Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Sunday, November 1, 2009

siapa yang salah? 15

Aku menolong memasak untuk makan tengah hari sementara mak ke rumah sebelah. Mak melawat menantu Datin Kurshiah yang baru bersalin dua hari lepas. Baru tadi dia dibenarkan pulang ke rumah.

Sangkaku cuma kami berdua yang akan makan jadi aku memasak sedikit sahaja. Dua lauk dan satu sayur. Aku tak tahu pula encik tabib pun akan pulang sama.

Sedang aku sibuk menyediakan sambal ikan masin, aku terasa ada orang sudah berdiri di sebelah. Entah apa yang dia nilai dengan hasil kerjaku.

“Eh, bila masa awak sampai?.”

Doktor handsome tersengih-sengih. Dicapainya sudu di tanganku dan dicuitnya sambal di dalam kuali. Spontan aku tanpa sengaja tertampar tangan dia. Bila dia dah tenung aku barulah aku perasan. Astaghfirullah..

“Sorry. Tak sengaja.” Aku kecilkan mata. Aku terbiasa. Dulu-dulu bila aku memasak, abang tiba-tiba datang dan merasa makanan dalam kuali. Aku pula akan memukul tangannya. Nasib baiklah aku menampar tangan doktor handsome tadi dengan belas kasihan. Abang dulu kena juga tangannya yang kurus tu dengan senduk kayu.

“Ouch..ouch..ya Allah..sakitlah.” sebagai balasan, abang akan membalas tapi lastik guna jari aje pun. Langsung tak sakit.

“Hah, siapa suruh pergi rasa macam tu? Padanlah muka.”

“Ya Allah..kau ni membebel kalah mak orang tau.”

Aku akan jelirkan lidah. Bila aku dah bereaksi macam tu, dia tahu dia memang akan kalah sebab dia tak pernah jelir lidah ni. Since kami kecil dulu pun dia memang tak buat macam tu.

“Eh, melamun ke?.” Tiba-tiba terasa ada sudu dilayang-layangkan depan mata. Ish, mamat ni…

“Saya teringat zaman lamalah. Bukan melamun.” Dalihku.

Kerana dipaksa oleh doktor handsome, aku melangsaikan kerjaku dengan pantas. Siap hidangkan makanan, aku sediakan semua pinggan, air basuh tangan, gelas dan air suam. Doktor handsome pula duduk-duduk di depan tv selepas aku halau keluar dari dapur.

Aku bukan apa. Rasa segan bercampur malu bila mata dia tu asyik melekat tengok semua pergerakan aku. Silap-silap haribulan nanti, buat air pun rasa tak seberapa.

Bila semuanya dah ready, aku berlalu ke bilik untuk sembahyang zuhur. Harap-harap mak akan pulang sekejap lagi sebab aku takkan turun makan berdua aje dengan doktor handsome tu. Nanti entah fitnah apa pula yang datang.

“Shamim, jom keluar makan. Saya dah lapar ni.” Aku baru berniat nak merehatkan diri atas katil, suara doktor handsome dah mencecah pintu. Adoi, apa aku nak bagi excuse erk supaya dia tak terasa?

Dua tiga saat, aku mendiamkan diri. Biar dia teka yang aku tengah khusyuk solat masih. Jadi dia akan makan dulu. Kan dia kata dia lapar? Lagipun sekarang dah pukul satu setengah. Kejap lagi dia kena balik klinik.

“Sha?.”

Adoi, tak faham juga dia rupanya. Akhirnya aku buka mulut juga. “Awak makan dulu erk, saya sakit perut. Nak rehat kejap.”

“What? Sakit perut? Ada ubat tak? Kalau tak ada, tunggu kejap, saya ambil dekat atas. Tunggu ya.” Itu pula reaksinya.

Aku tepuk dahi. Ya Allah, macam mana aku boleh lupa pula aku sedang menipu doktor? Astaghfirullah…kan ke baik kalau aku cakap aku nak mandi dulu ke, tak solat lagi ke..ini aku kata sakit pula. confirmlah sensitive telinga doktor tu.

Lima minit kemudian, dia datang lagi mengetuk pintu. Jangan kata dia nak check apa-apa pula, sudah. Tak kuasa aku.

“Sha, masih sakit ke?.”

“Err..sakit sikit. Tak apa, kejap nanti okeylah ni. Awak pergilah makan dulu.” Suaraku aku gegarkan sedikit. Biar betul-betul macam orang yang sakit sederhana aje.

“No..no..tak ada frasa sakit sikit aje, kejap nanti okey…dah sakit tu maksudnya memang sakitlah..let me in. awak kena makan ubat.”

“Hah?.”

“Let me in. I can know what is it wrong with you if you let me check it out.”

Di dalam, aku sudah ternganga tak percaya. Matilah aku kalau dia masuk dan nak CHECK? Gila ke apa? Nanti dia tahulah aku cuma menipu. Ish, apa aku nak buat ni?

“Err…tak..tak apalah, doktor. Saya okey. Ni sakit biasa. Premenstrual.” Hah, mujur datang idea ni. Menipu pun menipulah. Aku bukan sengaja.

“Premenstrual?.”

“Ya, biasa aje.” Harap-harap dia percaya.

Lama juga dia diam. Mungkin dia nak buat rumusan kot yang aku ni betul-betul sakit benda alah tu ke tidak.

“Okey, kalau macam tu, lepas makan nanti saya hantarkan teh halia. Mak cakap elok untuk perempuan sakit macam awak.”

Fuuhhhh!!!!!!!! Berjaya pula taktik aku nampaknya. Ambilkan air teh halia pun, ambillah. Kalau lepas makan, maknanya lama lagilah tu. Masa tu aku yakin mak dah balik.

Haih, susah juga kalau kena tinggal dua-dua orang aje ni..asyik tak kena aje dibuatnya…


p/s : sorry lambat n3 nya ya..hihihi..pendek lak tu..saya kekeringan idea, again..ini saya paksa2 kuar idea, entah ok ke tak..jgn marah ya, insyaallah akan disambung lagi..yg penting kena siapkan SKSI at the same time plus exam plus keja2 yg x boleh dielak..apa pun, harap korang sudi membaca n menyokong saya...

4 comments:

cakap aje..saya layan..

Popular Posts