Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Thursday, October 24, 2013

Impian tinggal mimpi

Salam.
Ingatkan selama ni aku cukup kaya sampai nak berimpian beli Macbook bagai. Sungguh muka tak malu kau ni....
Bersungguh aku pusing satu mall tu sebab kononnya nak cari kedai jual Apple product, sekali tengok harga paling murah ialah 2999, mak aih, rasa macam nak terjuling mata.
Actually kalau Apple jual produk harga tu jer, aku rasa aku mampu lagi. Sekali promoter tu kata, ni belum campur beli software itu ini. Office dia aje, harga RM850! Mak, terkebil-kebil sekejap. Senang cerita, Apple ni perlukan komitmen besar sangat. Kalau spesis ada duit tak seberapa macam aku ni, tak usah nak susahkan diri beli produk dia.
At last, aku pergi angkut Acer Aspire V5. 

Waktu tu rushing nak pergi stesen bas, so aku malas dah nak fikir panjang. Jumpa aje, terus angkut balik. Walaupun sekarang ni aku rasa ada menyesal sikit sebab kurang bijak sikit pergi beli display set yang rupanya dah hampir setahun usianya.

Pekerja tu tipu aku. Dia kata notebook ni baru dalam dua bulan gitulah lebih kurang. Makanya aku dapat tahu, tak pun. Tapi wallahualam, terpulang pada dialah nak makan duit gaji halal ke haram.

Apa pun, syukurlah dah dapat yang baru ni. Yang lama tu, kesian, dah 7 tahun berkhidmat. Dah puas kena hempas kena pukul kalau not responding. Hihi.

Mudah-mudahan lepas ni tak adalah aku malas-malas lagi sambung cerita kan?

Harus cari duit extra secepat mungkin ni.

No comments:

Post a Comment

cakap aje..saya layan..

Popular Posts