Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Thursday, April 15, 2010

Mr & Mrs BFF 18

Perlahan-lahan, dia mengatur langkah masuk ke ruang tamu. Sepi. Amishah tiada di atas sofa. Khusyairi meraup muka. Getarnya tiba-tiba terasa. Amishah larikah?
Tapi pintu berkunci sepanjang hari ini. Dan kunci dia sendiri yang memegangnya.
Dari ruang tamu, dia pantas ke bilik tidur yang sudah dicatnya dengan warna kesukaan Amishah itu. Kebetulan pintu tidak berkunci memudahkannya memboloskan diri masuk ke dalam.
“Sayang?.”
Amishah dilihatnya sudah lena membelakangkan pintu. Dia baru mahu menaikkan selimut yang sudah terselak apabila terdengar sendu Amishah.
“Sayang?.” Tubuhnya dikalih pantas.
Sah! Ada air mata di pelupuk matanya.
“Sayang, aku minta maaf sangat sebab tak dapat balik awal. Kau janganlah sedih ya.” Pujuknya namun semakin kuat pula tangisan isterinya.
Tangan Amishah dicapai namun wanita itu cekap mengelak. “Buat apa janji kalau tak nak balik. Menyakitkan hati betul.”
“Shah, aku betul-betul minta ampun. Aku...aku banyak kerja.” Semuanya kerana Nuraina. Gadis itu memang pandai mempergunakan kedudukannya sebagai anak Datuk Rahman.
Dia mencuba lagi mencapai tangan Amishah. Nasibnya baik pabila Amishah lambat bertindak. Peluang yang ada digunakan sepenuhnya. Bibirnya singgah mendarat di situ untuk beberapa saat sebelum tangisan Amishah menjadi semakin kuat.
“Shh..aku minta maaf ya. Aku janji esok aku akan balik awal.” Pujuknya. Air mata yang mengalir diseka dengan hujung jari.
Merah hidung Amishah membuatkan senyumannya muncul di bibir. Comel! Amishah dalam keadaan apa pun memang comel!
“Apa senyum-senyum?.” Amishah menjerkah marah. Orang sedih begini pun dia boleh nak senyum lagi ke? Dah buat salah tu, masih nak happy.
“Kau nampak makin comel bila menangis macam ni. Ingatkan aku seorang saja yang manja, tengok kau macam ni, aku rasa kau pun manja sama macam aku.”
“Hish!.”
“Betul apa, yang. Nangis dan merajuk tu manjalah. Kalau The Rock tak nangis. Tak merajuk. Tak minta dipujuk tau.”
“Minta dipujuk?.” Air matanya kering serta merta. Amishah membulatkan mata memandang wajah lesu Khusyairi. Baju kemejanya sudah dilonggarkan. Lengannya berlipat hingga ke siku. “Hei, cik abang! Aku tak minta dipujuk pun. Kau yang menyibuk datang sini. Pergilah!.”
Tubuh lelaki itu yang semakin rapat ditolak kasar. Namun terdetik juga di hatinya akan kata-kata Khusyairi tadi. Dia minta dipujukkah?
Melihat reaksi Amishah, Khusyairi cuma mampu menggeleng. Kalau telahannya betul, Amishah dan dirinya sebenarnya sedang berkongsi perasaan yang sama. Tapi dia kurang yakin dengan telahan itu. Kadang-kadang Amishah kelihatan seperti menyimpan perasaan padanya tapi ada masa lain pula, gadis ini nampak tidak berperasaan langsung.
“Kalau betul pun kau minta dipujuk, apa salahnya yang. Kau wife aku. Aku sanggup buat apa saja yang kau suruh.”
Jawapan Khusyairi menimbulkan debar hebat di dada. Amishah menarik nafas dalam-dalam sebelum mengalihkan tubuh membelakangkan suaminya.
“Keluarlah. Aku nak tidur.”
“Aku tidur sama dengan kau boleh?.”
“Mengada. Pergi keluar. Badan busuk, nak tidur sama konon.”
Khusyairi tahan ketawa. “Oh, maknanya kalau aku dah mandi, dah wangi-wangi, aku boleh datang tidur dengan kau ya?.”
“Gila ke apa kau ni!.”
“Aku bukan gila biasa. Aku tergila-gilakan kau.” Bisiknya dengan nakal tepat di telinga Amishah membuatkan dia menggeliat kegelian mendengarnya. Sebiji bantal di sisi dicapai lalu dihumban ke arah Khusyairi. Gatal!
“Dahlah, Ri. Aku mengantuk ni. Kau pergilah mandi kemudian tidur, dalam bilik kau sendiri. Esok pagi nak bangun awal pula. Please?.”
“Huh, mengantuklah sangat. Orang baru habis menangis tak mengantuk tau?.”
“Ri, please..” Amishah melembutkan suara, separuh merengek. Memang pun dia tak mengantuk. Dia cuma kurang selesa dengan kehadiran Khusyairi di dalam biliknya, lewat malam begini. Dengan perasaannya yang jadi aneh kini.
“Pergi mandi ya. Kemudian tidur. Aku tau kau dah makan dekat luar tadi.” Suruhnya.
Khusyairi diam. Dengan malas, dia bangun juga dari katil. Makan? Melayan Nuraina makan membuat seleranya hilang saja tapi dia tetap menyudu spagheti ke mulut tadi. Alang-alang sudah dibelanja, apa salahnya makan.
“Esok kau bangun awal nak buat apa?.”
Senyap.
“Sayang, esok kau bangun awal nak buat apa?.”
“Ri...Ya Allah, pergi keluarlah. Menyampah betul dengan kau ni tau.” Amishah memandang tajam Khusyairi yang senyum simpul di muka pintu. Puas melihatnya tidak dapat melelapkan mata.
“Yelah..yelah..orang tak suka. Aku keluarlah ni.”
“Tahu pun.”
“Apa dia, yang?.”
“Tak ada apa. Tikus dah bangun.”
“Ermm..apa-apa sajalah, dear. Apa pun, aku tetap gembira dengan kau. Good nite, dear.” Pintu tertutup perlahan.
Di luar, Khusyairi meraup muka. Gembira kerana dapat melayan rajuk manja Amishah. Kesal kerana sampai sekarang masih tidak dapat menyelami perasaan sebenar isterinya.
Di dalam, Amishah senyum sendiri. Ri..Ri...aku dear kau ke? Dear? Maksudnya sayangkan? Ri, aku pun...erm...







“Ri, bangun subuhlah.” Amishah menyentuh lengan Khusyairi yang terdedah. Pukul lima dia sudah terjaga dek deringan jam loceng Khusyairi tetapi lelaki itu masih belum berganjak sedikit pun. Alih-alih akhirnya dia pula yang terjaga.
Niatnya mahu menyambung tidur selepas solat tapi bila teringat Khusyairi akan ke pejabat hari ini, dia bergegas ke dapur. Memeriksa ada apa lagi yang boleh dibaling masuk ke dalam kuali untuk dijadikan sarapan.
“Ri, subuh. Bangun.”
Khusyairi kaku memeluk bantal. Pabila rambutnya disentuh Amishah, dia cuma menggeliat dan akhirnya tidur semula. Amishah kemik bibir. Pergi mana semalam agaknya? Takkan kerja dekat site penatnya mengalahkan buruh kasar.
“Ri, bangunlah. Dah subuh pun. Nanti terlepas waktu pula.”
Dengkur halus Khusyairi menjengah telinga. Semakin lena tidurnya bila dibelai manja begitu oleh Amishah. Dalam keadaan dingin subuh seperti ini.
“Ri, aku kira sampai tiga ya. Kalau kau tak bangun juga, aku siram dengan air sejuk.” Amishah mendapat idea. Memandangkan cara halus tak berkesan, lebih baik guna cara kasar.
Khusyairi tak boleh marah. Niatnya baik. Dia cuma mahu mengajak suaminya ke jalan yang benar. Bak kata ustaz, amar ma’ruf nahi mungkar!
“Satu...duuuuaa....ti...ga......”
Aik? Tak bangun juga?
Melihat lena Khusyairi sikit pun tak terganggu, dia bergegas masuk ke bilik mandi. Baldi kecil yang tersusun kemas di atas rak kaca dicapainya lalu diisi sehingga penuh. Sempat juga dia mencelupkan jari ke dalam air. Sejuk! Cukup sejuk!
Tanpa lengah, sebaldi air itu terus dituang ke atas kepala Khusyairi dan benar jangkaannya, Khusyairi terkejut beruk dan menjerit!
Besar matanya merenung Amishah. “Apa ni? Basahlah semua bedsheet aku!.”
“Huh, padan muka! Siapa suruh tak nak bangun. Degil sangat.”
“Hei, kot ya pun kejutlah elok-elok sikit. Ini basah tilam aku tau! Selimut pun basah.”
Amishah mengatur langkah selamba ke pintu, mahu segera melarikan diri. “Aku dah cukup lembut, elok kejutkan orang tu tadi tapi dah degil sangat. Nak buat macam mana. Niat aku cuma nak ajak kau kerjakan perintah tuhan. Itu aje.”
“Aku tahulah tapi....”
“Alah, apa kau susah? Kau kerja nanti aku jemurlah semuanya. Itu pun nak bising-bising sangat. Macam mak nenek.”


p/s : Maaf sekali lagi...haha..dah naik muak korang dengan alasan2 aku yer? apa2 jer la..layan pada yang sudi...Wendy??? Wendy??

7 comments:

  1. hehe..thanks ruha...awaklah suppoerter saya..tapi ni budak wendy ni x muncul2 gak..hehe..kata setia..

    ReplyDelete
  2. tyea.. sambung lagi, tak sabar duh!

    ReplyDelete
  3. waaaaaa...
    Cikgu ingat jugak kat saya yee..hahaha
    hari ni baru online la cikgu..sorry..
    line tak brapa clear..kekeke

    nak lagik, voleh cikgu??hehehe

    **tak sangka namaku jugak tercalit sama di blogmu yg comei ini..hahahaha

    ReplyDelete
  4. hahaha...pandai, Wendy...iyalah tu,namamu yang popular n hot ni mestilah kena masuk my blog..hehe..cikgu saja sebut tu supaya u baca..hahaha ( what a bad trick )

    ReplyDelete
  5. hahaha..
    cikgu tak sebut pun saya tetap tergedik2 masuk blog cikgu..hari2 saya buka nak tengok mana tahu ada entri baru..kekekeke

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts