Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Wednesday, November 3, 2010

Mr & Mrs BFF 56

“Ri.”

Perutnya terasa sesuatu. Ada gerakan di situ. Tangannya ditekap erat ke atas perut yang semakin ketara tetapi masih belum dihebahkan pada Najihah. Biarlah kawannya itu berteka-teki sendiri. sampai masanya nanti, dia akan tahu juga.

Sejak dua tiga hari ini, bayi di dalam kandungannya semakin aktif. Setiap kali nama Khusyairi terlintas dalam fikiran, bayinya akan menunjukkan tindak balas.

Papa dia! Mestilah dia tahu!

Cuma sayangnya, dia sendiri tak pasti kalau-kalau lelaki yang akan bergelar papa tidak lama lagi itu masih mengingati anaknya ini. Atau dia sendiri akan berkahwin baru tidak lama lagi dan mendapatkan anak?

“Anak mama duduk baik-baik kat dalam ya.” Pujuknya sambil mengelus perut. Terasa ada air jernih bertakung di kolam mata.

Kalau betul pun Khusyairi tidak mahu mengiktiraf anak ini sebagai anaknya, dia akan akur. Itu soal dosa pahala Khusyairi yang dia sudah tidak mampu mengubahnya. Biar dia sendiri memelihara anak mereka ini dengan sepenuh kasih sayang yang ada. Ada papa atau tidak, itu namanya nasib.

“Syah!.” Satu tepukan singgah ke pehanya membuat Amishah terkebil-kebil.

Najihah mengerutkan dahi di hadapannya. “Melamun apa? Sakit perut ke? nak minyak angin?.”

“Sakit perut?.”

“Tu.” Bibir nipis Najihah terjuih ke arah tangannya yang masih melekap di atas perut. Oh….spontan dia menariknya semula. Berpura-pura memicit kepala. Mujurlah Najihah tidak meneka lebih-lebih.

“Sakit ke?.”

“Sakit sikit. Tapi dah letak ubat tadi. Kepala ni yang rasa semacam sikit.” Dalihnya.

Najihah sudah mula tergeleng-geleng. Amishah memang degil. Dia sudah berpuluh kali berpesan. Kalau dah selalu sangat rasa tak sedap badan tu, pergi jumpa doktor cepat-cepat. Manalah tahu ada berita baik untuknya.

“Habis sekolah nanti, aku bawa kau pergi klinik. Kita pergi buat check up. Risau aku kalau tengok kau asyik peninglah, rasa itulah, inilah.”

“Eh, tak payahlah, Jie! Aku okey. Pening sebab periksa buku budak-budak kelas aku ni sebenarnya. Aku dah puas cakap, kena periksa ejaan betul-betul setiap kali menulis. Diorang buat juga.”

“Hah, yelah tu sebab periksa buku budak-budak kelas kau.”

Amishah melepaskan keluhan. “Betullah, Jie. Aku tahu kau sayang sangat dengan aku tapi aku tak ada apa-apa.”

“Betul ni?.” Soalnya tidak puas hati. Amishah memang degil.

“Betullah, yang oi.”

“Oh ya, bercakap pasal sayang ni. Suami kau apa khabar? Lama aku tak dengar kau bermadah rayu dengan dia kat telefon.”

Anggukan laju Amishah tadi mati semerta. Suami? Kalaulah Najihah tahu dia sedang berkawan dengan seorang janda saat ini.

“Khusyairi kan nama dia?.”

“Err…”

Dia mahu mengatakan sesuatu apabila telefon bimbitnya yang terbiar di atas meja tiba-tiba berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Belum sempat dia menjenguk, Najihah sudah terlebih dahulu memanjangkan tangannya.

“Ya Allah, panjang umur dia, Syah. Hubby kau!.”


p/s : Hihihi...tengok, aku tunaikan janji ke tak? hah, aku ni memang boleh dipercayai. (Tahniah pd diri sendiri)...tp nak kata ni, aku lambat sikit menaip sekarang. Jari-jemari belah kanan aku soma sakit kecuali ibunya. Sakit dan pedih disebabkan sentiasa pegang mouse, rolling dia n mouse ni jenis panas...huhu...

5 comments:

  1. huishhh memang cepat dan efisyen betul ... warggg tadi psl kusyairi nie amishah lak....hehehe..ske ske...tapikan pelik laa bukan x bleh kee kalo kite nak ceraikan org yg tgh mengandung????? bukan kene tunggu sampai die dah abes melahirkan keee????? apepon nanti tambah laa lg... x saba nak bace...tapi kan kite x ske betul ngnan khusyairi uh...dah x ske amishah x yah laa ingat2...sebok jeeeee ...hehehe

    ReplyDelete
  2. lah... nape pendek sngt n3 nie...belum sempat feeling g, smbg cepat2 ye..

    ReplyDelete
  3. Nuha : Setahu akak (dah rujuk)...boleh bercerai walaupun mengandung...hee..biarlah Ri rindu..

    Hani : Hee..sabar ye...

    ReplyDelete
  4. cpt2 smbung...da lme sye ikt cite nie...best3!!!keep it up sis!!!=)

    ReplyDelete
  5. cian.....amisyah....sebenarnya kesian kat dua-dua..........eheeheeeee

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts