Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Tuesday, October 6, 2009

siapa yang salah? 13

“Masuklah dulu.”
Aku teragak-agak sendiri. Jenguk ke dalam, ruang tamu pun sunyi sepi. Aku tak mahu menambah masalah. Kalaulah kami ditangkap basah, oh no, Ya Allah…aku lebih rela duduk merempat di tepi jalan atau di surau sana.
“Okay, lupa. I’ll call my mum. Kejap ya.” Doktor handsome biarkan aku duduk di kerusi berdekatan pintu masuk.
Lama juga aku menunggu. Mungkin mak dia dah tidurlah tu. Dah tengah malam kan sekarang.
Entah apalah reaksi orang tua tu nanti agaknya ya? Tengok anak dia bawa sorang anak dara ke rumah, tengah-tengah malam buta ni? Apa agaknya yang dia fikir pasal aku ya? Janganlah dia pandang serong pula. sebab bukan aku yang minta nak ke sini. Anak dia yang jemput, sebagai pertolongan.
Aduh, kalaulah abang boleh tolong aku…kan bagus? At the very least, kami bekas adik-beradik. Maybe dia boleh carikan aku rumah sewa, just for these few months, sebelum aku boleh cari kerja baru.
“Sha?.”
“Ah.” Suara Aqasha dari dalam rumah buat aku cepat-cepat berdiri. Aku kenalah nampak sopan depan mak dia. Tengok dari keadaan rumah ni, aku yakin mak dia mestilah orang yang bergaya dan menjaga status.
Dia keluar dan hulurkan senyuman manis. Di belakangnya ada seorang perempuan berbaju tidur, juga menghulurkan senyuman. Sekali tengok, aku sangkakan dia ialah orang gaji sampailah doktor handsome bersuara.
“Mum, meet my friend, Shamim.” Mum? Ya ampun, nasiblah baik aku tak terpanggil dia yang bukan-bukan.
Aku masih lagi ternganga bila mak dia dah meraih aku ke dalam pelukan dia. Aqasha kenyit mata di belakang dan aku tayangkan penumbuk kecil aku.
“Mari masuk, Sha. Dah lewat malam ni.” Mak dia dah tarik tangan aku masuk ke ruang tamu.
Aqasha dah bawa naik beg kerja dia. Mungkin nak mandilah tu kot. Kerja sampai lewat malam, mesti penat. Terjumpa pula si malang kat tengah jalan, tambah lewatlah dia sampai ke rumah.
“Sha rehat dulu. Mandi ke. Solat ke. Mak cik tunjukkan bilik ya.”
“Ya, mak cik.” Aku ikut aje dia melangkah ke satu sudut. Belok kanan dan nampaklah tiga pintu berselang-selang.
“Ini library, yang itu pula bilik tamu untuk lelaki.”
Aku angguk saja. “Banyak ya bilik kat rumah mak cik ni.” Itu komen aku yang positif plus memuji.
Kami melangkah lagi sampai ke pintu bilik paling hujung. Aku kira-kira inilah bilik tamu untuk perempuan pula. Dalam kepala aku, mestilah rumah ni selalu dikunjungi tetamu tak kira lelaki atau perempuan. Tetamu yang macam mana agaknya ya?
Betullah. Mak doktor handsome bukakan pintu bilik yang ketiga. Hidupkan lampu dan kipas kemudian air cond pula. Cantiknya bilik.
“Ini bilik tamu perempuan ke, mak cik? Cantiknya.” Aku dah menjengahkan sedikit kepala ke dalam. Dia ketawa.
“Apa jenguk lagi tu, sha? Masuklah.”
“Hurmm..mak cik tak kisah ke saya menumpang tidur kat sini malam ni?.” Ragu-ragu aku nak masuk.
Ditariknya tangan aku masuk. Disuruhnya aku berehat di atas katil.
“Tuala dan baju tidur ada kat dalam wardrobe tu. Ambil aje. Mandi dulu. Rehat kemudian kita minum malam. Nak panaskan badan tu sikit.”
“Err..tak apalah, mak cik. Menyusahkan mak cik aje. Lagipun kami dah makan kat luar tadi. Doktor belanja.” Berat hati aku nak bersetuju. Iyalah, kalau aku mengantuk, dia tentulah lebih mengantuk.
Mak cik herot bibir. Tak puas hati kot. “Apa yang nak disusahkan? Dah, sha pergi mandi. Mak cik ke dapur dulu. Nanti keluar tau.”
“Terima kasih, mak cik.” Rasa terharu sangat. Darah daging sendiri tak melayan kita sebaik ini, bila orang luar pula boleh buat baik dengan kita, memang rasa terharu sangat-sangat. Aku memang terikut-ikut sangat dengan feeling aku sampai dengan beraninya aku peluk mak doktor handsome.
Nyata dia nampak terkejut tapi at last dia ketawa. Suka. Gembira.
“Mak cik ni tak pernah ada anak perempuan. Gembira sangat rasanya bila sha peluk mak cik. Rasa macam anak sendiri pula.” komennya dan aku dah tersipu-sipu malu sendiri.

2 comments:

cakap aje..saya layan..

Popular Posts