Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Sunday, January 31, 2010

Mr & Mrs BFF 5

Ops, I did it again!

Amishah mengemas semua pakaiannya lambat-lambat. Sebaik sahaja disedarinya ada sepasang mata yang begitu ralit memandang susuk tubuhnya, kerja-kerjanya menjadi semakin lambat.
Entah kenapa, Khusyairi berlagak makin pelik sejak mereka sudah menjadi suami isteri. Dia maklum Khusyairi memang sedikit pantang dekat dengan perempuan tapi dia musykil bila rasa hatinya selalu mengatakan Khusyairi seakan hendak menggoda, hendak memikat sedangkan mereka sudah sama-sama berjanji akan berpisah dalam masa terdekat ini.
“Ri, boleh tak kau jangan tenung aku macam tu?.” Marahnya bila mata yang sama masih tidak berubah kedudukannya. Masih lekat pada dirinya.
“Apa?.”
“Jangan nak cari pasal ya, cik abang. Nak renung-renung aku macam tu.” Nanti entah apa-apa pula yang akan jadi.
Khusyairi angkat bahu. Sesekali dia berpura-pura menghadap laptop di depan mata. Dia serba-salah bila tertangkap dengan Amishah begitu tapi semuanya memang tak terkawal. Pagi-pagi yang sejuk begini, dia rasa semakin tertarik pada isterinya yang akan dia tinggalkan entah untuk berapa lama di sini.
“Boleh tak kau tolong kemaskan pakaian-pakaian aku tu sekali?.”
“Alah, kemaslah sendiri ya. Kau pun bukannya sibuk sangat. Asyik online, entah dengan perempuan manalah kau chat agaknya ya.” Bibirnya mencebik sekali. Entah-entah di Sabah, Khusyairi sudah pasang dua tiga awek agaknya.
Lagipun sepanjang perjalanan ke airport nanti, dia yang akan memandu. Dia perlukan lebih rehat jadi rencananya, selepas berkemas, dia mahu menyambung tidur sekejap. Pukul sepuluh nanti, mereka perlu memulakan perjalanan.
Seluar jeans dan baju sejuk yang dipakainya semalam dilipat masuk ke dalam beg. Telekung, sejadah dan baju tidur semuanya sudah tersimpan.
“Ah, aku dah siap.” Keluhnya lega. “Ri, aku nak tidur dulu ya. Please wake me up by nine o’clock nanti. “
Amishah sudah berjalan ke katil. Dengan singlet berbalut jaket begitu, Amishah nampak terlalu santai. “Shah, kemaslah pakaian aku dulu.”
“Ish, pemalas betul! Tak naklah. Walaupun kita dah kahwin, aku nak kau sentiasa set dalam otak yang kau tetap kena siapkan diri kau sendiri. Jangan bergantung sangat dengan aku. Kita kahwin ni olok-olok aje.”
“Pleaselah, shah.”
“No..no, dear..” senyuman mengejek meleret di bibirnya. “Kalau kau nak terlepas flight, kau tunggulah ‘mak’ kau ni kemaskan. aku tak nak pinjamkan duit beli tiket baru.”
Lelaki asal saja mendapat isteri, semuanya pun jadi manja, malas. Semua nak mengharapkan isteri. Dan dia tidak mahu Khusyairi jadi begitu. Biar Khusyairi berdikari. Nanti kalau sudah berpisah, tidaklah tercari-cari bekas isteri.
Enggan membiarkan renungan semacam Khusyairi terus membuatnya rimas sendiri, akhirnya Amishah segera mengatup mata. Selimut di hujung kaki ditarik hingga ke paras bahu. Dia cuba memaksa dirinya tidur namun masih dapat dirasakan renungan tajam menikam Khusyairi di wajahnya.
Dalam senyap, dia berpura-pura sudah lena sebelum menarik selimut menutup seluruh mukanya. Rimas benar kalau ada yang memandang dengan niat entah apa-apa begitu.
Aduh, tak terbayang aku kalau kami buat apa-apa dekat Cameron ni! Oh, aku tak sanggup. Amishah ketap bibir di bawah selimut. Walau hubungan yang ada ini sah, dia memang tetap takut. Kahwin tanpa niat. Kahwin tak komited begini. Tak ada jaminan langsung.
Oh, tapi macam mana agaknya ya kalau kami terlajak di luar sedar? Tiba-tiba aku ditakdirkan hamil? Sedangkan nanti kami nak bercerai? Agak-agaknya sanggup ke Khusyairi nak tunggu aku sampai bersalin baru bercerai? Dia nak ke jaga anak tu nanti sama-sama dengan aku? Bergiliran?
Kalau dah sama-sama jaga anak tu nanti, tak ke akhirnya kami akan feeling masing-masing? And at last fall in love with each other?
Alah, entah-entah Khusyairi dah kahwin dengan girlfriend dia waktu tu. Mesti dia akan jaga anak tu nanti dengan wife baru dia. Dan aku pula? Membujang juga ke?
Ahhhh!!!! Di luar kawalan, Amishah tertampar kuat pipinya sendiri dengan jeritannya sekali membuatkan Khusyairi bingkas datang mendekat.
“Shah? Kenapa, shah? Kau mimpi buruk ke?.” Pehanya terasa ditepuk Khusyairi.
“Err…aku..aku okey, Ri.”
“Habis tu kau menjerit apa hal?.” Suara penuh rasa bimbang itu masih bergema. Amishah di bawah selimut mengetap bibir makin kejap. Malunya…..ah, kalaulah dia tahu apa yang aku fikirkan sangat tadi tu!!!!


Cerai ke tidak?

Dua jam lagi penumpang penerbangan ke Kota Kinabalu akan dipanggil. Kesempatan yang ada harus diguna sepenuhnya. Khusyairi senyum sendiri selepas mendaftar masuk, mendapatkan Amishah yang duduk relaks di kerusi menunggu. Troli beg di depannya dibiarkan begitu saja.
“Nak minum anything tak, shah?.” Sapanya sebaik sahaja melabuh punggung di sisi Amishah.
“Tak adalah haus sangat tapi kalau kau rela hati nak belanja aku minum, dengan berbesar hatinya aku nak minum hundred plus.”
Jawapan Amishah membuatkan senyumnya tertungging di bibir. Amishah yang sentiasa relaks dan selamba. Amishah yang kebiasaannya tak pandai nak menyembunyikan perasaan. Apa yang ada di hati, itu jugalah yang terkeluar di mulut.
“Okeylah.” Bahu Amishah ditepuk dengan majalah di tangan. “Aku pergi beli sekejap ya. Kau tunggu aje kat sini. Nanti susah pula mak dengan ayah mencari.”
“Ek eleh, Ri. Kau ingat aku ni anak kau ke apa kau nak kena suruh aku duduk diam-diam macam tu? Wife kau ni dah tua lah. Dah lebih dari pandai nak menjaga diri.”
Khusyairi bangun malas dengan sisa ketawanya. “ Wife aku ke kau ni?.”
Amishah mencebik. “Terpulanglah apa anggapan kau pada aku, Ri. As long as kau tak lafazkan cerai, rasanya aku ni masih wife kau kot.”
Entah kenapa, terguris juga hatinya dengan jawapan dingin Amishah itu. Niatnya cuma mahu bergurau tadi. Tak disangka pula sampai boleh begini jadinya. Marahkah dia dengan jenaka aku tu? Salah aku kot.
“Okey…okey..I’m so sorry. Kau isteri aku, shah. Insyaallah kau akan tetap isteri aku.” Bolehkah kalau kita tak payah cerai? Bolehkah kau jadi isteri aku sampai bila-bila, shah? Panggil aku abang?
“Alah, tak payah nak bermadahlah cik abang. Aku tak kisah pun kalau kau tak serius anggap aku ni isteri kau. Lagipun memang niat kita nak bercerai kan. Maksudnya kita sama-sama tak ada niat nak teruskan perkahwinan ni.” Amishah senyum sekilas. Matanya dilirikkan pada mesin air di satu sudut. Mengingatkan Khusyairi pada niat sebenarnya tadi.
Khusyairi angguk perlahan. Langkahnya diatur lemah ke arah mesin air. Dia tidak tahu apa perasaan sebenarnya pada isterinya. Apa yang dia tahu, dia memang tidak akan sudi menceraikan Amishah. Sedih rasanya bercerai. Sayangkah dia pada cikgu muda yang sangat selamba itu? Cikgu muda yang paling dia sayang melebihi sayangnya pada emaknya sendiri?
Sejak kecil, dia sudah terbiasa dengan Amishah, dengan keluarga Haji Rusdi. Pulang dari sekolah, dia akan menumpang di rumah Amishah sampailah emaknya pulang dari pejabat. Walau sudah ada pengasuh di rumah, dia akan tetap membuntut langkah Amishah ke rumah.
Pernah suatu masa dia menganggap Amishah itu seperti emaknya sendiri. Amishah yang pernah memandikannya semasa kakinya dibalut dulu. Amishah yang bermain dengannya. Amishah yang banyak menegur itu dan ini.
Hanya selepas berpisah tempat belajar mereka jadi jauh dari satu sama lain. Dia di Universiti Sains Malaysia sedangkan Amishah di Institut Perguruan Ampuan Afzan, Kuala Lipis. Itu pun tidak pernah lekang bertelefon, email dan chattingnya.
“Shah, malam ini aku ada function. Kau rasa aku kena pakai baju apa ya?.”
Dia masih ingat soalan bodoh manjanya di satu petang. Di sebelah malamnya, dia akan ke rumah seorang pensyarah yang mahu mengadakan majlis makan-makan sempena persaraannya.
“Function apa, Ri?.” Suara malas Amishah.
“Makan-makan biasa aje kot. Dekat rumah one of my lecturer. The best one. Tak tahulah macam mana the situation will be. Jadi aku kena pakai baju yang macam mana?.”
“Ermm…aku mengantuk dan penat sangat-sangat sekarang ni, Ri. I can’t think of any. Boleh aku call kau nanti sejam lagi tak? Bagi aku rehat sekejap?.”
“Penat? Shah, I need your opinion. Kalau sejam lagi baru kau nak call, bila masanya lagi aku nak iron baju tu?.” Dia benar-benar marah bila kehendaknya tak tertunai. Malam itu jadi penentu. Dia mahu mendekati seseorang yang sudah sekian lama menjadi igauannya. Anak saudara Prof. Hadnan sendiri. Si cantik jelita yang lemah-lembut itu.
Akhirnya mahu tidak mahu, Amishah berfikir-fikir seminit dua sebelum menyuruhnya menyarung saja kemeja santai dengan seluar khakis.
“You will look great on that.” Pujuknya Amishah masih dengan suara yang seakan dengar dan tidak itu.
“Okey. Good idea, shah. Thanks, shah. I love you, shah. Nanti kalau aku dah berjaya dengan my plan ni, aku janji akan belanja kau jalan-jalan.”
“Hurmm….”
“Eh, oh ya, shah! Kau kata kau penat tadi, sebenarnya kau buat apa?.”
“Tak adalah, Ri.”
“Shah, cakaplah. Mengantuk sangat ke?.”
“Aku penat dan mengantuk sebab semalaman ni aku tak tidur siapkan kerja kursus aku. Kemudian nak kena pergi kelas sampai petang ni. Ke hulu ke hilir jumpa lecturer. Suruh buat itu dan ini.”
“Er..”
Dan belum pun sempat dia membuka mulut mahu meminta maaf, talian sudah senyap. Dia cuba memanggil sebelum akhirnya tersedar yang Amishah sudah terlena di hujung talian.
Ah, sesungguhnya Amishah memang sudah banyak berjasa! Shah, aku tak mahu ceraikan kau walau apa pun yang terjadi. Tapi mahukah dia kekal jadi isteri aku?

3 comments:

cakap aje..saya layan..

Popular Posts