Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Thursday, November 4, 2010

Mr & Mrs BFF 57

Telefon bimbit Sony Ericson di tangan Najihah dia capai lambat-lambat. Khusyairi? Ada apa dia telefon? Sejak sekian lama, takkan baru hari ini dia teringatkan aku? Atau…

“Assalamualaikum.” Dia mengambil langkah berani memulakan perbualan. Apa pun yang mungkin akan diberitahu, ditanya atau dipersoalkan Khusyairi, dia mahu tetap kuat. Demi anak di dalam kandungannya.

“Syah?.”

Tuhan…..getaran di dadanya hanya Dia yang tahu. Suara lembut Khusyairi dia akui masih mampu menggetar kalbu wanitanya. Najihah di sisi masih di tempat yang sama tapi sudah mencapai majalah dan membelek malas.

“Ya?.”

Najihah mengangkat kepala. Ya? Kenapa suara Amishah lemah semacam? Tanya ‘ya’ macamlah si pemanggil di hujung sana orang yang dia tak kenal atau orang tersalah nombor.

“Syah….err…sihat ke?.”

“Alhamdulillah. Macam biasa aje.”

“Err…baby?.” Ragu-ragu nada suaranya.

“Alhamdulillah. Sihat.” Amishah mengerling Najihah dengan harapan kawannya seorang ini akan segera beredar. Dia tahu Najihah memang suka ambil berat perihal dirinya. Tapi bukan ini masanya.

Mahu saja dia menjawab begini pada Khusyairi :

a) Dia sihat. Kenapa tanya?

b) Mama baby masih hidup jadi baby hiduplah juga.

c) Dah mengaku ke baby ni anak awak?

d) Kenapa telefon? Perempuan simpanan awak dah lari?

e) Telefon ni saja nak sakitkan hati saya ke?

Dan ada pelbagai lagi siri jawapan panasnya untuk Khusyairi tapi disebabkan Najihah seolah-olah hilang perasaan masih sibuk membaca di sisinya, dia sekadar cuba mengawal bicara.

Jangan sampai Najihah tahu dia dan Khusyairi bukan suami-isteri lagi. Tapi bukan sedang dalam mood mesra.

“Err….syah…”

Syah…syah…syah….itu sajakah yang ada di mulutnya sekarang? Bibirnya diketap geram.

“Hurm?.” Kalau telefon setakat nak menyebut namanya, lebih baik jangan.

“Mishah dekat sekolah ke?.”

“Eh, dah namanya hari sekolah. Dekat sekolahlah.”

Sekali lagi Najihah mengerling aneh pada Amishah. Menyedari tatapan mata itu, Amishah akhirnya mengangkat punggung meninggalkan bilik guru. Dia memilih untuk berdiri di antara blok pusat sumber dan pusat kegiatan murid yang sepi pada waktu menghampiri tengah hari begini.

“Sebenarnya ada apa awak telefon ni?.”

Senyap. geram hatinya semakin menjadi-jadi. Tapi dia sendiri tidak dapat memastikan apa sebenarnya yang lebih menyakitkan hatinya kini. Khusyairi yang seolah-olah putus bicara atau kemunculan tiba-tiba Khusyairi hingga jantungnya berdebar kuat saat ini. Malah anak di dalam kandungannya juga mula bereaksi.

“Abang…”

Dalam rasa yang tidak pasti itu, jarinya sudah pantas menekan punat merah. Senyap sesenyap-senyapnya.

Puas rasanya seketika sebelum dia merasakan ada air jernih sudah mula membasahi pipi.

“Cikgu?.”


p/s penaja : Sementara idea melimpah-limpah keluar ni, baik terus curahkan aje...hihi..suka ye? sebenarnya aku ni pantang dipuji, jadi excited tiba2 jadi kalau nak aku cepat2 sambung, rajin-rajinlah memuji yer....pesanan ikhlas dr saya. (hahaha..takde kerja gamaknya..)

12 comments:

  1. bagi cepat abis la citer nie...huhuhuhu, tiap kali tgk ada post baru hati ini akan berdebar2 nak tau kisah selanjutnya...macam nak masuk dalam citer nie nak suh kusyairi balik semula pada amishah...huhuhuh

    ReplyDelete
  2. kak tyea... ari2 dok tunggu sambungan... suka sgt bila ada n3 baru...

    sayu jer bacer... mesti Amishah masih terasa dgn Khusyairi... hopefully ini permulaan yang baru yg lebih baik utk kedua-duanya...

    ReplyDelete
  3. tolong la sambung, tolong la sambung..hehe~
    kalau boleh sambung kasi panjang sikit, tak sabar nak tau ape jadi kat diorg berdua ni..huhu

    ReplyDelete
  4. cter semakin membosan kn...

    ReplyDelete
  5. yeahh terus kn pikat balik....
    xmau pecah2,, kasi cantum ngn gam gajah hehehehe

    ReplyDelete
  6. boleh tak buat posting selalu
    tak sabar hendak tahu sambungan

    ReplyDelete
  7. sukeeeeee~~~~~~~~~cpt sambung ek....(da puji da ni)hehe

    ReplyDelete
  8. sementara idea tgh melimpah limpah keluar neh.... curahkan lah banyak banyak cket kak!!!! dah laaa citer neh best....tapikan eiii padan mke khusyairi....hahahaha

    ReplyDelete
  9. Ala...dorang tu shy shy cat aje..tp dlm ati mahu...

    eh,Hai Tyea..

    ReplyDelete
  10. cepat2 la smbung..
    x puas a bce skit2 huhuhu

    nway...klik la ini
    http://www.seminartuisyen.com/index.php?ref=HUSNUL

    ReplyDelete
  11. Salam,korang...hihi...bagus, semakin ramai memuji...suka..suka..suka..hahaha..betul2 xde kerja...nanti yer, wpun dah dipuji, cik siti masih kena fokus study dulu..lusa ni last paper saya..akan disambung segera sebaik sahaja idea datang..hihi

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts