Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Tuesday, February 16, 2010

Mr & Mrs BFF 8

Buruknya lelaki merajuk tapi kenapa yang ini tidak?

Amishah ketap bibir ketat-ketat. Tanpa sedar ada air mata yang terlepas keluar dari empangan. Kepalanya seakan hendak berpusing. Perasaannya turut jadi tidak menentu. Bukan niatnya mahu marahkan Khusyairi. Menyakitkan hati lelaki itu begitu ialah perkara yang tidak pernah terlintas dalam fikirannya sama sekali.
Lelaki itu ‘suaminya’ tapi apa yang paling menyekat dirinya dari dilukakan sudah tentulah kerana sayangnya pada Khusyairi sebagai best friendnya.
Khusyairi yang manja. Khusyairi yang kadang-kadang dia sendiri terlupa bukan adiknya atau abangnya. Khusyairi yang suka menyakat. Khusyairi yang suka meminjam bajunya. Yang mahu berteman sepanjang waktu. Khusyairi yang baginya macam kembar. Khusyairi yang selalu mengusik. Lelaki pertama yang berani memeluknya sedang masih di sekolah rendah.
Tapi reaksi lelaki itu pada ceritanya tadi betul-betul menyakitkan hati. Tidak payah dijelaskan pun dia tahu sendiri yang Khusyairi cemburu. Tapi perlu apa hendak cemburu? Itu yang dia tidak mengerti.
Mereka bukan berkasih. Yang ada cuma ‘best friend forever’. There’s no lovey-dovey between us.
Ri!!!!!!!!!!!
“Mishah? Boleh mak masuk?.” Ketukan di pintu bersama suara Mak Biah kedengaran.
Dalam kelam-kabut mengelap air mata di pipi, dia bergegas mencapai sapu tangan dan eye liner di atas meja solek sebelum membukakan pintu dengan riak wajah selamba.
“Ada apa, mak?.”
Pandangan mata Mak Biah yang menikam membuatkan resahnya datang lagi. Janganlah emaknya bertanya macam-macam. Eye liner di genggaman sengaja dipusing-pusing. Biar dilihat Mak Biah.
“Setahu mak, malam ni panas biasa saja. Tapi tak sangka pula ya ada gerimis. Mak tak sedar langsung.” Ujarnya dengan lirikan mata nakal. Punggungnya dilabuhkan ke katil yang dibelinya sebagai hantaran kahwin Amishah dan Khusyairi dulu.
Amishah mengalihkan pandangan ke jendela yang masih belum berkunci. “Entahlah, mak. Shah pun tak dengar kalau-kalau hujan ada turun tadi.”
“Memang susah nak dengar kalau hujan di tempat yang sama ya, shah. Hujan di dalam, hujan di luar.”
Gulp. Kali ini dia cuma mampu tersengih. Mak Biah memang pakar bila masuk bab-bab perasaan begini. Susah benar hendak menipu.
“Ada apa sebenarnya mak cari shah?.”
“Mak nak tanya.”
“Nak tanya?.” Matanya membulat besar. “Nak tanya pasal apa, mak? Mak tak ada kirim apa-apa tadi kan?.”
“Ada. Mak kirimkan arahan tadi.”
Sekali lagi matanya membulat. Apa sebenarnya yang dimaksudkan Mak Biah?
“Tak pahamlah, mak. Mak ni mentang-mentanglah bersuamikan bekas cikgu sastera, semuanya nak dimadahkan. Nak berkias. Shah tak paham sasteralah, mak.” Sudahlah Bahasa Melayunya waktu SPM dulu cuma A2. Walaupun bapanya sendiri mengajar subjek yang sama, dia memang tak berminat pun.
“Mak maksudkan arahan mak tadi. Dah kamu telefon suami kamu? Dah bincang dengan dia pasal cadangan mak dan abah tu?.”
“Oh...” cadangan itu? “Err...”
Sorot mata Mak Biah sudah lain macam memandangnya. Kalau anak perempuan tunggalnya ini belum berubah, gaya Amishah itu menandakan dia belum pun bercakap dengan Khusyairi.
“Jangan cakap tak ada kredit nak call si Ri tu. Kalau tak ada, guna telefon rumah.”
Kepala yang tidak gatal digaru perlahan. “Err..bukanlah, mak. Shah dah call dia tadi. Cuma...”
“Cuma apa?.”
Memang itulah niat sebenarnya menelefon Khusyairi tadi namun disebabkan isu keluar makan yang lebih jadi bahan pertengkaran, akhirnya dia terlupa sendiri. Kalau hendak mendail sekali lagi, malas pula rasanya. Tentu Khusyairi sudah merajuk di sana. Ditelefon pun bukannya dia mahu menjawab.
“Kalau kamu tak nak, biar mak yang call. Mari pinjamkan telefon. Mak dail sendiri.” Mak Biah lekas melingaskan pandangan. Baru saja dia terlihat telefon bimbit berjenama LG Amishah di tepi bantal, Amishah lebih dahulu merebut.
“Yelah, mak. Shah call tapi mak janganlah dengar. Seganlah.”
“Segan apanya? Bukan nak bercinta-cinta. Cakap aje apa yang mak dan abah suruh tu. Minta pendapat dia macam mana.”
Masalahnya kami masih gaduh, mak. Confirm aku kena berlemah-gemalai kalau nak memujuk. Memanglah tak beromantik tapi seganlah. Mak ni...
“Mak, please? Mak keluar ya? Nanti kalau dah habis cakap, shah bagitahu dekat mak. Boleh kan?.”
Mak Biah cuma menjuih bibir. Namun akhirnya dia bangun juga dengan amaran Amishah tidak boleh menipu. Khusyairi mesti ditelefon malam ini juga!
“Okey, mak. Shah janji.”
“Mak pegang janji kau tu.”
“Ya, mak.”
Sebaik sahaja Mak Biah meloloskan diri, pintu segera dikunci dari dalam. Selepas mandi nanti, dia akan terus tidur. Tak ada mood mahu menonton tv malam ini.
Beberapa saat dia merenung telefon di tangan. Amishah menarik nafas dalam-dalam. Bab memujuk Khusyairi, aduh. Memang susah. Kalau ada di depan mata, boleh juga dipeluk atau disentuh rambutnya tapi kalau dalam telefon?
Dalam mencari kekuatan itu tangannya sudah menekan punat mendail nombor yang sama.


Macam tak berkesan aje...

Buntu. Dia benar-benar buntu. Usahanya memujuk semalam seolah tak berkesan langsung. Buktinya Khusyairi sama sekali tidak membalas kiriman sms nya sejak semalam.
“Cikgu Mishah...Cikgu Mishah...”
Seorang murid lelaki berlari anak mendapatkannya. Di tangannya ada buku rekod mengajar yang begitu tebal itu. Ah, macam mana boleh lupa?
“Buku cikgu ke?.” Soalnya dengan sorot mata dikecilkan.
“Ha’ah. Cikgu tertinggal dekat meja cikgu tadi.”
Buku rekod mengajar bertukar tangan. “Sorry. Cikgu betul-betul terlupa nak bawa tadi. Terima kasih ya tolong hantarkan.”
“Tak ada apalah, cikgu. Benda kecil aje tapi lain kali hati-hatilah.”
Amishah sengih malas. Pandai saja anak-anak sekecil ini menasihati orang. Ah, semuanya gara-gara si manja yang kuat merajuk itu! Kalau tidak, tak adalah aku bingung semacam aje hari ini.
“Okeylah. Terima kasih banyak-banyak atas jasa baik kamu hantarkan buku ni pada cikgu ya. Balik kelas sekarang.” Arahnya terus mengepit buku rekod setebal tiga inci itu di bawah lengan.
Dengan langkah malas, dia kembali ke bilik guru. Pelawaan Ustaz Mahadi dan Cikgu Nuraina untuk minum sama di kantin juga dia tak penuhi. Dalam kepalanya sekarang cuma ada satu, bagaimana mahu memujuk ‘si manja’ nun di Borneo sana.
Semalam pun Khusyairi tak menjawab telefon. Sampai tujuh kali dia mendail pun tetap juga tak berjawab dan akhir sekali talian dimatikan sama sekali. Dua puluh lebih kiriman mesejnya pun langsung tak berbalas. Marah benar agaknya Khusyairi dengan kata-katanya semalam.
Dia bukan apa. Cuma tak selesa bila Khusyairi jadi begitu ‘prihatin’. Dan sebenarnya semakin tak selesa bila Khusyairi mula menunjukkan arah perasaannya.
“Bismillahirahmanirahim.” Dengan lafaz doa itu, dia menguatkan hati mendail sekali lagi nombor yang sama. Harapnya kali ini berjawablah.
Dua tiga minit menunggu, ternyata panggilannya sia-sia sahaja. Amishah mengeluh dengan muka semakin masam. Dia sudah berkira-kira mahu menamatkan panggilan bila kedengaran helaan nafas di hujung talian. Tiada suara tapi dia tahu siapa pemiliknya. Deru nafas itu sudah biasa dia dengari.
“Ri!.”
Senyap. Sesekali suara memekik kedengaran perlahan. Mungkin Khusyairi di tapak pembinaan sekarang. Oppsss....Amishah tepuk dahi. Betul-betul dia terlupa sekarang masih waktu bekerja.
“Ri, aku minta maaf. Kau kerja kan? Tak apalah, nanti lunch time kalau kau sudi, aku telefon kau lagi ya. Kerja baik-baik, sampai waktu makan nanti makan ya. Nanti kau kena gastrik, aku tak ada nak tolong tengokkan kau.”
Khusyairi di hujung talian tetap membisu. Amishah ketap bibir. Dia tahu salahnya.
“Ri, aku letak ya. Oh ya, aku tarik balik apa yang aku cakap semalam. You can always call me dear because I know you love me.”
Klik. Walau tiada reaksi daripada Khusyairi, Amishah tetap lega. Seakan kurang sedikit bebanan perasaannya. Sekurang-kurangnya Khusyairi sudi juga mendengar. Dia tahu Khusyairi akan mendengar.
“Amboi, amboi, cikgu.....memadu asmara nampak.”
Amishah lekas angkat kepala. Di hadapannya, Najihah sudah tersenyum-simpul dengan lirikan mata nakal. Kuss semangat....
“Apalah kau ni, Jie...ingatkan student mana yang pergi tegur aku macam tu tadi. Berdosa kau buat aku terkejut tau.” Marahnya menyimpan malu. Selalu saja Najihah terlihat perangai-perangainya yang memalukan.
“Alah, iya ke terkejut? Muka tu tak nampak macam orang tension pun.” Najihah lekas mengambil tempat duduk. “Ermmm....apahal pengantin baru dah gaduh-gaduh ni? Ada problem ke?.”
“Gaduh? Mana kau tahu kami gaduh?.”
“Alah, memujuk sikit punya manja kata tak bergaduh. Jangan nak menipulah, shah.” Bibirnya diherot panjang. Dari awal Amishah sampai lagi dia sudah menjadi pemerhati sampailah dia melihat dan mendengar sekali suara gemalai Amishah memujuk rayu sang suami.
Mulanya dia tak menjangka juga Amishah boleh jadi selembut itu dan boleh pula sampai memujuk. Setahunya Amishah keras hati. Amishah bukanlah orangnya yang nak melayan rajuk.
Tak tahu pula dia dengan Khusyairi, Amishah boleh berubah tiga ratus enam puluh darjah.
“Gaduh besar ke?.”
“Ish, tak adalah. Benda biasa aje pun.”
Najihah yang tidak mengerti apa-apa senyum dan terangguk-angguk. “Kalau rindu pun, sabarlah. Hari sabtu ni dah boleh fly ke sana kan. Dah boleh sambung honeymoon yang tertangguh dulu.”
Honeymoon? Nak honeymoon apa dengan orang yang merajuk? Hari sabtu tinggal dua hari, maksudnya lusa mereka akan bertemu. Sepatutnya. Tapi kalau Khusyairi tak suruh dia datang ke KK, macam mana?
“Entahlah, Jie. Kami tak bincang lagi. Tengoklah macam mana nanti, jadi ke tidak nak ke sana.”
“Tak apa. Aku doakan jadilah. Lagipun kalau kau jadi ke sana, adalah harapan aku nak kirim barang dengan kau.”
Amishah mencebik. “Huh, ingatkan ikhlas nak kami berbaik. Rupanya ada udang di sebalik mee.”
Dia tahu, asal ke Sabah saja, tidak lain tidak bukan, berjela-jelalah kiriman Najihah. Minta dibelikan kerongsang mutiara, rantai mutiara, bakul itu, bakul ini. Gelang. Macam-macam.

p/s : Hi,all...dah lama pula tak sambungkan? sorry ya...

2 comments:

cakap aje..saya layan..

Popular Posts