Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Monday, April 19, 2010

Mr & Mrs BFF 19

Selesai bermesyuarat, Khusyairi beriring langkah bersama pembantunya menuju ke tapak pembinaan. Kerja-kerja pemasangan cerucuk besi akan dimulakan hari ini dan dia sudah diarahkan turun menyelia.
Namun malangnya, baru setengah jam di sana, matanya tidak semena-mena terpandang kemunculan sebuah kereta mewah jenama Nissan di pintu masuk. Spontan dia berpandangan dengan Aisyah.
“Alamak, bahaya dah datang. Bala betul kalau aku jumpa dia.” Keluhnya menepuk dahi. Aisyah tergelak lucu. Dia tahu siapa yang dimaksudkan Khusyairi.
“Bos dah tak dapat lari nampaknya. Dia mesti dah tanya kat office tu mana bos pergi.”
“Itulah pasal. Aku dah kali-kali pesan dekat orang office jangan bocor rahsia tapi diorang cakap juga. Ini ada yang nak kena ni!.”
Jawapan itu mengundang tawa Aisyah meledak lagi. Kepalanya tergeleng-geleng perlahan.
“Alah, relaxlah bos. Bukan bos tak tahu cik puan gediks ni suka mengugut. Siapa tak beritahu, kena report dekat Datuk. Siapa tak takut, kan?”. Dia bukan menuduh tapi itu kenyataan.
Dulu dia juga pernah kena bilamana Khusyairi meninggalkan pesan jangan membocorkan rahsia. Alih-alih Datuk Rahman menelefonnya memberi teguran yang kalau siapa pun mendengarnya tahu itu ialah ‘amaran’.
“Haih, macam tu sekali ke?,”
“Memang macam tu, bos.”
“Haih, kalau pun aku minat, terus jadi tak minat bila jumpa perempuan macam ni.” Ujarnya selamba bingkas menjauh. Dia mahu mencuba nasib bersembunyi di kalangan para pekerja kontrak yang sedang sibuk. Sempat juga ditukarnya topi keselematan berwarna putih di kepala dengan topi kuning yang dipakai salah seorang pekerja.
Mata-mata pelik buruh-buruh kasar tersebut dibalasnya dengan senyuman bermakna. Semakin hampir Nuraina kepada Aisyah, semakin ke dalam dia menyusup. Syukur dia tidak membawa keretanya sendiri hari ini. Jadi adalah alasannya kalau nanti dia mengatakan dia bukan berada di sini.
“Hei, mana bos kau?.” Kedengaran suara manja dibuat-buat Nuraina walau dari jauh.
“Err.....dia..”
“Baik cakap betul-betul. Mana Khusyairi aku? Kalau tak cakap, biar aku yang cakap dengan papa.”
Khusyairi serba-salah melihat riak wajah pembantunya yang tergaru-garu kepala. Nuraina memang melampau! Macamlah dia seorang aje anak orang kaya..anak orang berpangkat.
“Bos...bos..err...dia sibuk dekat dalam, cik. Dia tengah buat pemantauan tu.” Akhirnya! Walau serba salah, antara bos dan anak big boss, dia memang betul-betul dah tersepit.
Nuraina senyum meleret. Dengan lenggok menggodanya itu, sempat lagi dia mencebik pada Aisyah sebelum berlalu ke arah tempat persembunyian yang dikatakan gadis berselendang biru itu.
“Syairi! Sayang?.”
Suaranya makin dekat. Khusyairi di celah-celah pekerja yang sedang sibuk mendirikan tiang cerucuk semakin berpeluh.
Kalau boleh, dia betul-betul tak mahu diseret ke mana-mana oleh Nuraina. Asal dengan Nuraina, semua benda akan jadi gila. Diheret ke shopping mall, dengan beg kertas pelbagai jenama bersidai di tangan.....aduh, menyeksakan.
Dia pernah juga menemani Amishah bershopping tapi tidaklah dia disuruh mengangkat semua barang. Malah dia pula yang terpaksa menggertak supaya Amishah memberinya barang-barang itu untuk diangkat.
Aduh, Amishah dan Nuraina......macam langit dengan bumi!
“Syairi? Honey?.”
Pekerja bangla yang berdiri di sisi tiang tersengih-sengih memandang Khusyairi. Kepalanya digaru-garu. Rimas.
“Ikut arah belakanglah, bos. Sana banyak sibuk. Orang banyak. Dia tidak perasan punyalah.” Cadangnya dengan suara hampir berbisik.
Khusyairi membulatkan mata. Tadi enggan juga dia mendekatkan telinga ke mulut busuk mat bangla gigi rongak seorang ini tapi bila mendengar ideanya, terasa berbaloi juga menadah telinga.
“Kau jamin ke dia takkan perasan?.”
“Jamin!.”
“Okey...tapi jangan cakap dekat perempuan tu saya lalu di situ tau. Kalau tak, saya akan buat sesuatu.” Dalam gegas, sempat juga dia mengugut. Terjangkit penyakit salah-guna-kuasa Nuraina.

9 comments:

  1. npe pendek sangat???harap2 khusyairi terlepas la dr nuraina..bia la ri balik n pujuk amishah tu..n bawak die kua g jalan2 pastu bia nuraina nmpak..huhu

    ReplyDelete
  2. cepat cepat smbg erk??

    ReplyDelete
  3. ala tyea..awat 'secoet' je hik3.. apapn, akak follow!!!

    ReplyDelete
  4. best2..x sbr nk bc next episod...cpt2 :)

    ReplyDelete
  5. hehe..thanks korang yg menaikkan semangat saya..tapi janganla kecik ati bab pendek sesangat..stok cite ni dah nak abes dah bab tu x leh upload lebih2..hehe..tunggu saya sambung lagi ya..

    ReplyDelete
  6. bestla wak...ari2 saya bukak blog nih...tq utk cite yg best nih...:)

    ReplyDelete
  7. bencilah nuraina tu!!

    ReplyDelete
  8. ishhhhh...menyampah betullah dgn nuraina tu!!!!! sbbkan minah gediks tu, ri dgn shah bergaduh lagi...............apapun, best!!!akak follow.............

    ReplyDelete
  9. kusyairi ni xde penderian kew????ckp jela...
    pe susah...setkt ank bos je pun...kena buang cr keje lain...klo keje bgus,rmi je company nk.....

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts