Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Tuesday, July 6, 2010

Mr & Mrs BFF 33

Hallu..sorrylah lambat pula update yer? Hihi..sibuk sebenarnya.Almaklumlah, guru sejati yg komited gitu..Yerk..haha..tadi pun sibuk dengan urusan akademik so baru ni lah buka laptop..Apa pun, jemput membaca...rinduuuuu korang!


Dalam keadaan kelam-kabut itu, Khusyairi menyumbat apa saja barang mereka ke dalam beg pakaian. Mereka terpaksa mendaftar keluar saat ini juga memandangkan mereka perlu pulang ke Kuantan sebentar lagi.
Seorang pekerja hotel sudah sedia menanti di luar pintu. Dua buah beg pakaian diserahkan Khusyairi padanya sementara dia membimbing beg kerjanya sebelum mengangkat tubuh Amishah memasuki lif.
Kalut semuanya!



Suasana sedih mengisi suasana. Orang ramai sudah mula memenuhi perkarangan rumah kayu itu sejak sebelum subuh lagi. Bacaan surah yaasin kedengaran di seluruh rumah.
Khusyairi turut sama duduk membacakan yaasin di sisi jenazah. Matanya sedikit kemerahan menahan tangisan. Adik-adiknya yang lain serta ibu bapanya masih meneruskan bacaan yaasin mereka.
Sehingga ke awal pagi barulah keluarga Haji Rusdi tiba. Lelaki tua itu muncul bersama isterinya.
“Assalamualaikum.” Sapanya sebaik sahaja Haji Rusdi dan Mak Biah menutup pintu kereta. Dia dimaklumkan Pak Usunya tadi keluarga mentuanya sudah sampai.
“Waalaikumsalam. Sabar ya, nak. Ayah dengan mak tumpang simpati.”
“Saya faham, ayah. Marilah naik dulu. Amishah ada dalam bilik. Dia kurang sihat sebenarnya. Tapi saya tak sempat nak bawa ke klinik. Panjang ceritanya.” Dia mendahului langkah meniti anak tangga.
Haji Rusdi dan Mak Biah berpandangan seketika. Sebaik bersalaman dengan besannya serta mengucapkan takziah, Mak Biah meminta diri mendapatkan anaknya yang dikatakan tidak sihat oleh Khusyairi tadi.
Sebaik menolak pintu perlahan-lahan, matanya segera terpandang Amishah di atas katil. Anak gadisnya itu sedang lena tidur.
“Mishah?.” Sebuah kucupan sayang melekat di dahi anaknya.
Beberapa saat dia menunggu, anaknya membuka mata sedikit. Mungkin menyedari kehadirannya, Amishah mencuba untuk duduk namun akhirnya dia mengaduh sendiri.
“Baring sajalah, Mishah.”
“Bila mak sampai? Abah mana?.”
“Abah kau ada dekat luar tu. Bacakan surah yaasin untuk jenazah. Kau sakit apa ni, Mishah? Pucat sangat muka tu.” Tangannya membelai seluruh muka Amishah. Risau juga dia melihat keadaan anaknya begini.
“Gastrik agaknya, mak. Atau senggugut. Mishah pun tak pasti.”
“Gastrik? Kenapa sampai gastrik? Puasa apa kamu ni?.”
“Tak ada selera nak makan, mak.” Amishah terasa pedih di perut sebaik sahaja dia mengalihkan tubuh. Letih rasanya asyik berbaring sepanjang masa. Khusyairi pun belum datang menjenguknya sejak dia ditinggalkan bersendirian di dalam bilik.
Mak Biah tergeleng kesal. Masakan tidak berselera makan kalau hati tengah senang. Ini pasti ada sesuatu yang berlaku antara Amishah dengan suaminya.
“Kamu ada masalah ke dengan Ri?.”
Emak tahu ke? Amishah menjadi gusar sendiri. Bagaimana pula Mak Biah boleh tahu? Masakan Khusyairi yang gatal mulut membuka cerita? Tapi itu bukanlah perangai suaminya.
“Mishah?.”
“Err..tak adalah, mak. Mishah memang tak selera nak makan. Makanan dekat hotel tu semuanya makanan barat. Mishah tak berapa nak berkenan.” Dalihnya. Riak mukanya diceriakan demi melindungi rahsia.
“Terpulanglah pada kamu. Tapi kalau kamu ada masalah, bawalah berbincang dengan Ri. Atau cuba cakap dengan abah. Mak ni mungkin kurang tahu hukum-hakam perkahwinan.”
“Mak.” Jari-jemari tua Mak Biah digenggam erat. Biar apa pun yang berlaku, seeloknya disimpan dulu. “Mishah okey dengan Ri. Tak ada apa berlaku pun. Mak janganlah risau.”
“Apa-apalah, Mishah. Ri kata dia tak sempat bawa kamu ke klinik, betul ke?.”
Kepalanya diangguk sekali. Dia turut membuka mulut bagaimana mulanya dia sakit dan saat menanti ketibaan ambulans itu juga mereka dikejutkan dengan berita kematian datuk Khusyairi. Menyebabkan mereka terpaksa meminta maaf kepada petugas ambulans dan bergegas ke sini.
“Dah makan ubat?.”
Kali ini dia menggeleng. “Nak makan ubat apa kalau tak tahu sakit apa, mak.”
“Kalau macam tu, biar mak minta abah bawakan kamu ke klinik habis dia mengaji yaasin nanti. Nanti melarat sakit kamu ni.” Kalau hendak ditunggu Khusyairi, menantunya itu tentu masih sibuk menguruskan pengebumian datuknya.


Aisyah menjeling bosan. Sesekali dia berpandangan dengan Aida yang duduk di meja kerani. Mereka saling menahan senyuman dengan maksud tersendiri.
“Hei, Aisyah!.”
Jerkahan itu menghentikan perbuatannya. Dia lekas mengalihkan pandangan kepada seorang perempuan di pintu bilik Khusyairi. Perempuan dengan rambut diikat tinggi itu bercekak pinggang memandangnya.
“Cakap betul-betul, bila jantan tu nak balik.” Katanya mendengus marah. Dia benar-benar sakit hati. Dia tertipu dengan Khusyairi.
“Eh, saya pun tak berapa pasti, cik. Dia cuma call beritahu dia perlukan cuti kecemasan sebab ada masalah keluarga.”
“Masalah apa?.”
“Err..kalau saya tak silap, ada ahli keluarga terdekatnya yang meninggal dunia.”
“Entah-entah, dia saja nak habiskan masa dengan betina tu. Berseronok dekat hotel mewah.” Cemuhnya perlahan namun didengari kedua-dua pekerja papanya. Kedua-duanya mengerut dahi.
Aisyah memandang Aida sekali lagi. Kalau tadi dia mentertawakan lagak mengada-ngada Nuraina namun kini dia menagih pemahaman Aida. Siapa betina yang dimaksudkan Nuraina? Masakan Khusyairi pandai mencari ‘ikan’ di KL?
Kalau bukan disebabkan Nuraina itu anak bos besar mereka, sudah lama dia meminta Nuraina membuat penjelasan mengenai dakwaannya sebentar tadi.
“Eh, dah lah. Daripada aku buang masa tengok muka korang yang entah apa-apa ni, lebih baik aku balik. Menyampah.” Nuraina menghempas kuat pintu bilik Khusyairi.
Semalam, dia kelam-kabut pulang ke Sabah walaupun mamanya berpuluh kali meminta dia bermalam di rumah mereka. Semuanya gara-gara mahu menaiki pesawat yang sama dengan Khusyairi.
Malang sekali, lelaki itu langsung tidak muncul di lapangan terbang. Mahu tidak mahu, dia terpaksa juga berangkat masuk ke perut kapal mengenangkan tambang penerbangannya di kelas pertama itu mencecah ribuan ringgit.
“Hish, mengada-ngada sangat perempuan tu. Berani betul dia pergi kata muka kita ni entah apa-apa.”
Aida mengangguk setuju. “Budak tu tak sedar diri. Muka dia tu macam bangunan tak siap, nak mengata orang tak cantik.”
“Biasalah, perempuan macam tu memang selalu tak sedar diri. Sebab tak ada siapa nak sedarkan dia.” Kata-kata Nuraina tadi, kalau hendak diikutkan mahu saja dibalasnya namun mengenangkan kedudukannya sebagai anak tunggal kesayangan Datuk Rahman akhirnya dia hanya mampu menahan sabar.
“Tapi aku masih tak fahamlah dengan apa yang dia cakap tadi tentang bos.”
“Eh, aku pun sama sebenarnya. Dia maksudkan bos kan?.” Aisyah merendahkan suara. Bimbang didengari pekerja lain.
“Memang pun dia maksudkan bos sebab dia kata bos tu jantan dan berseronok dekat hotel dengan betina. Betul ke?.”
“Hish, bos bukan macam itulah. Aku yakin, Da. Bos tu lelaki baik. Jaga sembahyang. Takkanlah dia nak berfoya-foya dekat hotel buat kerja terkutuk tu.” Dia kenal sangat dengan Khusyairi. Mereka sudah lebih tiga tahun bekerja bersama, di bawah satu bumbung, di dalam satu jabatan yang sama.
“Entahlah tapi kenapa dia cakap macam tu? Takkan saja-saja reka cerita kot.”
“Alah, perempuan tu kan setengah mati cintakan bos. Dia sajalah nak burukkan nama bos depan kita. Tak usah nak percayalah.”
“Itulah tapi aku sangsi juga sebenarnya.”
Fail di atas meja dialihkan ke rak. Selepas menurunkan tandatangan pada ruangan peminjam, dia kembali duduk di kerusinya.
“Entahlah, Aida. Tapi bagi aku, aku lebih percayakan bos sebab aku lebih kenal peribadi dia.”
“Hurmm…”

4 comments:

  1. hahaha...
    agaknye ade baby kot lam perut mishah...
    hehehe...

    ReplyDelete
  2. time ni hah amishah nak kna tnjuk sayg kat kusyairi...
    kematian tu~~~
    dah la c ri tu mnja bapak...

    >>niCk<<

    ReplyDelete
  3. salam...
    ble la khusyairi nk berterus terang kat kwn pjbt dia yg dia dah kawin?
    terus terang kan sng...

    ReplyDelete
  4. ishh..aku ingat si mishah tu yang gol..
    suspen...hehehe
    ampunnn..hamba tersilap menilai..kekeke

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts