Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Saturday, January 9, 2010

Mr & Mrs BFF 1

Macam tu ke caranya???

Amishah mundar-mandir. Dari satu sudut dia berjalan ke sudut lain hingga akhirnya dia sendiri yang berhenti bila terasa kepalanya bagai nak meletup. Geramnya sudah tak terkira dan yang paling mencabar kesabaran, melihat lelaki dengan kopiah putih di kepala itu enak benar duduk bersandar di pokok mangga.
“Heii..geramnya aku tengok kau ni tau.” Luahnya. Sebiji batu kecil ditendang kasar dan tanpa dirancang tepat mengena kaki Khusyairi.
“Oi, apa ni?.”
“Hah, tahu pun kau nak tengok aku.”
“Kau tau tak, sekarang ini aku pula yang geram tengok kau? Hish, perempuan ni memanglah emosi saja yang melebih-lebih. Take it easy lah, lol.” Tempiknya kuat.
Amishah memang suka sangat memikirkan benda senang bersungguh-sungguh, sedaya upaya sampai boleh sakit kepala. Apa memang semua perempuan beginikah? Benda kecil pun nak dibesarkan sangat.
“Amboi, cik abang…” amishah sudah berdiri bercekak pinggang. Tidak menghiraukan adiknya yang duduk tidak sampai sepuluh meter daripada mereka berkali-kali memandang dengan tajam. Menghantar isyarat kasar-macam-terrorist-punya-perempuan pada Amishah. “Take it easy..take it easy..pandai sangat nampak?.”
“Yalah. Habis tu kau nak aku buat macam mana? Menangis? Mengamuk? Come onlah, Shah..benda ni kita ikut ajelah. Nanti-nanti kita pandailah settle sendiri.”
“Settle sendiri? What do you mean?.”
“Hah, ini yang kau tak tahu kan?.” Khusyairi senyum kemenangan. Kalau bukan sebab ada Ridhuan di hujung sana memandang, sudah lama mahu ditariknya rambut panjang Amishah. “Settle sendirilah.”
“Hish,kau ni bengap..kalau itu aku pun tahulah, bodoh.”
Marah Amishah berapi-api sedangkan Khusyairi sudah ketawa berdekah-dekah. “Okay..okay..relax, cool babe.”
Geram Amishah bertambah lagi. Dengan buku catatan di tangan, bahu Khusyairi dipukul dengan selamba sampai lelaki itu mengaduh sakit. Hah, baru padan dengan muka kau tu! Nak panggil orang babe, ingat aku ni apa?
“Maksud aku, kita just ikut plan orang tua kita ni. Tapi nanti..”
“Maksud kau, kita dua jadi juga kahwin? Kau tak nak bangkang?.” Amishah sudah memintas. Matanya bagai nak terjojol keluar tak percaya. Lelaki itu mencadangkan kami kahwin juga macam yang ayah ibu kami rancang? Macam tu? Oh God..
Khusyairi angguk bagai langsung tak kisah dengan kata-katanya. Benda macam ini punya senang, anak saudaranya yang belum masuk tadika tu pun boleh tolong settle kan. Sebab itu dia cuma selamba bila ayah dan ibunya memandai-mandai pergi meminang Amishah kelmarin.
Amishah termenung panjang duduk di sisi Khusyairi. Ya Allah..dia tidak boleh membayangkan dia akan kahwin dengan kawan baiknya sendiri. Kawan yang sejak kecil dibawa main dan bergaduh sama. Kawan yang sudah nampak dia mandi bogel di sungai waktu di sekolah rendah dulu.
Macam manalah rasanya tu? Happy? Oh God..nak happy macam mana, I have no hard feeling for him…ah, aku tak nak..aku tak nak..
“Kau suka ke kahwin dengan aku?.” Soalnya pula dengan sorot mata kecilnya.
“Aku suka kahwin dengan kau?.” Amishah angguk. Ketawa kecil Khusyairi sudah mula kedengaran. “Hei, Shah..buat apa aku suka nak kahwin dengan kau? Kita bukan couple, kita just best friend..”
“Dah tu, kau kata nak ikut aje plan ayah ibu kita apahal?.”
“Oh, bakal isteriku sayang….itu pun kau susah nak fikir ke?.”
“Aku memang tak faham.”
Khusyairi pandang ke belakang, pada Ridhuan yang tetap memandang mereka dengan pandangan curiganya.
“Lepas seminggu dua kahwin, aku ceraikanlah kau. Apa susah?.” Bisiknya perlahan tapi mulut comel Amishah sudah ternganga.
Cerai?






Astaghfirullah…seram..seram…

Majlis yang dirancang penuh teliti akhirnya dapat juga dilaksanakan dengan jayanya. Khusyairi mahupun Amishah cuma menayang muka selamba sepanjang masa. Disuruh bersanding, mereka ikut. Photographer suruh peluk bahu, Khusyairi lebih-lebih peluk pinggang sampaikan Amishah terasa mahu pengsan.
Di sebelah malam, semua tetamu sudah pulang. Yang tinggal cuma saudara-mara terdekat yang ringan tulang mahu membantu mengemas apa yang perlu.
Khusyairi pula lepas sembahyang isyak berjemaah, didera abang-abang iparnya membasuh periuk belanga seorang diri di belakang rumah. Amishah pula yang mulanya ketawa suka melihat muka keruh Khusyairi akhirnya menerima habuan jadi pengelap pinggan mangkuk di dapur.
“Kurang asam punya abang! Memandai-mandai nak membuli.” Bebelnya.
Pinggan mangkuk yang bersusun tinggi di depan mata buat kepalanya rasa bagai nak berputar. Macam mana nak habiskan ni?
Dua jam dia duduk menghadap kerjanya, matanya sudah mahu tertutup. Sudahlah siang tadi penat bersanding, ini kena dera pula..alahai malangnya nasib. Sepupu-sepupunya yang lain pula seronok benar bergosip di beranda sambil ketawa-ketawa.
“Banyak lagi ke?.”
Satu suara tiba-tiba menyapa. Sedaya upaya Amishah buka mata. Di depannya, Khusyairi memandang dengan wajah simpati.
“Huh, tengoklah..membukit tau.”
“Erm, tak apalah..aku tau kau mengantuk, letih. Kau masuklah tidur dulu. Biar aku pergi cakap dengan abang-abang kau.”
“Kau nak cakap apa?.”
“Aku minta izin kau sambung esoklah. Kan esok masih ada masa.”
Amishah mengherot bibir. Sangkanya Khusyairi mahu menawarkan bantuan. Rupanya cuma nak cakap kerja-kerja ini akan dia sambung esok. Kalau setakat cakap macam tu, baik tak payahlah.
“Mengumpatlah tu!.”
“Hehe..pandai kau, Ri.”
Khusyairi mencebik. Bukan dia tak kenal Amishah, kalau dah diam-diam dengan bibir yang dibentuk-bentuk begitu, tiada lain dia memang mengumpat dalam hati.
“Hah, pergilah masuk bilik. Tidur.” Suruhnya bila Amishah masih duduk di situ dengan mata yang semakin layu.
“Okey..”




Amishah serba-salah. Sebaik sahaja pintu bilik dikatup dari dalam, matanya terus segar. Dia bingkas duduk. Janggal nak biarkan Khusyairi memandangnya berbaring. Lagipun masih ada perkara yang perlu dibincang.
“Lah, apahal bangun? Tadi mengantuk bukan main?.”
“Err..saja. Hilang dah aku punya rasa mengantuk tu.”
“Iya ke?.”
“Betul. So, apa kata abang Am dengan abang Nik tadi?.”
“Erm..diorang kata apa ya?.” Matanya terkelip-kelip. Dengan malas, dia membaringkan tubuh di atas tilam pengantin yang baunya harum semerbak. Entah apa yang disimpan mak andam di tilam ini.
“Diorang kata apa?.”
“Erm..banyak tapi aku ingat satu ni aje. Diorang pesan dekat aku, jangan kasar-kasar sangat dengan kau dan kalau diorang dengar kau menjerit malam ini, esok pagi juga aku kena bambu dengan diorang.”
“Menjerit? Apa benda pula menjerit tengah malam?.” Apa diorang ingat Khusyairi ni nak pukul aku ke malam ini?
“Kau lah. Perempuan.”
“Aku tahulah aku perempuan. Kalau tak memang aku dah yang pergi genggam tangan tok kadi tadi bukan kau.”
Bibirnya menguntum senyuman. “Biarlah benda tu. Nanti-nanti makin dewasa, kau tahulah sendiri tu.”
“Ah, tak faham aku..oh ya, tadi ada sorang mak cik tu cakap dengan aku, malam pertama ni kena kerja kuat sikit buat benda tu.” Mukanya merah menahan malu tapi lidahnya tetap lancar berbicara.
“Benda tu?.”
“Erm..kita kena buat ke benda tu?.”
“Benda apanya?.”
“Benda tu lah.”
“Benda apa?.”
“Hish, kau tak payah nak berlagak bengap pula, Ri. Aku sekuh nanti kepala otak kau tu baru kau tau benda apa yang aku cakap ni.” Serentak, sebiji bantal melekap pantas ke pipinya yang kurus cengkung itu.
Khusyairi ketawa dalam hati. Ingatkan budak bertuah ni dah tahu selok-belok bab nikah kahwin, rupanya kosong. Dah dua puluh empat tahun, masih tak tahu lagi ke?
“Nak kena lagi?.”
Khusyairi angkat tangan, mengalah. “Okey, okey…aku faham. Aku saja nak mengusik wife aku ni. Benda tu maksud kau?.”
Amishah angguk kepala. Kalau Khusyairi masih nak mengaku tak faham apa yang cuba dia nak sampaikan ini, memang lelaki kurus ini akan kena penyepak malam ini. Masa tu, bukan aku yang menjerit lagi…
“Kita tak payah buatlah ya? Kita bukannya kahwin serius atau suka sama suka. Kita kahwin ni just nak senangkan hati parent kita.”
Kalau tak ada perasaan, mana boleh buat benda tu…fikirnya lagi. Lagipun tak dapat nak dibayangkan pula hendak bermesra dengan Khusyairi yang waktu zaman sekolahnya dulu suka sangat nak mengusik. Sembunyikan sebelah kasut. Letak katak dalam beg. Macam-macam asalkan dia menangis.
Entah apa yang dia suka sangat tengok aku menangis agaknya…
“Tapi kalau aku rasa macam nak buat, macam mana?.” Suara nakal itu kedengaran lagi. Sengaja dia berbisik dekat di telinga isterinya. Amishah sudah terkejut beruk. Makin menjarak dia ke tepi katil. Lelaki, bukan boleh percaya sangat. Nanti-nanti digodanya aku, alahai…aku tak mahu.
“Kalau kau nak buat sangat, hah, kau kena beri aku sepuluh juta dulu. Kalau tak ada sepuluh juta dalam tangan, jangan harap.”
Khusyairi gelak sakan. Sempat lagi dicubitnya pipi gebu Amishah. Amishah yang paling rapat dengan dia sejak kecil. Amishah yang kadang-kadang boleh dianggap macam kakak, macam mak.
“Kau gelak apa hal? Lucu ke aku cakap?.”
Gelak lagi. Makin berbulu hatinya melihat. Khusyairi memang bengap agaknya. Benda macam itu pun nak buat gelak ke? tak luculah, apahal nak gelak? Ingat aku main-main ke minta sepuluh juta tu?
Bila Amishah menampar tangannya barulah ketawanya berhenti. Tapi senyumnya pula yang terukir di bibir.
“Ri, aku cubit nanti!.”
“Cubitlah, nanti aku jerit. Biar satu rumah sangka kau ganas sangat serang aku.” Ugut Khusyairi.
“Hish, tak kuasa aku nak menyerang kau. Buang karan adalah.”
Malas nak melayan tingkah ‘suaminya’, Amishah baring. Dalam hati, segannya memang dah tak boleh nak dikira. Ya Allah..inilah pertama kali dia baring sebelah Khusyairi sepanjang dah dua puluh empat tahun mereka berkawan.
Khusyairi mengengsot semakin dekat. “Huh, wanginya kau Shah. Kau ada apa-apa plan ke nak goda aku malam ni? Maklumlah first night ni.”
Untuk soalan itu, satu tumbukan padu singgah di bahu Khusyairi. Dia mengaduh kesakitan tapi masih mahu ketawa. Ganas rupanya budak seorang ni….
“Kau ni, sakitlah!.” Gerutunya.
Amishah menjelir lidah puas hati. “Padanlah dengan muka tak handsome kau tu. Gatal!.”
“Eleh, kau kata aku gatal, ada bukti ke?.”
“Tak payah buktilah. Dengar suara tu pun aku dah tahu. Suara gentleman lah konon. Sorry ya, aku tak main suara macam kau.”
Khusyairi gelak lagi. Misha..Misha..kau memang ada-ada aje kalau nak lawan cakap dengan aku ya…okey, kita tengok nanti-nanti macam mana kau boleh nak menang kalau lawan cakap aku lagi…

p/s : hai, korang...sudi2lah baca cite baru ni ya..SYS belum sambung, SKSI pun sama...harap sabar menunggu..tq,love

8 comments:

  1. hehe.. mcm best aja.. cpt smbg ya.. :)

    ReplyDelete
  2. miss kira : Insyaallah...hehe..u're the first to read my story..thanks sooooooooooo much...

    ReplyDelete
  3. cepat sambung please~~~tq

    ReplyDelete
  4. akak..cpt2 smbung....best la cter nih.....=]

    ReplyDelete
  5. adoi...baru arini perasan kak tyea ada buat citer baru....hahaha...bes la citer ni...walaupun da 5 bulan ketinggalan...haha

    ReplyDelete
  6. to burger :
    Tengok nama adik ni terasa macam nak makan ajer..hehe..takpe, ketinggalan pun masih boleh follow cerita ni..hihi.thanks sudi membaca..

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts