Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Sunday, October 20, 2013

sayang bukan hanya di bibir

Assalamualaikum.
Lama sungguh aku tak update cerita kat sini kan? Hukhuk. Sudahlah tak update, lepas tu bila update, artikel motivasilah, kisah hatilah. Menyampah. Hihi. Maaflah. Aku tengah dalam proses merisik, meminang dan cuba bertunang ni. Sibuk.

Huh, sungguh kau nak bertunang dan nikah ni?

Alhamdulillah. Sungguh nak nikah ni.....dengan Mr. Macbook. Hihi.

Aku dah lama terminate celcom broadband makanya laptop Acer ku yang dah berusia 7 tahun tu lama dah tak online. Tahu aje benda lapuk ni. Segala aplikasi pun dia tak boleh buat.

Sebab tu lah aku tak mampu nak update cerita. Nak harap guna tab, memang buat aku panas hati ajelah.

Back to the issue, aku nak cakap soal sayang. Berapa ramai kat sini yang sayang kat ayah dia? Kita pun kalau dengar soalan ni, laju aje angkat tangan. Iyelah, siapa tak sayang ayah sendiri kan?

Tapi apa buktinya sayang korang tu? Sebab tu aku kata, sayang jangan hanya di bibir. Kalau setakat cakap sayang, tu baby kecik umur 8  9 bulan pun boleh.

Kalau betul kita sayang ayah kita, ayuhlah kita sempurnakan penjagaan dan penutupan aurat kita.

Eh, kau ni ustazah datang dari mana ?

Pssstt, benda baik ni tak perlu jadi ustazah baru boleh cakap. Ini sekadar perkongsian. Sebab aku tengok bukan sikit anak2 gadis yang mak dan nenek dia yang dah tua elok bertudung, dia pula tayang rambut halus bak sutera tu dengan megahnya.

Kesian ayah dia.

Ada yang bertudung tak menutup dada, pakai baju lengan pendek, ketat, seluar warna terang bak pelangi. Macam2 kan?

Kesian ayah dia.

Kesian kenapa? Kubur lain-lain kut.

Amboiiii, kubur lain-lain eh? Betullah lain-lain tapinya ayah yang biarkan anak dan isteri tak jaga auratnya akan disoal kat akhirat nanti dan kita yang perempuan ni boleh tarik ayah kita dari nak masuk syurga terus ke neraka.

Tak sedih tu? Bersusah-payah ayah kita beramal, melepas dia nak masuk syurga.

Kesian kan? Kesian..kesian..kesian.

Jangan kata kesian tapi tak berubah. Jom, berubah! Buktikan korang sayang ayah korang. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

cakap aje..saya layan..

Popular Posts