Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Friday, October 29, 2010

~Susun Silang Kata 2 ~

Ampuun...malam ni,malam semalam, malam esok, lusa dan tulat, aku pun tak pasti apa ada dalam kepala aku ni. Aku patutnya study sungguh2 sebab isnin & selasa ni aku final exam tapi hakikatnya, aku melangut depan laptop, main fb, tengok tv...nak sambung cite syah, baru masuk folder, dah kosong kepala. Uhuhuh...adakah nikmat idea tu dah ditarikNya? Nauzubillah....jadi sebab kepala kering sikit, aku sampaikan cerita baru ni. Selamat membaca....

Deringan telefon bimbit di atas katil menyebabkan aku terburu-buru masuk ke dalam bilik. Cik abang!

Berjanji akan turun dalam masa lima minit, aku lekas merembat tudung yang sentiasa ada tersedia di tepi almari. Memastikannya elok terletak dan menyembur sekali lalu minyak wangi ke tubuh, aku terus meluru turun ke bawah.

“Assalamualaikum..” sapanya dengan senyuman melebar. Mataku melekap ke tubuhnya yang masih dibaluti baju melayu berseluar khakis.

“Waalaikumsalam…abang belum balik ke rumah ke? dari masjid terus ke mari?.”

Gusar pula aku dibuatnya. Maksudnya dia masih belum makan malamlah kerana aku tahu dia cuma makan malam selepas kembali dari solat berjemaah di masjid. Sudahlah bertugas sampai ke lewat petang.

Dia cuma terus tersenyum. Oh…benarlah telahanku. Terasa bersalah pula terpaksa menyusahkan dirinya sedangkan aku boleh saja menyediakan sendiri makanan untuk diriku.

“Sorry, abang…Nur tak tahu abang belum balik rumah pun. Kalau tahu, Nur tak minta apa-apa dengan abang tadi.” Ujarku masih dengan perasaan bersalah.

“Ya Allah…tak mengapa. Bukannya susah sangat. Singgah aje dekat restoran, bukannya kena masak sendiri.”

“Tapi abang…”

“No, it’s okay…it’s my pleasure to treat you.” Pujuknya.

Aku memang paling mengelak sebelum menyusahkan orang lain. Bukankah tidak elok asyik menyusahkan? Sedangkan aku boleh berusaha sendiri?

“Ambillah. Abang belikan nasi goreng cendawan dengan ayam masak halia. Sayang punya favorite kan?.”

Antara rasa bersalah dan sedikit segan, beg plastik di tangannya aku capai jua. Semerbak bau nasi goreng cendawan di dalamnya memang menyelerakan. Kegemaran kami berdua sejak di bangku sekolah.

“Bukan favorite Nur seorang…abang tak suka ke?.”

“Masih suka…sama macam tuannya juga. Tuannya tak berubah hati kan?.” Usiknya nakal. Aku sekadar tersengih membalas pandangannya sebelum menundukkan pandangan. Berdosa.

“Insyaallah tidak…kenapa? Orang yang bertanya dah berubah hati ke?.”

Pantas dia menggeleng bagai sikap Amirah apabila takut dimarahi papa dan umi. “Abang tak pernah cintakan perempuan macam mana abang cintakan sayang. Sayang pun tahu kan?.”

Ya, dia memang mencintaiku setakat yang aku tahu. Walaupun jarak usia kami agak besar namun itu bukanlah halangan. Dia cuba mendekatiku pun semasa aku baru di tingkatan satu. Semasa program orientasi sekolah.

“Terima kasih.”

“Untuk makanan ke atau..”

“Untuk kedua-duanya…untuk makanan ni dan untuk cinta abang.” memang aku bersyukur dengan cintanya. Dia yang tidak pernah mengambil kesempatan dan menyelar kesucian cinta kami dengan perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya.

Sebelum berpisah, dia bertanyakan pelbagai perkara tentang diriku disulami dengan jenaka-jenaka nakal berunsur nasihat di dalamnya. Banyak benar yang dia mahu ketahui perihal diriku.

“Jumpa lagi nanti. Assalamualaikum.”

Salamnya aku sambut di dalam hati. Saat aku mahu menutup semula pintu pagar, baru ku sedar ada seseorang sedang memandangku dari rumah sebelah.

Huh, lelaki sombong!

“Sementara nak tunggu keputusan mana-mana IPTA ni, papa kira ada baiknya Siti ambil lesen memandu. Boleh isi masa lapang.” Cadang papa tiba-tiba.

Suapanku terhenti seketika. Umi memandang sama kepadaku dengan pandangan setuju. Mungkin bagi umi, jika nanti aku sudah ada lesen bolehlah aku menggantikan papa menghantarnya ke mana-mana. Maklum sajalah umi.

“Umi pun setuju, Siti. Nanti tak adalah umi tertinggal kelas memasak ke, ceramah agama ke sebab papa sibuk dekat pejabat. Siti boleh tolong hantar umi.” Pujuk umi dengan pandangan bersinar.

“Tapi Siti tak suka memandu, pa. takutlah. Tak pandai.”

“Sebab tak pandailah jadi Siti kena pergi ikut kelas memandu. Dekat sana nanti semua benda diorang akan ajar. Siti tinggal kena serius aje.”

“Tapi, pa…”

Papa turut menghentikan suapannya. Bersungguh-sungguh benar dia mahu aku mengambil lesen. Benarlah banyak kebaikannya tapi aku sama sekali tidak terniat hendak belajar memandu.

Selama ini kalau hendak ke mana-mana, ada papa yang akan menghantar. Kalau abang ada, dia juga akan sentiasa bersedia jadi pemandu. Dan kalau tiada kedua-duanya, teksi kan ada.

Selepas kahwin nanti, ada dia yang akan jadi pemandu sejatiku sampai ke akhir hayat, insyaallah.

“Nanti Siti boleh tolong hantarkan umi. Temankan umi. Dan kalau ada rezeki Siti masuk ke universiti, kan senang Siti pergi kuliah. Papa pun sibuk. Mana dapat hantar Siti ke sana ke mari.”

“Teksi ada, pa. umi pun boleh naik teksi juga.” Di kawasan bandar seperti Kota Kinabalu ini, perkhidmatan awam bukan masalah. Kalau terlebih rajin lagi, boleh menaiki bas.

Umi membeliakkan mata mendengar cadanganku. Aku tahu umi tidak suka teksi walau apa pun alasannya.

“Umi tak suka naik teksilah, Siti. Bahaya.”

“Tak bahayalah, umi. Insyaallah.”

“Eh, tak mahulah saya, bang. Abang tahu sendiri saya memang tak berani naik teksi sampai bila-bila pun. Saya takut.” Adu umi pula. pandangannya terus kepada papa. Mengharapkan sokongan papa.

Seakan termakan dengan pujukan umi, papa terangguk-angguk memandangku. “Papa harap Siti boleh fikirkan semula tentang cadangan papa ni. Untuk kebaikan Siti sendiri.”

“Err…”

“Tak apalah, makan dulu. Habiskan nasi tu dulu. Kemudian baru cakap pada umi dengan papa tentang keputusan Siti.”

Seketul ayam goreng sudah mendarat masuk ke dalam pingganku. Aduh, aku memang tidak berniat langsung mahu belajar memandu. Kenapalah papa dan umi tak mahu dengar pendapat aku?

“Janganlah monyok. Tak baik buat muka masam depan rezeki macam ni.”

“Bukannya monyoklah, umi.”

“Habis tu, nasi tu langsung tak diusik dari tadi. Nanti tak makan, datang lagi sakit gastrik tu, nak masuk hospital?.” Umi menjeling ke pingganku yang hanya terusik sedikit sahaja isinya.

Aku hanya mampu tersengih daripada membalas kata-kata peringatan umi itu. Betullah katanya. Nanti menyusahkan mereka pula.

“Tak apalah, umi, papa. Siti rasa Siti dah kenyang. Siti bangun dulu ya.” Pingganku aku bawa ke sinki. Aku cuci serentak dengan bekas yang digunakan umi semasa menyediakan makanan tadi.

“Siti.”

Niatku hendak melangkah naik ke bilik terhenti. Papa tiba-tiba tersenyum-simpul berpandangan dengan umi. Ada apa?

“Sebenarnya papa minta Siti ikut kelas memandu sebab insyaallah dua minggu lagi, abang sekeluarga akan berpindah sementara ke rumah ni. Jadi..”

“Pindah sementara? Maksudnya?.” Alhamdulillah…maksudnya Amirah akan ada sama di rumah ini.

“Abang dapat tawaran kerja dekat universiti. Jadi untuk sementara waktu nak cari rumah sendiri, mereka akan tinggal dengan kita.”

Aku masih berkerut dahi cuba memikirkan apa juga kaitan antara kelas memandu dengan kehadiran abang dan keluarganya.

“Apa maksud papa?.”

“Siti kenalah tolong pergi hantar Amirah pergi tadika sebab abang dengan kakak kena keluar awal pergi kerja.” Sampuk umi sebelum sempat papa mengeluarkan suara.

Dan aku sudah terjerit gembira mendengarnya. Lebih banyak masa bersama si kecil bermulut petah yang cerdas otaknya itu? Alhamdulillah…Alhamdulillah…terjerit umi saat tubuhnya ku peluk kuat.

2 comments:

  1. Comel nyerrrrrrrr...
    dah terlupa yg Tyea ada novel lain..
    hehehe..
    bkp ape, asyik teringat kat Mishah dgn Ri jerr....

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts