Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Saturday, October 10, 2009

siapa yang salah? 14

Awal aku terjaga. Maklumlah di rumah orang. Sebelum azan subuh berkumandang, aku sudah duduk di atas sejadah membaca al-quran seorang diri.
Azan saja aku terus berdiri. Solat subuh yang paling aman rasanya sebab suasana di bilik ni memang tenang. Dulu di rumah mak ngah pun tenang sebab tak ada orang yang bangun pun tapi lain rasanya dekat sini.
“Sha?.”
Salam pertama aku terganggu bila ada orang mengetuk pintu. Mak cik tu!
“Ya, mak cik?.”
“Oh!.” Katanya pula bila aku dah bukakan pintu. Direnungnya aku atas ke bawah. Aku merumuskan yang dia ingat aku masih atas katil tapi the truth is, aku dah selesai pun sembahyang subuh.
“Kenapa, mak cik?.”
“Alhamdulillah. Sejuk hati mak tengok sha dah siap pakai telekung macam ni. Jom pergi sembahyang jemaah kat atas.” Ajaknya pula. mak cik ni masih sangka aku belum sembahyang.
“Err..”
“Kenapa?.”
Aku garu kepala sendiri. Aku kan dah solat. Takkan nak mengulang lagi? Bukan tak perlu ulang ke?
“Saya sebenarnya dah siap solat, mak cik.” Ah, alang-alang baik aku berterus-terang ajelah. Nanti apa pula yang mak cik fikirkan kalau aku nak beralasan aje.
Mak cik tepuk dahi. Dia senyum kemudian tiba-tiba mencium pipiku, mesra hinggakan aku pula yang segan sendiri. Siapalah aku ni?
“Oh, ingatkan belum solat.” Dielusnya mukaku. “ Tapi tak apa, rasulullah dulu kata kalau kita rasa masih ada yang perlu diperbaiki dalam solat sendirian tu sedangkan ada peluang solat jemaah, boleh ulang solat tu. Kalau tak silap mak lah.”
“Ye ke?.” Lah, lemah agama benar aku ni rupanya ya. Aku tersengih sendiri. Masih tak perasan yang dia dah gelarkan dirinya ‘mak’ dengan aku.
“So, nak join mak dengan Aqasha tak?.”
“Mak?.” Hah, baru aku perasan. Mak cik gelak-gelak sendiri. Mungkin lucu tengok reaksi muka aku yang terkejut ni.
Iyalah, dah lah aku ni datang menumpang di rumah dia. Dilayan macam tetamu penting. Boleh lagi dia menggelarkan diri sebagai ‘mak’ dengan aku. Terasa pula pelik dalam diri aku. Aku kan cuma anak pungut…
“Starting from now, you have to call me mum or mak. Anyway you like it. Anggap mak ni macam mak sha sendiri.”
Aku diam mengangguk tanpa sedar mata aku dah panas menakung air mata. Ya Allah, inilah dugaanMu yang paling mendamaikan hatiku. Tanpa rasa segan aku peluk tubuh mak.
“Terima kasih, mak. Sha tak pernah rasa sebahagia ini.”
“Untung-untung dapat juga mak pahala menyayangi anak yatim macam sha.” Usik mak buat aku ketawa dan berhenti menangis.
Dalam hidupku, aku sudah punya dua orang emak termasuk mak cik. Kedua-duanya baik dan aku kira menyayangi aku. Tapi di mana agaknya ibu kandungku?
“Lah, menung apa tu? Jomlah naik. Aqasha dah lama ready kat atas tu.”




Doktor handsome dah ke klinik lepas breakfast. Aku tinggal sendiri dengan mak. Bercerita-cerita pasal hidup mak yang dimadukan suami dia selepas dah 30 tahun mendirikan rumah tangga. Aku mendengar saja walaupun dalam hati rasa menyampah betul dengan pak cik.
Rasa macam nak aje aku memberi komen, “Lelaki memang macam itu kot, mak. Suka pucuk muda.”
Ayah abang dulu pun kahwin dua juga. Entahlah, lelaki ni buas betul nafsunya. Tak cukup-cukup dengan satu isteri. Habis tu, perempuan boleh tahan dengan sorang suami? Apahal pula lelaki tak boleh?
“Jadi pak cik tak balik ke sini ke, mak?.” Soalku pula. lain di hati lain pula yang terkeluar.
Mak senyum lambat-lambat. “Balik juga. Tapi jarang sangat. Kecuali kalau dia kena datang meeting atau attend kursus dekat KL ni.”
“Kalau kursus? Maksudnya pak cik tak ada dekat KL lah?.”
“Dia tinggal kat Seremban dengan bini muda dia. Sebenarnya mak tak kisah pun bermadu ni, sha. Dah takdir hidup mak. Apa boleh buat.”
“Sha minta maaf kalau soalan sha tadi buat mak sedih pula.”
“Ish, tak adalah. Mak dah biasa. Dah 5 tahun lebih bermadu, kena tinggal-tinggal. Dah jadi perkara biasa pun.”
Dah biasa…itu mungkin kat mulut. Dalam hati siapalah yang tak sedih. Berlaki tapi macam janda kematian suami. Hidup sendiri.


p/s : minta maaf banyak2 sebab SKSI mungkin kena direhatkan sekejap sehingga suatu masa yang akan ditetapkan kemudian..doakan saya berjaya..terima kasih banyak2 ya, semuanya..and please leave your comment..dah lama x baca komen korang..hehe..

8 comments:

  1. best..tak sabar nak bc en3 seterusnya....

    ReplyDelete
  2. direhatkan..apesal? what happen? any problem?
    nak dibukukan ke?

    ReplyDelete
  3. wendy : insyaallah..ini sesuatu yg menuju ke arah kebaikan..doakan segalanya berjalan lancar..saya akan sambung bila sampai masanya..harap2 masih sudi menjenguk ke mari..

    ReplyDelete
  4. takpe2..dah rezeki takkan nak menolak kan?hehe
    kalau cam tu, hasilkan banyak2 karya..saya tak jemu kunjung blog akak..
    tiap2 hari saya buka blog akak..manalah tahu ada entry baru ke..hehehe

    gud luck! kalau betul nak dibukukan, saya gerenti akan beli! sa janji!ahaha

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah...siapalah saya ni..hehe...kalau ada rezeki, saya tuntut janji wendy ni..kena beli..hehe..mudah-mudahan segalanya berjalan lancar..cuma tengah kekeringan idea aje ni..plus rasa rendah diri..tp saya percaya dgn anugerah yg ALlah berikan ini..

    ReplyDelete
  6. comfirm beli kak..lagipun saya sangat tertarik dengan jalan cerita SKSI.tak pernah saya baca jalan cerita macam tu..nak gak tahu apa kesudahan nanti..dorang bermadu ke..dorang cerai ke..apa ke..tu yang saya nak tahu..

    idea boleh dicari perlahan2 kak,yg penting berangan kena lebih..hehehe
    akak jgn rasa rendah diri,kat luar tu banyak yg kagum dengan karya akak..termasuklah saya..
    selama ni saya jadi 'pembaca senyap',tak tinggalkan apa2 pun kat sini..
    bila saya nampak Muzri terjah blog akak,terus saya tinggalkan komen.maksudnya saya sokong..
    semua orang sokong akak..dont worry..

    gud luck!

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah...tq semuanya...credit 2 wendy

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts