Walaupun pelik, juwairiyah pun dah penat sangat sampai tak ambil pusing apa pun rencana suri tiba-tiba gila kuasa merampas jawatannya menjaga kaunter petang ini.
Pukul enam. Dari jauh dia dah nampak makin ramai orang keluar dari bangunan tinggi dua blok dari bangunan dobi. Dia tercari-cari sampailah dia nampak satu kereta mula bergerak dan halanya tidak lain tidak bukan, ke dobi.
“Baju saya, cik.”
Suri angguk tapi masih tunduk.
“Your name, please.”
“Mohd Nuh.” Err, susah juga kalau orang lain yang jaga kaunter. Sempat lagi dia mengomel tapi telinga sensitive suri sentiasa mendengar.
“Ini kan?.” Suri manjakan lagi suara.
Nuh tarik nafas. Nasib baik bukan perempuan kasar hari itu yang jaga.
“Ya, ini beg baju saya.”
“Are you sure baju aje, sir?.”
“Yalah.” Yakin. Takkan nak cakap…
“Oh, okay.” Suri ambil beg plastik jernih. Tiba-tiba dia angkat muka dan serentak hempas plastik kecil berisi underwear warna-warni di depan muka Nuh.
“Ini apa? Tak reti baca ke hah? Tu..” suri tunjuk tepat pada amaran di depan kaunter.
DILARANG MEMASUKKAN PAKAIAN DALAM KE DALAM BEG PLASTIK.
“Moron!!.” Selamba saja suri mengata. Merah padam muka Nuh dibuatnya. Dia pun ikut sekali hempas duit sepuluh ringgit atas meja dan terus blah angkut pakaian dia.
“Kurang ajar betul perempuan tu. Nantilah kau!!!.” Keras hati suri, keras lagi hati Nuh yang dah terkena dua kali kat dobi itu.
Tak terperasan pula dia juwairiyah yang baru keluar dari kedai buku berhenti di depannya. Niat nak menyapa.
“Salam. Mengomel apa tu, Nuh?.”
“Hah?.” Ayat cover line. Nuh cepat-cepat ketawa. Harap-harap kak ju betul-betul tak dengar apa aku cakap. Kalau tak, malu oh…
“Eh, tak adalah. Budak baru kat dobi kak ju tu pissed me off. “
“Budak baru kat dobi akak? Akak mana ada hire mana-mana pekerja baru.” Juwairiyah pelik. Takkan Anis kot?
“Err..girl yang pakai baju warna biru muda tu bukan budak baru ke? Tak pernah nampak pun selama ni. Tapi..”
“Tapi apa?.”
Nuh menggaru kepala. “Dulu, about 2 weeks ago, saya hantar baju kat situ. Bolehnya dia kenakan saya. Nak kena kot budak tu.” Dalam hati, semakin suka dia dapat melapor keburukan musuh barunya itu.
“She wears soft blue shirt?.” Juwairiyah sekadar nak confirmkan memang surilah yang Nuh maksudkan tadi. Anis pakai baju merah muda belang putih.
“Haah.”
“Suri, I have something to tell you. Be at dining room after dinner. Mama nak solat dulu.”
“Okey, mama.”
Erk, ada apa mama nak discuss ya? Aku tak ada buat salah apa pun. Hmm..agaknya apa erk?
Dia makan malam sendiri. Mamanya hilang selera. Sebu perut lepas dibelanja makan di hotel tadi oleh kawan baik mamanya.
Baru nak telan nasi, hon kereta tiba-tiba bising di luar. Macam kenal!!
“Hi, dear.”
“Pak usu!!!.” Dia dah tak sarung selipar terus menerjah pintu pagar. Bukakan kunci mangga dan luaskan bukaan pagar. Sekali lagi dia berteriak bila nampak Hajah Maidah dan Ijah pun ada sekali dalam kereta.
“What a pleasant surprise.” Memang dia teruja. Habis Ijah dan nenek dipeluk kuat-kuat.
“Mana mama kamu?.”
“Masuk dulu baru tahu. Come.” Suri masih tak tertahan rasa girang dapat lawatan sosial saat dia memang teringin nak berborak dengan orang. Mamanya pula kurang sihat.
Suri ke dapur mengambil extra pinggan dan bawa ke meja makan tetamu. Siap angkut sekali semua lauk-pauk pindah.
“Alamak, kak suri. We have just finished our dinner at home. Full tank masih.” Ijah mengeluh kecewa bila nampak rendang ayam atas meja dan perut pula kenyang tahap gila. Nak makan kenyang, tak makan takut meliur time tidur nanti.
“Alah, makan sikit-sikit pun okey. Teman suri. Mama tak nak makan.” Suri mengomel dengan muka manja dibuat-buat.
“I’m in.” faiz sudah tarik kerusi. Hulurkan pinggan kosong minta diisikan nasi.
“Nenek tolong tengok ajelah.”
“Yalah.” Hajah Maidah naik kesian. Itulah anak tunggal, tak ada mama dah kena makan seorang diri.
Suri angkat muka dengan mulut comot terkena kuah rendang. Trick menggoda adik sepupunya supaya ikut makan.
“So?.”
Ijah garu kepala. Tapi akhirnya mengalah bila dah tak tahan tengok gaya makan suri yang menampakkan sangat rendang tu sedap.
“Eh, bila sampai ni? Mak?.” Juwairiyah terkejut bila nampak ramai orang duduk di meja makan. Patutlah bising-bising tadi.
“Ma, jom makan ma.” Suri bangun. Ditariknya kerusi sebelah.
“Tak nak lah, sayang. Mama tak selera.”
“Ma?.”
Juwairiyah geleng. Memang dia tak selera nak telan apa-apa lepas dia diserang sakit perut makan spaghetti di hotel tadi.
“Kamu sakit apa, ju?.”
“Tak adalah, mak. Memang tak selera. Mak tak makan? Tengok macam lagi dua orang ni, selera besar.” Sempat lagi dia mengusik. Faiz dan Ijah tarik sengih. Apa boleh buat, rezeki jangan ditolak…nanti nyesal.
“Mama, makan sikit erk?.” Suri di sebelah Ijah masih nak memujuk.
“Sayang.”
“Ma, please??.”
Pujuk punya pujuk, duduk juga juwairiyah akhirnya. Siap dihidangkan nasi sejemput dengan lauk ayam dan pucuk paku masak lemak.
“Biar suri suap mama. Okey?.”
“What? Dear, mama makan sendirilah.” Malu pula dia nak kena suap depan orang lain. Kalau dia suapkan makan suri yang dah 23 tahun ni, dia boleh lagi buat depan family yang lain.
“Alah, suri suap ya?.”
“Hmm..okey.”
Klik?
Maha Suci Allah
Kata saya...
MAAF. MAAF. MAAF.
1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Macam tu ke caranya??? Amishah mundar-mandir. Dari satu sudut dia berjalan ke sudut lain hingga akhirnya dia sendiri yang berhenti bila tera...
-
Aku pun tak tau lah nak cakap macam mana lagi dah. Mak ngan ayah ni memang cari pasal. Cari gaduh. Dah tau aku ni sarang tebuan,...
-
“Jom, liya. Ikut saya pergi meeting.” “Hmm..okay.” “Kenapa tak bersemangat aje ni? Tak sihat?.” “Penatlah, bos. Kerja yang bos bagi kelmarin...
-
"Macam mana tadi? semuanya okey?." Khusyairi melonggarkan tali leher yang terasa menjerut itu. Sengaja dia mendiamkan diri seketik...
-
“Abang, marilah jumpa Auntie Sarah dengan Uncle Mansur dulu.” Syed Uthman Affan yang baru mahu melangkah naik ke atas melangkah lambat-l...
-
~ Ish, nampak tajuk mcm novel...tapi tetap bebelanku juga yg muncul dulu...kekeke..jangan marah. Aku dah sekian lama tak post apa2 cerita de...
-
Hallu..sorrylah lambat pula update yer? Hihi..sibuk sebenarnya.Almaklumlah, guru sejati yg komited gitu..Yerk..haha..tadi pun sibuk dengan u...
-
salam, jemput baca semuanya..hihi..oh ya, kita berpisah dulu satu dua hari ni sebab laptop kesayangan aku ni adik bongsu nak pinjam, nak s...
-
Abahnya lelaki yang paling dia hormati. Haji Rusdi menjadi sanjungannya sejak kecil. Tetapi dalam hal ini, Haji Rusdi terpaksa dibelakangkan...
-
Untuk pengubat rindu korang, aku postkan sedikit lagi..Hihi..macam biasalah ya. Saja aku post lewat malam sebab aku nak biar sampai petang a...
X sabar nak tunggu next entries....
ReplyDelete