Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Sunday, October 24, 2010

Mr & Mrs BFF 53

Salam penuh keinsafan...sepi blog ni beberapa hari..ampun dan tentang janji saya nak sambung cerita Mr & Mrs BFF hari tu, ampun sekali lagi. Baru arini ada sambungannya.


Matanya sudah memberat. Kertas-kertas di atas meja yang diselaknya sebentar tadi ditenung lesu. Letih. Memang dia teramat letih seharian duduk di pejabat bersama AIsyah dan Munirah berbincang soal projek yang kini sudah berada di peringkat akhir. Dua minggu akan datang, Datuk Rahman akan turun padang memastikan segalanya berjalan seperti yang dirancang.

Interkom di atas meja ditekan. Kepalanya semakin memberat rasanya.

“Yes, boss?.” Suara Munirah kedengaran sedikit lemah. Mungkin ibu muda itu pun sudah keletihan. Bekerja sejak pukul sembilan pagi hingga kini sudah pun jam lapan malam.

“Tolong panggilkan Aisyah.”

“Aisyah? Baik, bos.”

Dia tidak menunggu lama. Belum sempat dia membetulkan duduk, pintunya sudah diketuk. Aisyah menjenguk sekadar di pintu.

“Banyak lagi ke yang nak buat?.” Soalnya.

Aisyah mengangguk perlahan-lahan. Banyak…Khusyairi melepaskan keluhan. Letih. Bagai hendak kejang tengkuk dibuatnya. Makan pun belum. Tapi sejak kebelakangan ini, dia memang sudah jarang makan. Dia hilang selera mahu makan. Apalagi bila terpaksa menghadap wajah muncung Nuraina.

“Kalau macam tu, aku rasa baik korang balik dululah. Mun pun mesti dah letih tu. Esok kita sambung lagi.” Risau juga dia. Ibu beranak kecil seperti Munirah, mestilah diperlukan sangat di rumah. Anaknya yang baru berumur lima bulan itu tentu mahu ditidurkan ibunya.

Bercakap soal anak, entah kenapa fikirannya tiba-tiba terkenangkan seseorang. Seseorang yang tidak lama lagi akan bergelar ibu juga. Sama seperti Munirah. Tapi anak Munirah punya ayah, anak yang itu bagaimana?

“Bos?.”

“Err…balik dululah. Cakap dengan Mun. suruh dia balik dulu. Baby dia kat rumah tu entah-entah dah menangis nakkan Mun.” ibu dan anak memang tidak boleh dipisahkan.

“Bos tak nak balik ke?.”

“It’s okay. Korang balik ajelah dulu. Aku stay sorang-sorang pun tak apa. Aku ni lelaki. Tak ada orang nak kacau.”

Jawapan Khusyairi mengundang ketawa kecil Aisyah. “Apalah bos ni. Memanglah lelaki takkan diganggu tapi bos takkan tak reti letih kot? Kita sama-sama sibuk siapkan kerja.”

“Aku okeylah. Dah, pergi balik cepat. Jangan lambat esok.” Khusyairi memusing-musing kepalanya. Beberapa kali pula tengkuknya diusap.

Aisyah membisu merenung gelagat Khusyairi. Sejak kebelakangan ini, dia perasankan sesuatu. Khusyairi suka bersendirian di pejabat. Dia suka pulang lewat ke rumah. Dia tahu kerana secara tidak sengaja dia terlihat punch card lelaki itu.

“Are you sure you are okay?.” Dia masih kekal berdiri di tempat yang sama.

“Syah, aku okeylah.”

“Syah?.”

“Syah?.” Soalan itu membuat dahinya berkerut sendiri namun degupan jantungnya tiba-tiba seolah terhenti. Syah?

“Bos ni, sejak bila pulak lah panggil saya Syah ni? Saya Aisyahlah. Tak nak orang panggil saya Syah. Itu nama lelaki.”

Bukan..itu bukan nama lelaki. Itu nama wanita. Wanita yang paling dia cintai suatu ketika dahulu. Tapi paling dia…rindui? Bukan. Dia mungkin hanya rasa bersalah melepaskan Amishah di saat wanita itu sedang hamil. Ya, itu yang dia rasai kini.

Tapi iyakah?

Keluhannya terlepas lagi. Aisyah mengerutkan dahi sekali lagi. Sahlah Khusyairi memang sedang dilanda masalah. Mungkin memikirkan Nuraina yang gedik itu agaknya.

“Dah..dah..pergi balik cepat. Aku okey. Kejap nanti tahulah aku nak balik.” Khusyairi cepat memintas, sebelum Aisyah yang ala-ala psikik itu membaca fikiran dan perlakuannya.

Kedua bahunya diangkat. “Okey. Kalau macam tu kami balik dulu. Tapi kalau dah letih sangat tu, elok balik berehat aje.”

“Tahu.”

Aisyah tergeleng-geleng meninggalkan Khusyairi terus melayan rasa letihnya sendirian. Seketika dia membelek telefon bimbit, wajah Amishah muncul di paparan skrin. Eh, bila masanya aku letak gambar Shah ni?

5 comments:

  1. sambung cepat2 ye?? kusyairi da kawin dgn nuraina ke?

    amishah mcm mana? nk tgk kusyairi jeles bila amishah ada org lain. haaa.. time tu bru dia sedar yg dia cinta n syg sgt kt amishah.

    ReplyDelete
  2. hana : akan disambung...wink..wink..

    ReplyDelete
  3. bodoh la mangkuk 2 ekor ni.
    rs nk ketuk2 ja dua org ni.
    msg2 salah faham n anggap xcinta sm ln.
    Pdhal sm2 suka sm2 syg sm2 rindu.
    ego btul dua2. huhuhu...
    slama jd bff dl xkan xkenal perangai msg2.
    ni boleh lak curiga. bukan nk terus terang.

    ReplyDelete
  4. ivory : Jangan emo..hehe..saya baca komen awak pun dah jd takut..hehe..xdelah..sabar,nnti2 akan terungkailah soma mslh...

    ReplyDelete
  5. cepatlah sambung tak sabar nak baca lagi...hantarlah panjang sikit ni pendek sangat x puaslaaa.....tiap-tiap hari pergi blok Tyea tau nak baca n3 baru.

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts