Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Sunday, March 1, 2009

an andalusia's story 20

Rumah kitorang ni dah sesak betul dengan saudara-mara dari sebelah mak dengan arwah ayah. Orang kampung nenek pun ada yang ikut sekali. Datang awal nak menolong.
Semua kerja dah ada yang akan tolong buat. Aku tolong farah mandi bunga dan kemudian letak bedak wangi kat seluruh badan. Petua nenek supaya malam pengantin nanti, badan tak bau.
Tengah aku sibuk tolong Kak Liza dengan Iffah cuci pinggan, Rania teriak sekuat hati dia cakap telefon aku bunyi. Aduh, bergegar rumah dibuatnya.
“Ehem..buah hati ke?.”
Aik, sempat aje si Iffah ni kalau nak mengusik orang. Mak sedara aku yang lain apalagi, join juga sengih macam kerang busuk.
“Hello?.”
“Liya, aku ni chap.”
“Kenapa, chap? Bos tambah teruk demam ke? Dah bagi ubat?.” Sekarang dah pukul sembilan, sepatutnya Asyraff dah ada kat rumah bos ni.
“Dia baru aje bangun. Tapi ada problemlah.”
“Problem?.”







Memang dah tak ada pilihan lain, akhirnya aku ikut saranan mak bawa bos balik rumah. Senang sikit aku tengok-tengokkan dia.
Walaupun semua orang tengok semacam masa kitorang sampai tadi, aku tak kisahlah. Aku tak buat salah. Daripada aku biarkan bos sendiri kat rumah dia tu dalam keadaan dia yang lemah ni, lebih baik aku tolong jaga.
Tadi waktu Adib dengan Faiz pimpin dia, tiba-tiba aku rasa kesian sangat dengan bos. Bukan setakat kesian tapi aku …ah, macam mana nak cakap eh? Lebih kurang ada perasaan yang lebih dari sekadar kesian.
“Bos rehatlah kat sini. Ini bilik saya. Bilik Adib dah penuh orang. Nanti bos tak selesa pula duduk sana.”
Perlahan aje dia angguk. Badan dia masih panas sangat. Agaknya dia tak makan ubat lagilah ni.
“Liya.”
“Kenapa, bos?.”
Bos ni tenung aku tak habis-habis. Kot ya pun rasa terharu, janganlah buat aku gabra macam ni. Hehe…
“Saya tak mandi lagi.”
Hah? “So?.”
Eh, dia demam so aku taklah menjawab macam dulu. Aku terus panggil Adib tolong dia mandi. Takkan aku pula kot? Karang lain pula yang jadi.
“Tualanya, kak long?.”
“Ada dalam beg abang mand tu. Akak keluar dulu ya. Nanti dah siap, panggil akak.”
Bos sempat lagi senyum. Tapi memang tak secomel senyuman dia waktu masih sihat dulu.
Aku tinggalkan diorang berdua kat bilik. Sementara bos mandi, aku sediakan bubur kosong dengan sup ayam. Mak cakap sup ayam memang sesuai untuk orang badan panas. Insyaallah cepat kebah.
“Sejak bila mand demam tu?.”
“Dah dua hari, nek. Tapi semalam dia tak cakap kat liya jadi liya tak tahulah. Pagi tadi baru tau.”
“Oh.” Panjang muncung nenek. Tak lama lepas tu aku nampak dia naik ke bilik. Nak jenguk ‘cucu’ kesayangan dialah tu. Dulu waktu kat kampung diorang memang rapat juga.









“Liya tidur kat mana tadi malam?.”
“Ruang tamu. Dengan sepupu-sepupu saya tu.”
Awal macam ni aku bangun, ingatkan bos tidur lagi. Tengah aku baru nak kacau rempah dalam kuali, dia sampai pula kat belakang rumah ni. Aduh, makin riuh diorang mengusik.
Mak, farah, Ijah, Iffah, Mak Ngah…hmm..suka sangat ye korang nak pasang-pasangkan kitorang? Kalau bos berkenan taklah aku malu sangat. Ini bos boleh buat muka selamba aje.
“Bos pergi sambung tidurlah. Awal lagi ni. Baru jam lima. Kepala tu pun bukannya baik sangat.”
“Tak apa. Dah rasa ringan sikit.”
Ringan aje tangan aku nak letak tangan kat dahi dia tu tapi kenalah tahan. Haram. Tak elok dipandang orang.
“Panas lagi?.”
“Adalah sikit.”
Mak ngah bukan main riuh lagi suruh anak-anak sedara dia buat itu buat ini, ambilkan itu, ambilkan ini…seronok juga tengok suasana macam ni. Tambah-tambah bila bakal pengantin pun join sekali.
“Bos masuk biliklah. Kena bahang api ni nanti tambah teruk demam.”
Lama-lama pujuk akhirnya dia nak juga masuk rumah. Aku bukannya apa, aku segan dia asyik melekat dengan aku. Orang lain asyik nak mengusik aje kerja.
“Saya bancuhkan susu suam.”
“Nak yang panas. Tak nak suam.”
“Amboi, pandai nak yang panas pula ya. Kita bukan kat office lah, bos. Tak boleh order saya macam tu.”





“Liya.”
“Apa?.”
Line nak pergi mandi ni, kalau ukur kalah traffic jam. Bengkak juga hati ni dibuatnya. Tadi kenapa tak bangun lebih awal? Ini budak-budak kecik pun tak mandi lagi.
“Liya.”
Adoi, tak faham reaksi muka aku ke Kak Liza ni?
“Kenapa, kak? Cakaplah. Saya dengar.”
“Kalau akak cakap, kau jangan marah tau.”
Eh, ini yang buat suspend ni. Apa yang akan buat aku marah erk? Pasal aku dah jadi andartu? Tu perkara sensitif tahap dewa tu.

8 comments:

  1. huhu...suspen ni...
    sambung cepat tau kaktyea...

    ReplyDelete
  2. akak nak cakap nie..
    mand tu mcm suka kat liya je..
    huhu

    ReplyDelete
  3. salam tyea...
    huhuhu...akhirnya liya jugak yang jaga bos.
    ermm best..nak lagi tau.
    ibu tungguuuuuuu.....
    ciayok2!!!

    ReplyDelete
  4. bestnye..
    comel tol la armand ni..
    si,liya ni pon sweet je..sesuai..!
    nak lagi..!

    ReplyDelete
  5. bestnye..!
    smbung lg..!
    sweetla armand n liya ni..

    -cheesecake-

    ReplyDelete
  6. best..
    cpat2 smbng tau tyea..
    de ms blh chat ngn sy ek..hihihiii

    ReplyDelete
  7. ngee~
    manja nye si armand tu
    sampai nk ke umh liya dh ni hihihi

    pe yg kakak tu nk ckp?
    ala bikin saspen pulak dh

    ReplyDelete
  8. ala...nape sikit sngt???
    x puas nie.. bru je nk syok dh abis..
    k tyea, nnti post la bnyk2 yea??

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts