Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Monday, July 26, 2010

Mr & Mrs BFF 38

“Mak? Ayah?.”
Di hadapannya, kedua mentuanya duduk dengan wajah sugul. Haji Rusdi pula mempamer riak tidak senang. Marahkan siapa?
Dia lekas menyalami dan mencium tangan Kamariah dan Latiff. Pasangan separuh abad itu kekal mendiamkan diri sehinggalah emaknya sendiri muncul membawakan sebuah beg pakaian yang amat dia kenali.
“Kenapa dengan beg pakaian Mishah tu, mak?.” Soalnya sedikit aneh.
“Mishah…”
“Khusyairi kemalangan, nak.” Pintas Kamariah.
Amishah terkaku sendiri mendengarnya. Antara rasa tidak percaya dan terkejut, dia cuba menahan diri daripada terjatuh. Dia lekas berpaut pada tubuh Mak Biah dan Kamariah yang berdiri mendekatinya.
Khusyairi kemalangan? Bila? Di mana? Bagaimana keadaannya?
“Mishah nak ke sana, mak.” Rayunya saat dia dibaringkan di kerusi.
“Sabarlah, nak. Ayah dengan mak dah tempah tiket nak ke sana. Sekali dengan Mishah. Malam ini kita kena terbang dah.”
Ah…terasa bersalahnya dia…mengapa dia tidak langsung mendapat khabar berita tentang suaminya sendiri? Mengapa bukan dia yang dihubungi?
“Mishah, mana telefon kamu?.” Haji Rusdi tiba-tiba berdiri di hadapannya. Dari riak muka orang tua itu, Amishah seakan sudah dapat meneka kemarahan abahnya itu sememangnya ditujukan kepadanya.
“Abang, nantilah.”
“Hulur pada abah sekarang.”
Bimbang kemarahan Haji Rusdi menjalar, dia akur mengeluarkan telefon bimbitnya yang dimatikan sejak menerima kiriman mesej Khusyairi tengah hari tadi. Oh, baru dia teringat!
Sebaik sahaja melihat skrin telefon yang gelap itu, kepalanya sudah tergeleng-geleng. Haji Rusdi mengeluh merenung anaknya.
“Kamu memang tak pernah dengar nasihat kami, Mishah.” Keluhnya lemah. Segan rasanya dia mahu berhadapan dengan kedua orang besannya itu. Amishah banyak menyusahkan Khusyairi.
Kamariah memandang Haji Rusdi. “Apa maksud abang?.”
“Nanti kemudian kita cerita. Akak kira ada baiknya kita bertolak sekarang.” Pintas Mak Biah meredakan suasana. Matanya singgah ke wajah suaminya yang sedikit rusuh.
“Mak dengan abah ikut sekali?.”
Mak Biah memandang Haji Rusdi buat kesekian kalinya sebelum menganggukkan kepala. Dia yang merayu suaminya agar mereka berdua turut sama ke Sabah. Walau Khusyairi cuma menantu tetapi dia tahu tanggungjawabnya. Anak muda itu perlu dilawati.


Wad lelaki di tingkat dua itu sedikit sesak. Amishah melangkah pantas menyaingi kedua orang tuanya menuju wad kelas satu.
“Itu dia.”
Di hadapannya, bilik yang menempatkan Khusyairi sudah kelihatan. Langkahnya tiba-tiba menjadi perlahan. Khusyairi! Dia mahu segera bertemu lelaki itu, mahu melihat keadaannya, mahu menyalami tangannya tapi…
“Mishah?.”
Mak Biah menghentikan langkah. Memandang pada Amishah yang sedikit mendung wajahnya itu. Ada apa lagi agaknya?
“Cepatlah, nak.”
“Hurmm…”
Pintu kayu itu ditolak perlahan Haji Rusdi. Pantas saja dia meloloskan diri diikuti Mak Biah dan Amishah. Sekali lagi dia terkaku di depan pintu. Bibirnya sudah bergetaran melihat ke arah katil.
“Astaghfirullah…”
Saat itu dia tahu ada sesuatu sudah mengalir turun ke pipi….Khusyairi!!


p/s : berapa hari tak post cerita kan? rindu tak dengan shah? Ri? Hihi..maaflah, aku berhujung minggu dgn my sis yang sibuk angkut aku ke sana ke mari cari perabot rumah baru dia..sampai tak balik rumah..hihih..maaf ler...k?

10 comments:

  1. salam...
    xkan khusyairi dah mninggal kot...
    jgn la...
    hhuhu...

    ReplyDelete
  2. ala..slalu bt kita tak senang duduk dgn ending dia..

    ReplyDelete
  3. mishah ni terlebih mengada, kan dah menyesal.

    ReplyDelete
  4. huh tau pn ble kushairi tu sakit tau sedih! tp buat husband die mcm tu blh lak..eeei..pdn muke!

    ReplyDelete
  5. apakah yg telah terjadi ?????
    sedihnyer...

    ReplyDelete
  6. nape ni....????
    cepat la......!!!!

    ReplyDelete
  7. hhohoho...
    apa jd?
    *sgt windu ngan ri!

    ReplyDelete
  8. cepattttttttttttttttttttttt
    p/s:pdn muka shah!!!!:P

    >>niCk<<

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts