Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Sunday, July 11, 2010

Mr & Mrs BFF 33

Abahnya lelaki yang paling dia hormati. Haji Rusdi menjadi sanjungannya sejak kecil. Tetapi dalam hal ini, Haji Rusdi terpaksa dibelakangkan seketika. Begitu juga dengan emaknya.
“Macam mana, Mishah? Apa kata doktor tu?.” Soal Mak Biah sebaik sahaja wajahnya terjengul muncul di ruang menunggu.
Segaris senyuman dilempar walau pahitnya terasa di hati. Di saat-saat penting seperti ini, sepatutnya ada Khusyairi di sisi tapi apakan dayanya, lelaki itu terpaksa membiarkan dirinya ke sini bersama orang tuanya. Urusan pengkebumian arwah datuk Khusyairi belum selesai.
“Ya, Mishah. Macam mana?.” Haji Rusdi turut mengangkat kepala.
“Tak ada apalah, abah, mak. Mishah okey. Demam biasa aje.” Sehingga Khusyairi mendapat berita ini, sesiapa pun tidak akan mengetahuinya.
“Betul? Cuma demam?.”
“Ya, mak. Demam biasa.”
“Oh..” Mak Biah menjuih panjang. Dia bersyukur kalau anaknya disahkan sihat tetapi sedikit kecewa apabila harapan yang terselit di sudut hatinya tidak kesampaian.
“Kenapa, mak ingatkan kenapa tadi?.” Langkahnya terhenti. Dia menggenggam erat lengan emaknya yang berjalan rapat di sisinya. Dia dapat merasakan ada kesedihan di hujung luahan kata Mak Biah itu tadi.
“Tak ada apa-apalah, Mishah. Mak cuma bersyukur kalau betul kamu setakat demam. Sebab kalau sakit apa-apa pun, susah. Suami kamu tak ada dekat sini. Walaupun mak dengan abah boleh jaga, tentu lain rasanya dengan suami sendiri.”
Amishah angguk mengiakan kata-kata itu. Memang ada benarnya. Dalam hati dia bersyukur dengan berita yang disampaikan Dr. Mona itu tadi. Ah, kalau saja dia sampaikan sama kegembiraan ini kepada orang tuanya…
“Mak…”
“Ya..”
“Err..”
“Eh, kalau dah sudah urusannya, cepat-cepatlah kita balik. Takut-takut mereka dah kebumikan jenazah arwah. Tak elok cucu menantunya pula tak ada.” Haji Rusdi lekas mencelah. Mengingatkan pada keduanya.
Mak Biah mengatur langkah perlahan sambil mengiringi Amishah. Risau dia. Badannya masih lemah.





“Macam mana, yang?.”
Amishah berpura-pura mengerut dahi. Matanya masih terpejam. Setelah seharian suaminya sibuk dengan urusan pengkebumian dan seterusnya majlis tahlil sebentar tadi, baru kini mereka bersama.
“Macam mana apa?.”
“Dekat klinik tadi.”
“Macam biasalah. Doktor check dan bagi ubat.” Dia mahu melihat sejauh mana Khusyairi prihatin dengan kesihatannya.
Khusyairi menoleh sekilas pada Amishah di atas katil. Dia tahu Amishah masih marahkan dirinya, sejak dari Kuala Lumpur lagi. Tambah-tambah pula dia sama sekali tidak sempat meluangkan masa melayannya sejak mereka sampai ke mari semalam.
Langkahnya diatur mendekati Amishah. “Sayang, abang minta maaf sangat-sangat sebab tak sempat bawa sayang pergi klinik tadi.”
“Tak apa. Shah ada abah dengan mak sendiri.”
“Sayang.” Aduh, sangkaannya tepat sekali! Amishah masih mahu merajuk. “Sayang tahukan, abang kena uruskan jenazah arwah atuk. Malam ini pula kena uruskan tahlil. Arwah tu atuk abang.”
“Shah tak halang pun.” Dia cuba mahu memadamkan kemarahannya pada Khusyairi tetapi entah kenapa, wanita misteri itu membuatkan egonya semakin bertambah.
Dia tahu, dalam keadaan Khusyairi keletihan dan kesedihan begini, tidak sepatutnya dia menambah kekusutan perasaan suaminya.
“Entah apa salah abang kali ini. Kalaulah abang boleh tahu…”
Kalaulah abang boleh tahu? Apakah selama ini dia menyangka kegiatannya tidak akan terbongkar?
“Tak apalah kalau tak mahu kongsi. Abang lapar ni. Abang ambilkan makanan ya?.”
“Tak nak. Shah tak lapar.”
“Apa pula tak lapar. Ichah kata sayang tak makan pun tengah hari tadi. Abang tak nak tengok sayang kena gastrik sampai teruk macam kat KL tu.”
“Saya kata tak nak tu maksudnya tak naklah.”
“Sayang.” Khusyairi merendahkan suara. Kedua tangannya diletakkan di atas bahu Amishah. “Please, yang. Esok atau lusa, abang dah kena balik kerja. Entah bila baru abang dapat cuti pula nak balik ke sini. “
Amishah mencebik bibir. Kalau sudah ada seseorang di sana, manakan ada Khusyairi berkeluh-kesah mengingatkan dirinya dan bayi ini di sini…
“Kalau tak nak makan pun, minum. Abang buatkan air susu suam ya.”
“Tak perlu. Saya tak pandai minum susu.”
Sebuah keluhan terlepas tanpa dapat ditahan. Khusyairi cuba menyabarkan hati dengan reaksi dingin isterinya itu. Mungkin Amishah masih merajuk kerana diabaikan. Sebab dia tidak berkesempatan membawanya ke klinik, atau memanggil doktor datang ke rumah, sekurang-kurangnya.
“Kalau macam tu, abang nak keluar dulu. Nanti kalau nak apa-apa, panggil abang ya.” Pesannya dengan senyuman yang dipaksa-paksa. Dia malas hendak bertelagah waktu ini. Perutnya lapar, tubuhnya juga terasa letih.
Amishah diam tidak berkutik di atas katil. Matanya terkebil-kebil memandang ke tingkap yang sudah berkunci. Sehingga Khusyairi menutup semula pintu dari arah luar, pandangannya masih tidak beralih. Sedar-sedar sahaja, ada air hangat mengalir ke pipi.
Entah mengapa, bahagia yang dikecapi cuma sementara. Khusyairi….rahsia apa lagi yang disembunyikannya?

11 comments:

  1. ape ni?
    misha kasi la chance kt khusyairi

    ReplyDelete
  2. ala,,,
    bg tau la sal baby,,,,
    nk lg,,,

    ReplyDelete
  3. aiyoyoyo.. konflik sudah bermula. huhu...

    ReplyDelete
  4. Jgn biar kesangsian meracuni hidup kita. Bertanyalah apabila sesuatu itu kabur pd kamu. Jgn disimpan diperam, itu akn menjadi racun dlm hidupmu.

    ReplyDelete
  5. ala... shah ni... straight to da point je la... ckp apa yg terbuku... x mo la jd cam ni... geram la pulak kt anak bos ri ni... ri ni pun satu, cepat la bagitau kt dato' tu yg awak tu dah kawin... huhuhu

    ReplyDelete
  6. Mengada ngada betul..ish..

    ReplyDelete
  7. i think kan..mishah nih nk kne rase khusyairi nih mati/hilang baru nk brlmbut/meraung/nyesal.come on la mishah,dunt act like u r 12,bleh x????speak up!!!!dosa laa wt suami cmtuh~

    ReplyDelete
  8. a..ah..dosa buat suami mcm tu..

    ReplyDelete
  9. ni laaaa...
    saja jerk nk bermnja la tu~~~
    hahahaaa...slama ni asyik shah je mnjakan syairi...
    skang ni time tuk membalas ase laa...

    >>niCk<<

    ReplyDelete
  10. hahaha..emo sngguh reader2 ini..feel sngguh membace..hehe..nape laa d pendam rs sangsi tue..nk bhgia dlm marriage kne laa trust each other..communication tue pnting..sndri pndm sndri yg mkn dlm..saba sngguh kusyairi melayan..laki lain slp2 kne lempang dh kalo bini wat perangai gitu..huhu

    ReplyDelete
  11. to all cool & sporting readers :
    Sorry sangat2 x respon all ur comments..bz memanjang..hihi..apapun, saya tetap perlukan sokongan dari u all!! Luv u all!

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts