Suri masih sibuk membelek-belek senarai rekod penghantaran baju pelanggan bila satu lelaki tercungap-cungap keluar dari kereta dan terus menghempas beg plastik di depannya.
“What the..”
“Please. Nak cepat ni.” Lelaki itu sudah memintas. Dia terlambat nak masuk office gara-gara lambat bangun dan jalan pula jam.
“Ok. Nama siapa?.” Suri cuba bersabar. Mamanya dah warning, tak boleh kasar dengan customer walau sekali pun.
“Aik, saya pelanggan tetap kat sinilah.”
“Say it or not?.”
“Mana bos awak ni? Apasal awak pula jaga kaunter hari ni?.”
“Eh..err..banyak songeh pula ya. Tadi kata nak cepat.” Satu bom kecil dilepaskan. Orang nak bekerjasama, dia nak mainkan orang pula. sorry… tak ada masa.
Nuh mengecilkan anak mata. Tenung anak dara kasar di depannya. Ini mesti pekerja baru kak ju lah ni. Nak kena report dengan bos ni baru padan muka.
“Come on…your name, tell me what is your name, boy.”
“What? Boy?.”
Suri angguk yakin. Siapa suruh berlagak macam budak. So, tak salahlah kan kalau aku panggil dia boy? Apa tak puas hati pula?
“Give me the receipt now. I know how to spell my name, aunty.”
“Whatever, baby.”
Nuh yang tahan geram, hempaskan beg plastiknya sekali lagi. Budak ni memang nak kena.
“Ish, kalau tak sebab aku dah lambat, aku nak hayun aje kepala kau ni kat dinding tu tau? Shit betul punya perempuan.”
Shit? He called me shit?
“As you want, baby. Call me bitch instead. Huh??,”
Nuh ketap bibir. Hempaskan resit namanya dan terus berlalu. What a black monday today is!!!!
Hari ini, suri sudah tidak mahu jadi counter girl. Belum pun mamanya menyebut namanya, dia awal-awal lagi sudah mencalonkan diri jadi tukang cuci pakaian. Kalau tak pun, tukang lipat aje pun dia okey.
Kejadian cakar mulut dengan jerk dua minggu lalu masih buat dia rasa macam nak lenyek-lenyek aje muka jerk tu. Entah anak siapa entah. Kurang ajar betul.
Tambah-tambah pula bila dia dah period ni. Siaplah customer yang mengada-ngada kena hentam. Silap-silap ada yang nangis nanti dibuatnya. Mama suruh aku jaga kaunter tapi tak suruh aku marah-marah..mana boleh.
“Suri, kenapa tak nak jaga kaunter? Kan senang kerjanya tu?.”
“Huh, senang apa, ma. Susah tau sebab kena layan orang. “
“Setakat layan? Layan cakap aje.”
“It’s okay, ma. Suri prefer kerja belakang tabir ni. Biar kak anis jaga kaunterlah.” Dia sudah menjeling Anis yang leka menjemur di belakang.
“Kak anis tu pemalu. Mana boleh letak dia jaga kaunter.”
“Hmm..susah-susah, mama ajelah.”
“Su..” belum habis dia cakap, suri sudah ghaib masuk ke dalam. Masukkan satu plastik kain dalam mesin, letak sabun dan duduk melangut membaca majalah sementara tunggu kain siap dicuci dan spin.
“Suri..suri..”
“Huh!!.”
Penatnya. Baru tiga beg plastik yang langsai. Ada lagi lima menunggu. Dia mesti siapkan semuanya before jam 12 sebab nanti tak sempat kering.
“Penat ke?.” Usik juwairiyah.
Suri buat muka sepuluh sen. Tunjukkan peluh yang mengalir di celah anak rambut.
“Ma, tolonglah lapkan.”
Walaupun sibuk, juwairiyah layan juga. Diambilnya tisu di dalam pejabat dan dilapkan seluruh muka anaknya dengan lembut. Lebar senyuman suri.
Masuk plastik kelima…beg yang terakhir, dia dah rasa macam tak cukup oksigen dalam badan. Penat gila.
“Satu aje lagi. Last.”
Dimasukkannya satu persatu pakaian ke dalam mesin. Mak oi, banyaknya. Orang kaya mana ni? Mak, dua puluh pasang..dua puluh satu..dua puluh enam..mak…dua puluh, eh?
Kiraannya terhenti. Matanya menangkap sesuatu di celah baju kemeja polo warna merah yang sudah tercelup dalam air. Ini?
“Ma!!!!!!!!!!!!.”
p/s: assalamualaikum,semua..minta maaf..saya belum sambung sys so ini ajelah yg masih ada dlm stok..bacalah kalauu sudi...kalau tak nak pun biarkan aje dia kat sini..jadi hiasan blog yg makin sepi dan suram ni..hehe
Klik?
Maha Suci Allah
Kata saya...
MAAF. MAAF. MAAF.
1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Macam tu ke caranya??? Amishah mundar-mandir. Dari satu sudut dia berjalan ke sudut lain hingga akhirnya dia sendiri yang berhenti bila tera...
-
Aku pun tak tau lah nak cakap macam mana lagi dah. Mak ngan ayah ni memang cari pasal. Cari gaduh. Dah tau aku ni sarang tebuan,...
-
“Jom, liya. Ikut saya pergi meeting.” “Hmm..okay.” “Kenapa tak bersemangat aje ni? Tak sihat?.” “Penatlah, bos. Kerja yang bos bagi kelmarin...
-
"Macam mana tadi? semuanya okey?." Khusyairi melonggarkan tali leher yang terasa menjerut itu. Sengaja dia mendiamkan diri seketik...
-
“Abang, marilah jumpa Auntie Sarah dengan Uncle Mansur dulu.” Syed Uthman Affan yang baru mahu melangkah naik ke atas melangkah lambat-l...
-
~ Ish, nampak tajuk mcm novel...tapi tetap bebelanku juga yg muncul dulu...kekeke..jangan marah. Aku dah sekian lama tak post apa2 cerita de...
-
Hallu..sorrylah lambat pula update yer? Hihi..sibuk sebenarnya.Almaklumlah, guru sejati yg komited gitu..Yerk..haha..tadi pun sibuk dengan u...
-
salam, jemput baca semuanya..hihi..oh ya, kita berpisah dulu satu dua hari ni sebab laptop kesayangan aku ni adik bongsu nak pinjam, nak s...
-
Abahnya lelaki yang paling dia hormati. Haji Rusdi menjadi sanjungannya sejak kecil. Tetapi dalam hal ini, Haji Rusdi terpaksa dibelakangkan...
-
Untuk pengubat rindu korang, aku postkan sedikit lagi..Hihi..macam biasalah ya. Saja aku post lewat malam sebab aku nak biar sampai petang a...
agaknyer aperla y ade kat baju tu...
ReplyDeletehuhuhuhu..cpt smbng
ReplyDelete