Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Tuesday, September 28, 2010

Mr & Mrs BFF 48

Dia mendapat respon yang berbeda dari pelbagai individu. Kedua-dua orang tuanya menunjukkan reaksi yang memang sudah dia jangka. Mereka marah dan kecewa dengan keputusan yang dia ambil. Adik-adiknya, Khalisah merajuk panjang enggan lagi bertegur sapa, si bongsu Khuzaimi pula ambil langkah berkecuali. Mungkin kerana dia kurang tahu berkaitan rumah tangganya dan Amishah.

Amishah. Menyebut nama itu, hatinya tiba-tiba terasa pedih sendiri. khusyairi menghempas punggung ke atas sofa. Wajahnya diraup berkali-kali.

Amishah bersama kedua-dua orang tuanya sudah selamat kembali ke Kuala Lipis sejak semalam lagi. Orang tuanya kehabisan tiket tetapi keduanya enggan kembali ke rumahnya. Mereka nekad menetap di hotel sementara menanti jadual penerbangan seterusnya.

Ya Allah….

Sekali lagi dia meraup muka. Letih rasanya menjalani kehidupan ini. Letih menghadapi rajuk demi rajuk Amishah yang tidak kunjung padam. Letih dengan hukuman demi hukuman diberi Amishah tanpa sekali pun dia mendapat penjelasan.

Tetapi entah kenapa, setelah keputusan berat itu diambil, hatinya masih belum terasa lapang. Fikirannya masih terganggu, hatinya masih sakit malah sedikit sebanyak mula terasa kesunyiannya.

Dia rindukan Amishah?

Mustahil! Dia sudah puas memendam rasa menghadapi Amishah, bekas teman baiknya sejak kecil itu. ‘best friend forever’ yang selalu diungkap Amishah sejak dulu nampaknya tak bererti lagi kini.

Dia yakin dia bukan merindui wanita bertubuh kurus itu. Mungkin apa yang dia rasakan saat ini hanya rasa bersalah. Ya, dia pasti!

Seketika dia merenung ke arah dinding ruang tamunya, telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi perlahan. Enggan diganggu, panggilan itu dibiarkan mati sendiri namun sekali lagi telefonnya berbunyi.

“Hurmm…” dia menjawab sedikit marah. Bosan.

“Bos, Aisyah ni. Bos ke mana sebenarnya? Dah tiga hari tak dapat contact. Doktor kata dah discharge.” Suara di hujung talian sedikit cemas. Oh ya, Aisyah…tentu dia risau. Dia sepatutnya sedang berehat di hospital tapi dia merayu minta dibenarkan keluar lebih awal.

“Bos?.”

“Err…aku ada dekat rumah. Ada urusan penting, sebab itu aku kena discharge awal. Kenapa cari aku?.”

“Yelah, kitorang ni semalam pergilah wad, nak melawat bos tapi tengok nama dah tukar. Kebetulan kami tanya doktor kat situ, dia suruh kami refer ke kaunter. Baru itu kami tahu bos dah discharge.”

Khusyairi melepas nafas berat. Segala-galanya memeningkan kepala. Dia terlalu rusuh dengan masalahnya hingga terlupa memberitahu sesiapa di pejabat. Silapnya juga tidak peka.

Tapi dalam keadaan serupa ini, dia mengaku dia sudah tidak mampu memikirkan sehingga kepada hal kerja. Dalam otaknya kini cuma ada Amishah, yang sudah dia lepaskan dengan satu talak semalam.

8 comments:

  1. ~Ya Allah, diorg dh bercerai dlm keadaan salah paham la kak..
    sdey..~~

    ReplyDelete
  2. nape leh plak cerai...nak dia2org tu smbg lik...x mo lah pisah..

    ReplyDelete
  3. La..dah cerai rupanyer..tapi kenapa?

    Hanya serasi bila menjadi kawan tp tidak ketika sudah diikat dengan ikatan perkahwinan..ini betul dan kenyataan..

    ReplyDelete
  4. waaaaaaaaaaa...tak nak la shah ngan ri jadik cmnieeeeeeeeeeeee...huwaaaaa...

    ReplyDelete
  5. kecian gn khusyairi..emo lebey r si syah ni..

    ReplyDelete
  6. kak, bukan ke perempuan mengandung tak blh diceraikan? confius2

    ReplyDelete
  7. to anonymous : Setahu akak, perempuan walau mengandung tetap bleh diceraikan dan akak dah rujuk adik akak yg tengah belajar dekat pusat dakwah, menurutnya, talak tetap sah bila dah dilafazkan, walau isteri tengah mengandung. tp nanti akak refer JAKIM pula.k?

    ReplyDelete
  8. talak memang sah..tp..haram la...jaat ny

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts