Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Saturday, February 6, 2010

Mr & Mrs BFF 6

Gila bayang betul…

“Eh, apa yang kau gelak-gelak sendiri tu?.” Satu suara bersama satu tepukan lembut singgah di bahunya membuatkan Amishah cepat-cepat menutup telefon di tangan. Najihah sudah tersenyum penuh makna melihat reaksinya.
Sejak berdiri di pintu masuk bilik guru ini lagi dia sudah terlihat senyuman panjang si pengantin baru. Pelik juga! Balik dari bercuti panjang, tiba-tiba sudah berubah perangai.
“Hah, sembunyikan phone pula. inilah penangan pengantin baru ni. Susah. “
Amishah sengaja mengerutkan kening. “Apa yang susahnya? Macamlah dia tu tak pernah jadi pengantin nak mengata orang ya.”
“Aku dulu relaks aje. Tak adalah awal-awal pagi dah gelak-gelak sendiri tengok handphone tu. Tak nak keluar pergi assembly ke, cik puan?.”
“Assembly?.” Ya Allah!! Dahinya ditepuk kuat. Terlupa. Betul-betul dia terlupa yang hari ini ialah hari isnin, maknanya ada perhimpunan di dewan sana. Alamak! Macam manalah boleh terlupa? Haih, ini semua gara-gara sms gila tu!
Najihah menggeleng-geleng. Beg kerjanya disimpan elok di bawah meja. Tas tangan pula disorokkan di dalam laci selepas dia mengeluarkan dompet, kunci kereta dan telefon bimbitnya. Lebih baik berjaga-jaga!
“Itulah! Lain kali kalau nak kahwin jangan nak bajet baik. Nak kahwin hujung-hujung waktu cuti. Tinggal dua tiga hari dah nak masuk kerja. Kan dah sekejap aje masa nak bersama. Almaklumlah pengantin baru.”
“Eh, aku biasa aje pun! Even if my parent suruh kahwin semalam pun, aku okey aje. Tak ada apa masalah.” Dalihnya. Dia juga lekas menyimpan tas tangan di dalam laci dan menguncinya. Guru-guru lain nampaknya sudah ramai yang meninggalkan meja masing-masing. Patutlah sunyi senyap tiba-tiba.
Tadi semasa dia sampai, riuh-rendah mereka berbual dan sebaik sahaja Amishah muncul, semua mereka bangun menerpa dengan senyuman nakal di bibir. Jenuh juga dia menahan hati diusik dengan macam-macam perkara : sampai ke cerita dalam selimut. Mujur sajalah dia dan Khusyairi belum pernah berkongsi selimut.
“Alah, Mishah. Aku macamlah tak ada pengalaman. Orang baru kahwin ni kalau boleh asyik nak berkepit aje laki bini. Ini kan pula korang yang satu dekat barat satu dekat timur ni. Lagilah susah nak melepas rindu.”
Tangan Amishah dikepit kemas. Amishah rakan baiknya sejak mereka sama-sama mendaftarkan diri di sekolah ini. Sudah banyak kenangan pahit manis yang mereka lalui. Semakin eratlah hubungan yang ada dibuatnya.
Senyuman Amishah melebar ke pipi. Kalaulah Najihah tahu perkahwinannya ini cuma olok-olok. Kahwin yang sudah nampak hala tujunya kepada perceraian.
“Tengoklah, senyum sendiri.” Sedar-sedar, lengannya ditepuk lagi. Amishah cuma mampu mengaduh perlahan. “Gila bayang betul. Sah, dah gila bayang.”
“Ya Allah, Jie. Bila masa pula aku gila bayang sampai kau nak sahkan ni? Aku normal lagilah.”
“Huh, tak ada maknanya nak mengelak bagai. Aku kenal kau tu.”
“Kalau kau kawan baik aku, Jie, kau mesti akan dapat baca yang aku ni tak gila bayang walau sedikit pun. Tak ada apa yang nak digilakanlah.” Dia cuma senyum gara-gara kiriman sms gila dari seseorang. Bukan sebab dia teringat kenangan manis bersama Khusyairi. Lagipun, apalah sangat kenangan manis mereka selepas berkahwin ni?
Setakat tidur sekatil, sebilik? Bergembira? Ketawa sama-sama?
Itu saja. Tak ada yang istimewanya pun.
“Ish, dah lah tu. Malas nak bertelagah dengan kau.” Najihah mempercepatkan langkah. Riuh-rendah suara murid-murid yang sibuk beratur mengingatkan mereka akan keperluan menunjukkan contoh positif. Guru juga perlu berada awal di tapak perhimpunan.


p/s : Guys, jangan marah tau sebab the n3 is toooooo short..hehe...harap u all enjoy till the next n3 soon...

4 comments:

  1. a ahh laa...
    pendeknyee..
    hehe..smbung2 lagik..

    ReplyDelete
  2. to kesengalan terserlah / na'adz :
    hehehe...yg penting u x marah akak..hehe..sabar ya..

    ReplyDelete
  3. kak tyea..
    haha..tade mara2 punyee..

    btw,,sye bkan nadz la kak..nadz tuh ceritaku memoriku..
    sye zatie..
    haha..

    ReplyDelete
  4. oh, yeke? ahaha...malunyeee....patutlah rasa macam lain je time letak nama na'dz tu tadi..ekekeke..harap2 dia x tau,kan? kalau x, malu aje..sori,zatie..akak x tahu langsung..

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts