkan makanan untuk para tetamu. Sementelah pula Asha pasti akan merengek tidak selesa kerana mengantuk.

Akhirnya, sepuluh buah kereta bergerak ke lapangan terbang. Aku bersama Pak lang, Izham dan Carmine. Pemandu papa berseorangan untuk membawa papa dan mama. Pak long memandu Toyota Alphard nya khas untuk membawa Along sekeluarga. Diikuti oleh sepupu-sepupuku yang lain dan kawan-kawan rapat orang tuaku.

Jam menunjukkan lagi sepuluh minit menuju ke pukul 8.50 semasa kami masuk ke ruangan ketibaan. Aku mengambil keputusan duduk di kerusi yang tersedia sahaja. Carmine, anak bongsu Pak Lang merengek minta diambil gambarnya di salah satu sudut menarik KLIA.

Sementara itu, aku membelek-belek telefon di tangan. Gambar-gambar comel dan keletah Asha menjadi tatapan. Sudah besar anakku.

“Amru dah nak pindah Malaysia terus ke?.” Satu suara tiba-tiba menyapa. Aku menoleh ke belakang. Razif, anak menantu Datuk Munir yang sebaya dengan Along. Entah bila dia duduk di situ.

“Ya, macam itulah nampaknya. Papa dengan mama pun sokong kalau dia balik menetap di sini.”

Razif terangguk-angguk. “Bolehlah tolong bisnes uncle.”

“That’s the main reason why papa asked him to come back and live here. Bisnes papa tu dah tak larat papa nak handle.” Bukan aku tak mahu membantu tapi aku lebih senang membuka langkah sendiri.

“Awak kenapa tak join sekali bisnes tu? Bisnes macam itu punya bagus. Ada masa depan. Rugi tak join.”

Sebuah senyuman terukir di bibir. Padaku, lebih elok berjalan sendiri daripada mengikut jejak orang. Nanti jika jejaknya hilang, kita yang terbiasa mengikut sahaja pasti akan tercari-cari.

“Saya rasa bisnes yang saya usahakan sekarang pun dah makin stabil. Kira okeylah untuk usahawan muda.” Bukan niat mahu mendabik dada tapi aku tidak rela diriku dipandang sebelah mata begini.

Papa dan mama dikerumuni oleh semua yang hadir menyambut mereka di lapangan terbang. Aku terpaksa duduk menanti keadaan reda sedikit sebelum berpeluang meraih pelukan papa dan mama.

“Mana..”

Belum sempat menghabiskan ayat, kelihatan Along berjalan mendampingi Irman Khalis yang duduk di kerusi roda. Wajahnya hampir penuh dibalut kain pembalut berwarna putih. Di belakang mereka, Kak long berpegangan tangan dengan Irene Putri yang memeluk Teddy Bear yang hampir sama besarnya dengan kanak-kanak 5 tahun.

“Ilyah?.” Mama tercari-cari. Semua orang kini mengerumuni keluarga Along yang sudah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke Malaysia.

“Dia ke toilet, ma.” Perjelas Kak long.

Mama menarik kak long ke sisinya untuk diperkenalkan kepada semua. Aku merapati Along dan Irman.

“Irman dah okey ke?.” Sapaku sambil membelek-belek lebam di lengannya.

Dia cuma mampu mengerdipkan matanya beberapa kali. Along sama sekali tidak membuka mulut. Entah dia terharu atau segan denganku.

“Along?.”

“Aku sihat. Terima kasih sebab tolong aku, ngah. Kau ajelah adik aku dunia akhirat. Aku hutang nyawa dengan kau.”

“Biarlah..”

Aku berniat mahu menolak kerusi roda Irman namun tubuhku tiba-tiba ditarik ke dalam pelukan Along. Terpempan aku dibuatnya. Selama ini mana pernah kami serapat ini. Aku dan along, jiwa kami berbeza sama sekali.

Dari kecil sehinggalah masing-masing meningkat dewasa. Along selalu mentertawakanku yang suka memerap di rumah. Berdamping dengan papa dan mama. Katanya aku hampir-hampir menjadi ‘sotong’.

Setiap kali digelar ‘sotong’, mahu atau tidak aku akan mengalirkan air mata. Mengadu kepada mama. Aku sesungguhnya bukan lembut. Cuma naluriku saja yang bencikan kebebasan, kekasaran dan keganasan.

Tidak seperti along. Masuk tingkatan 1, dia sudah berani memukul rakan sekelasnya gara-gara berebutkan seorang guru perempuan yang cantik. Jiwanya memang lain.

Along pernah dihukum gantung sekolah selama sebulan atas kesalahan meraba tubuh classmatenya. Berbirat jugalah belakangnya dirotan papa. Waktu itu, aku tiba-tiba berasa terlalu bersyukur aku tidak mengikut jejaknya.

“Papa, tunggu.”

Satu suara manja tiba-tiba melaung. Kami serentak menoleh ke belakang. Seorang gadis berkulit cerah dengan pipi yang agak kemerahan berlari-lari mendapatkan kami. Dia lebih mirip wajah mamanya. Cantik tetapi sayang, dia tidak diajar untuk menutup aurat. Pakaiannya ala-ala anak gadis mat saleh.

“Ilyah, salam dengan pak ngah.”

“Okey.” Dia menghulurkan tangan kanan. Tiada ciuman seperti lazimnya anak-anak melayu apabila menyalami tangan bapa saudaranya sendiri.

“Kenapa along biarkan Ilyah ke toilet sendiri? Dia baru sampai ke sini, banyak benda dia tak tahu lagi.” Marahku selepas itu. Di telinga along.

“Kami dah biasa macam ini. Bebas.”

Aku merengus benci. “Ya, sebab dah biasa sangat bebaslah along paksa saya berkorban sampai macam ini.”

Sekali ini dia terkunci mulut. Aku bergerak menolak Irman ke arah kumpulan saudara-mara dan rakan-rakan papa dan mama yang masih mahu beramah-mesra dengan orang jauh ini.

“Zik, apa hal kamu tak ajak menantu dengan cucu kesayangan mama ke mari?.” Soal mama dengan wajah masam.

Pak lang dan beberapa orang yang terdengar mengulum senyuman di bibir masing-masing. Mungkin mama terlalu excited sebentar tadi hinggakan baru sekarang dia perasan Alishah dan Asha tiada bersama.

“Isha tolong sediakan makanan kat rumah. Dia tunggu mama dengan papa kat rumah aje.”

Mendengar jawapanku, mama terus tersenyum. “Rajin benar menantu mama seorang tu. Tambah sayang mama dibuatnya.”

“Tengoklah siapa husband dia, ma.” Usikku sengaja mahu bermain.

“Iyalah. Syukurlah. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Mama gembira kalau anak-anak mama gembira.”

“Kot iya pun, takkan kita tak nak bergerak ke rumah pula ni? Abang dah penat. Nak jumpa saudara-mara kita dekat rumah tu.” Papa menolak troli yang penuh berisi pakaian sebelum pak lang menawarkan bantuan membantunya.

p/s : minta maaf banyak-banyak kalau dah berkurun berabad menunggu cerita saya yang x seistimewa mana ini...tima kaseh juga sudi menjenguk ke mari...tentang pembukuan cerita ni, saya pun x pasti..ada rezeki adalah..x ada rezeki apa boleh buat kan?? hehe

5 comments:

  1. cte ni tetap best~
    chaiyok2 kak tyea..=)

    ReplyDelete
  2. knp episod kali ni cam x bpe nk mnggamit perasaan..hehe
    dun have feeling tuk episod kali nie..
    knp ekk..
    sowi klo buat penulis terase..x bermaksud ape2..
    juz for a comment..

    ReplyDelete
  3. esmaralda..x apa..saya x terasa pun. Baguslah ada juga yang sudi komenkan? hehe..mungkin memang bab ni kurang 'kick' atau sebab dah terlalu lama x baca yang buat esma dah xde feeling, kan...

    ReplyDelete
  4. mayb kot..
    pape pon sy tetap nk jd pmbace setia novel nie.
    klo nk di novelkan, melepas la sy nk ikut bace smpi ending..
    sbb ssh la nk cari novel2 ni..
    xtau sy nk cari katne..

    ReplyDelete
  5. kenapa sofea blh terima zik?
    x fhm betul sy...

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts