Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Sunday, February 28, 2010

Mr & Mrs BFF 9

Jangan bilang tidak, jika you belum mencoba...

“Apa muka cemberut semacam aje ni?.”

“Mana tak cemberut. Hati tengah tak tenang tu.” Nikman ketawa mengekeh di hujung kata-katanya sendiri. Amishah menjeling tajam tak puas hati. Dua orang abang yang dia ada, lebih banyak menyakitkan hati daripada menyenangkan.

Pemanduan Am terus menghala ke airport. Amishah di belakang nampak terlalu rusuh. Mukanya masam. Mulutnya terkunci rapat.

“Nanti sampai sana, call hubby kau. Pastikan dia datang jemput. Walaupun kau dah berkali-kali datang KK tu, jangan ingat nak tunjuk pandai. Bahaya.”

“Yelah.” Jawabnya tak bersemangat. Macam-macam yang ada dalam fikirannya sekarang. Pertama sekali tentulah penerimaan Khusyairi. Dia bertolak ini pun bukan atas kebenaran Khusyairi sendiri tapi orang tuanya yang menyuruh. Tiket sudah dibeli. Khusyairi sudah dikerah datang menjemput di airport.

Mulanya dia serba-salah sama ada mahu pergi atau tidak. Kalau pergi, dia berpeluang memujuk dan minta maaf tapi entah diterima ke tidak. Kalau tak pergi, nanti orang tua Khusyairi syak pula.

“Kalau Ri tak datang, call aku. Aku belikan kau tiket balik sini masa tu juga.” Am masih membebel.

Kasar-kasarnya dan suka menyakat, dia masih sayangkan Amishah. Satu-satu adik perempuan yang mereka ada. Amishah yang manja tapi pandai berdikari.

“Tak payahlah kau nasihat dia macam nasihat budak teenager pertama kali pergi melancong. She’s a wife, okay. Of course she can think of all that things.”

“Kau jangan lupa. Bahaya tu ada dekat mana-mana.”

“Yelah...yelah..” Duduknya dibetulkan. Dalam lima minit lagi, mereka akan sampai ke airport. Disebabkan mereka berdua akan kembali ke Kuala Lipis semula, Haji Rusdi awal-awal sudah mengarahkan mereka menghantar Amishah. Tak perlu menyusahkan besannya.

Kereta dihala terus ke tempat meletak kereta. Mulanya Nikman malas mahu menunggu sehingga Amishah masuk ke balai berlepas tetapi Am sudah awal-awal membuat keputusan.

“Aku bawa beg kau. Jalanlah dulu.”

Amishah memandang pelik. Semacam pula abangnya hari ini. Baiknya melampau-lampau. Memang dia tahu Khusyairi juga rapat dengan Am tetapi takkanlah sampai begini sekali dia perlu dijaga?

“Abang ni lain macam aje hari ni? Apahal?.” Soalnya tanpa dapat menahan diri. Nikman di belakang sudah mengekeh ketawa.

“Kenapa? Apa yang peliknya?.”

“Ri suruh abang jaga Shah ke?.” Entah kenapa, itu yang terlintas di fikirannya melihat perubahan sikap Am hari ini. Selalunya paling baik pun, Am cuma akan memastikan dia pergi ke mana-mana dengan selamat. Menelefon selang sejam. Memastikan dia masih dalam keadaan selamat.

“Ri?.”

“Yelah, sebab abang acting lebih.”

Am tiba-tiba mengukir senyuman lebar dengan tuduhan tak berasas Amishah. Mungkin sebelum-sebelum ini dia tidaklah mempamer kasih sayangnya pada Amishah tapi bila melihat adiknya yang bersendirian walaupun sudah menjadi isteri, simpatinya menggunung tinggi. Biarlah sementara Khusyairi tiada, dia sebagai abang yang mengambil berat kebajikan Amishah.

“Shah, kena ada alasan juga ke kalau nak buat baik?.” Soalnya dengan senyuman sumbing. Nikman di belakang sibuk dengan telefon bimbit dalam genggaman.

“Tak adalah. Cuma shah pelik sikit. Tapi kalau orang dah berbaik dengan kita, mestilah kita bersyukur sangat-sangat.”

Am melurut tangan jatuh ke bahu Amishah. Langkah diatur lekas ke ruang mendaftar diri. Sementara Amishah ke kaunter pendaftaran, Am dan Nikman berlegar-legar di ruang menunggu. Masing-masing dengan telefon sendiri. Hinggalah hampir sepuluh minit kemudian Amishah muncul semula dengan wajah sedikit pucat.

Nikman lekas-lekas mendapatkan adiknya. “Apahal ni? Tak sihat ke?.”

“Takut, bang.”

“Takut?.” Jawapan Amishah mengundang ketawa kedua-duanya. “Nak takutkan apa pula? Is this your first flight experience? No, right?.”

“Abang!.”

“Yelah. Tiba-tiba kata takut.” Am mengalih perhatian. Setahunya Amishah sudah berpuluh-puluh kali berulang-alik dengan kapal terbang. Sejak dia masuk ke maktab sampailah sekarang. Pertama kali dulu semasa dia mengikut Khusyairi dan ibunya bercuti ke Pulau Pinang semasa dia baru berumur sebelas tahun.

Amishah memasamkan muka. Di saat-saat beginilah dia merasakan kerinduannya pada Khusyairi. Walau lelaki itu suka merajuk dan minta dipujuk tetapi sekurang-kurangnya dia sangat pandai menenangkan hatinya.

Melihat reaksi adiknya, Nikman menghentikan ketawa. “Okey, sebenarnya kau takut apa ni?.”

“Shah takut Ri tak nak shah balik sana. Macam mana nak buat kalau Ri masih marah dekat shah?.”

“Kau dah call dia ke tak? Ada tanya pendapat dia macam mana?.”

Amishah geleng. Dia sendiri tidak tahu apa-apa tentang Khusyairi sejak lelaki itu merajuk. Perjalanannya hari ini semuanya sudah dirancang mentuanya.

“Shah tak nak pergilah kalau macam ni.” Putusnya dengan suara lemah. Hilang semangatnya melihat jarum jam semakin hampir ke waktu penerbangan. Kalau Khusyairi tidak menjemput nanti, maknanya dia tidak dialu-alukan ke Sabah. Lalu apa gunanya dia membuang masa ke sana?

“Shah, kau belum cuba lagi kau dah nak putus asa. Kena cuba dulu. Kalau betul hubby kau tak jemput, then aku belikan kau tiket baru balik sini secepat yang mungkin. Kalau tak ada, kau tidur hotel dulu sementara tunggu flight.”

“Tapi...”

Am dan Nikman serentak menggelengkan kepala. Troli berisi beg pakaian Amishah ditolak rapat sehingga ke pintu masuk balai berlepas.

“Dah tak ada tapi-tapi. Kena cuba dulu, baru boleh cakap ya ke tidak. Sekarang pergi masuk.”

Dia datang atau tak?

Tepat jam lapan malam, suasana sepi Lapangan Terbang Kota Kinabalu Terminal 2 menyambut ketibaannya bersama hujan yang turun semakin lebat. Amishah berjalan lekas ke arah kawasan mengambil bagasi.

Dia takut. Kebetulan tidak seramai mana penumpang yang ada tadi. Semasa transit di Kuala Lumpur, hampir separuh tempat duduk tak berpenghuni.

Menunggu hampir tiga puluh minit, barulah dia dapat keluar membawa beg pakaiannya. Telefon bimbit segera dihidupkan. Hampa bila tiada satu pun mesej daripada Khusyairi.

Nampaknya Khusyairi memang tidak merelakan pun dia datang ke sini. Hatinya diterpa rasa sedih tiba-tiba. Entah bila, sudah ada air mata mengalir turun ke pipi. Dia cuma sedar bila beberapa orang wanita memandangnya pelik. Amishah lekas-lekas mengambil tempat duduk di ruangan menunggu.

Mustahil Khusyairi tidak tahu jadual penerbangannya. Ibu bapanya sendiri yang membelikan tiket. Ibunya sendiri yang memaksanya datang ke airport. Dia lupa atau sengaja?

Air mata yang sudah mahu kering mengalir lagi. Amishah tarik nafas. Cuba bertahan sebelum tangisannya nanti menakutkan orang ramai yang ada di lapangan terbang ini.

“Assalamualaikum.”

Sebu hatinya makin menyerang. Dia sudah mahu terhenjut-henjut menangis apabila bahunya disentuh seseorang.

“Sayang?.” Suara itu semakin dekat di telinga.

Perlahan-lahan dia memberanikan diri mengangkat kepala. Melihat wajah itu, air matanya semakin laju mengalir sebelum sempat dia menahan. Lupa pada orang ramai yang mungkin memandang, Amishah meluru memeluk tubuh Khusyairi.

“Ri.” Dia sudah merengek dengan suara keanak-anakan.

“Ya, dear. Akulah ni. Boleh tahan air mata tu sekejap tak? Kita pergi kereta. Nanti orang tengok, kesianlah dekat kau.” Belakang tubuh Amishah diusap penuh kasih. Kalau Amishah menangis kerana rindu, dia lebih-lebih lagi. Kalau Amishah merasakan dia tidak akan datang, dia pasti tidak akan sesekali berbuat begitu.

Beg Amishah dicapainya dengan sebelah tangan manakala sebelah tangannya lagi terus melingkar di pinggang Amishah. Membiarkan Amishah terus menyembamkan wajah ke dadanya.

Amishah diminta menanti di tepi jalan sementara dia sendiri terus menerpa hujan terus ke arah keretanya yang diletakkan di kawasan belakang. Itu pun dua tiga kali dia berpusing untuk mendapatkan parking ini.

Amishah cuma mampu mendiamkan diri. Memandang Khusyairi meredah hujan tanpa payung. Di tubuhnya cuma ada baju kemeja lengan panjang. Dia tidak pun menyarung jaket.

“Ri!.”

7 comments:

  1. sgt sweet khusyairi tu.. huhuhu..
    moga mereka berbahagia~

    ReplyDelete
  2. Whoa, how sweet.

    ReplyDelete
  3. laa..nape Shah panggil Ri?
    masa tu Ri tengah melintas jalan ke?
    minta2lah jgn jd aper2..

    ReplyDelete
  4. sweet sangat.. tergoda i you.. hahaha

    ReplyDelete
  5. sambung la cepat...best2 ni...sgt2 excited..hehe

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts