Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Friday, July 2, 2010

Mr & Mrs BFF 32

salam, jemput baca semuanya..hihi..oh ya, kita berpisah dulu satu dua hari ni sebab laptop kesayangan aku ni adik bongsu nak pinjam, nak siapkan kerja sekolah dia..hihi..apa2 ajelah, asalkan pelajaran dia okey...hihi...


Berlarutan sehingga ke malam, Amishah cuma bangun meninggalkan katil untuk menunaikan solat dan mandi. Selebihnya, dia membaringkan tubuh dengan mata terkebil-kebil memandang ke arah tingkap yang sudah ditutup Khusyairi.

Satu pun pertanyaan atau perkataan Khusyairi tidak mendapat respon. Tidak kuasa dia hendak membuka mulut. Hilang perasaannya hendak menjadi mesra.

Setelah apa yang berlaku siang tadi. Dia mula terfikir-fikir akan kedudukannya selama ini. Dan apa kedudukan wanita sombong bermulut lepas itu sebenarnya di sisi Khusyairi. Wanita simpanannyakah? Tapi..

Setitis dua air yang mengalir ke pipi dikesatnya dengan hujung jari. Mendengar keriut di sisi, dia tahu Khusyairi sudah ada berbaring di belakangnya. Sekejapan dia sudah mula merasai kehangatan pelukan di pinggangnya namun dia terus menolak. Ini bukan masanya.

“Apa agaknya dosa abang pada sayang ya?.” Kedengaran keluhan Khusyairi. Sayu suaranya namun hatinya sudah cukup terluka.

“Abang nak tidur. Berjaga pun kalau mata ni cuma terkebil-kebil pandang siling, tak guna juga. Esok nak bangun awal.”

Amishah menarik nafas dalam-dalam. Dia tahu dari suara itu, Khusyairi berkecil hati dengannya.

“Sayang langsung tak makan sepanjang hari ni. Sayang ada gastrik. Risau abang. Kalau sayang rasa lapar, tapi tak mahu abang temankan sayang makan, sayang makan ya. Abang tidur. Abang janji tak bangun.”

Beberapa minit menanti, Amishah tidak lagi mendengar suara itu. Entahlah tapi setahunya lelaki itu belum mengantuk. Khusyairi tidak akan dapat lelap sekiranya dia memikirkan sesuatu yang serius seperti ini.

Sejak kecil lagi memang begitu. Dia tahu. Khusyairi paling sukar lelap pada minggu-minggu peperiksaan. Malah pernah sekali Khusyairi bermalam di rumahnya gara-gara mahu belajar bersama tapi akhirnya dia pula yang terpaksa berjaga sama menemani lelaki itu.

“Ri, dahlah tu. Esok lepas sekolah kita sambunglah semula. Aku mengantuk sangat ni.” Rayunya cuba menutup buku teks matematik Khusyairi. Sekarang sudah jam 1 pagi. Sumpah dia mengantuk.

“Alah, nantilah. Aku masih tak faham ni.”

“Please, Ri. Esok ya? Aku ajarkan kau tiga jam esok. Please?.”

“Tak nak. Aku takut kena marah lagi dengan ayah dan mak kalau aku tak dapat markah baik macam kau.”

“Iyelah tapi esok kan masih ada. Lusa baru nak exam jadi tak usah risau sangatlah. Kau pun bukannya tak pandai cuma banyak sangat main.”

“Apa pula banyak main. Aku memang tak sepandai kau pun.”

“Tak pandai? Kau kata diri kau tak pandai? Ri, aku tahu kau pandai. Add math kau semester lepas dapat A. bukan aku lupa.”

Khusyairi memang bijak malah lebih bijak daripadanya dalam bidang matematik cuma dia seorang yang mudah lalai. Suka sangat berkawan dengan anak Cikgu Husyam yang nakal gila-gila itu. Mujur saja tidak sampai ikut merokok.

Amishah mengusap mata. Matanya lekat pada jam dinding yang menunjukkan angka 2 pagi. Matanya terasa berat. Keluhannya dilepaskan sebelum dia merapatkan selimut ke dada namun perutnya tiba-tiba terasa pedih.

“Arghh..”

Dia cuba mahu bertahan namun semakin lama semakin perit rasanya. Senggugutkah? Mungkin juga, fikirnya memandangkan sudah dua bulan dia tak didatangi haid. Air matanya mengalir tanpa dapat ditahan.

Esak tangis yang semakin kerap itu perlahan-lahan membuatkan matanya terbuka. Khusyairi memisat mata dalam kegelapan.

“Sayang?.”

Melihat Amishah duduk bersandar pada kepala katil dengan riak muka yang begitu kesakitan, dia bingkas menghampiri. Lampu sisi katil segera dipasang.

“Sayang? Kenapa ni? Sakit perut?.” Tanyanya melihatkan kerut muka Amishah disertai lelehan air mata di pipi. Tangannya menekan perut.

“Abang.” Dia sedikit merayu. Marah masih ada tetapi memang dia sudah tidak mampu untuk terus bertahan.

“Ya, shah. Abang ni. Sayang sakit? Kita pergi klinik ya?.”

“Argh..”

“Abang call ambulans ya. Sayang baring dulu. Abang sapukan ubat dulu ya.” Dia lekas mendapatkan beg pakaiannya di dalam almari. Menyeluk ke sana ke sini dan kembali setelah berjaya mendapatkan sebotol minyak gamat di tangannya.

Amishah dibantunya berbaring semula. Perut Amishah disapukannya dengan beberapa titis minyak gamat. Risaunya semakin bertambah apabila merasakan perut isterinya yang mengeras semacam.

Belum pun lama dia mengurut, Amishah tiba-tiba merasakan sesuatu di tekaknya. Dia mahu memaklumkan Khusyairi namun terlambat apabila dia tanpa dapat ditahan meluahkan muntah ke atas selimut di tubuhnya.

“Sayang? Ya Allah..sabar, yang. I will get you an ambulance. Teruk sangat kalau sampai muntah macam ni.” Kerisauannya sudah berada di tahap tertinggi.

Dia terus mencapai telefon. Amishah sudah tidak mampu mendengar butir bicara suaminya dengan pihak sana apabila muntahnya semakin menjadi-jadi. Ya Allah!!

“Sepuluh minit lagi mereka sampai. Tahan sikit ya.” Pujuknya. Jari-jemarinya erat menggenggam jemari Amishah.

“Abang, nak mandi.” Itu rengekan Amishah dengan suaranya yang amat lemah.

“Tak bolehlah, sayang. Sayang macam ni, tak boleh mandi. Dah jauh malam pula tu.”

“Nak mandi. Kotor ni.”

“Okey, abang ambilkan tuala basah saja ya. Abang bersihkan sikit-sikit. Nanti abang tukarkan pakaian.” Dia terus memujuk. Dalam keadaan dirinya yang seperti ini, Khusyairi tidak berani hendak memandikannya. Bidang perubatan ini bukan bidangnya. Bimbang pula nanti memberi kesan negatif kepada isterinya.

Walau Amishah menggeleng enggan, dia tetap bangun menuju ke tandas. Mencapai sehelai tuala untuk dibasahkan. Tubuh Amishah dibersihkannya dengan cukup tertib. Selimut yang sudah kotor dialihkannya ke dalam laundry bag.

“Abang tukarkan baju sayang ya.”

Amishah angguk cuma. Baju tidur di tubuhnya digantikan Khusyairi dengan sehelai blaus dan seluar slack warna hitam.

“Kejap lagi diorang dah nak sampai. Sayang kena pakai tudung ni.” Fikirnya dalam suasana resah itu. Terlihatkan anak tudung di atas meja solek, segera dipakaikannya kepada Amishah.

Beberapa saat sebelum ambulans yang dijanjikan akan tiba, mereka dikejutkan dengan panggilan telefon pada telefon bimbit Khusyairi.

6 comments:

  1. msti pompuan jahat tu tepon. mngacau hidup org ja kejanya. huhuhu...
    Kusyairi msti gtau dia dah kahwin pd datuk n ank datuk tu. Ni bila la nk leraikan.

    ReplyDelete
  2. ish...semak btul la si aina ni...
    da dpt detect da....
    ceh ri n shah br je nk bhgia...
    ade je mnganggu...

    ReplyDelete
  3. sape plak yg mengacau tu,,,,???
    aish,,,,

    ReplyDelete
  4. mst amishah ngandung kan...thats y perut die mgeras..huhuuuu

    ReplyDelete
  5. Mishah pregnant ekk..kekekeke
    aikk!! Tyea...apesal si aina tu belum mati lagi??huh

    ReplyDelete
  6. xsabornye nk tgu 32 lak..

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts