Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Tuesday, November 9, 2010

Mr & Mrs BFF 58 ~Miserable Psstt...~

“Kenapa, cikgu?.”

Suara itu. Dia kenal amat pada pemiliknya. Dan kerana kenallah, dia menoleh perlahan-lahan. Setelah dipastikan tiada sisa air mata melekat di pipi. Matanya dikerdip berkali-kali buat menghapus si air mata.

“Cikgu?.” Bahunya disentuh lembut.

“Oh, Cikgu. Saya okey, tak ada apa-apa.”

Ilyas mengalihkan buku di tangan kiri ke tangan kanan. Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena pada Amishah. Dari nada suaranya saja dia sudah boleh meneka.

“Kalau ada apa-apa masalah, jangan simpan sendiri, cikgu. Bahaya. Saya ada kalau cikgu rasa nak berbincang dengan saya.” Tawarnya ikhlas diiringi senyuman kecilnya.

Amishah sekadar menggeleng beberapa kali. Ini masalah rumah tangga yang walau sudah berkecai, masih perlu untuk dirahsiakan daripada menjadi buah mulut orang luar. Kalau pun dia memerlukan seseorang buat meluahkan perasaan hatinya, Ilyas bukanlah orangnya.

Sudahlah sejak beberapa bulan ini, dia dan lelaki ini sudah tidak bertegur sapa. Dia tidak mahu tahu mengapa. Semasa dia berkahwin dengan Khusyairi dulu, Ilyas masih boleh berbual dengannya. Apa yang dia ingat, Ilyas akan berubah riak setiap kali dia menerima panggilan Khusyairi dulu.

Cemburukah dia? Tapi kenapa?

“Tak apalah kalau macam tu. Saya tengok cikgu tak pergi kantin lagi hari ni. Mari saya belanja cikgu makan.”

Makan?

“Oh..saya…”

“Marilah. Tak payah nak segan-segan dengan saya. Kita dah lama kenalkan. Lagipun ustazah pun ada dengan suaminya. Bukan kita aje.” Pelawanya namun Amishah sudah terasa bagai dipaksa.

Kalaulah boleh dia mengelak, akan dia mengelak namun entah bagaimana akhirnya dia mengangguk pula pada pelawaan itu.

Khusyairi terkulat-kulat memandang ke arah fail di hadapannya. Amishah tiba-tiba sahaja memutuskan talian sebelum sempat mereka berbual panjang. Marah benar Amishah nampaknya.

Di saat dia sudah berkira-kira mahu menekan nombor yang sama sekali lagi, seseorang datang menolak pintu biliknya sedikit kasar.

“Sayang.” Rengekan itu membuat kepalanya tegak ke atas.

Nuraina! Bila dia muncul?

“Sayang, jom keluar lunch. I tahu you tak makan lagi kan? Jom, temankan I makan sekali.”

Seketika dia terkebil-kebil tidak tahu harus berkata apa. Hendak keluar makan apa belum pun pukul 1? Perutnya sendiri masih belum terlalu lapar. Pagi tadi dia menjamah nasi lemak yang dibawa Aisyah untuknya.

“Sayang, jomlah. Macamlah tak pernah tengok I.” nuraina datang mendekat. Kedua tangannya mendarat manja ke bahu Khusyairi. Ah, kalaulah Amishah yang melayannya begini…

“Err…you tunggu dekat luarlah. Belum pukul 1 lagi jadi I takkan keluar.”

Membesar anak matanya memandang Khusyairi. “You ingat I ni apa nak kena tunggu you dekat luar pula?.”

“I tak kisah you anak siapa. Kalau nak, tunggu. Tak nak, tak payah tunggu.” Dia sudah bosan menjadi anak patung mainan Nuraina selama ini. Ternyata sedikit pun Nuraina tidak mementingkan kegembiraan dirinya. Apa yang anak gadis Datuk Rahman ini tahu cuma semua arahannya dipatuhi.


p/s penaja : Aku dah selamat menduduki exam yang semuanya aku buat macam time mengarang cerita karut aku ni....apa-apa pun, tunggu ajelah keputusannya nanti. Jadi sebab aku ni seorang manusia yang boleh dipegang janjinya, aku tunaikanlah janji yang aku akan menyambung cerita ini selepas aku tamat exam. Tapi ampun ya, memang pendek...jangan marah yer. Dos pujian dah naik tapi kualiti n kerajinan aku x juga bertambah-tambah yer? Hihi..ampun manyak2...(Pesanan penaja dah lebih panjang dr cerita...huh!)

4 comments:

  1. geram la dgn kusyairi ni!! heeeeeeeee

    ReplyDelete
  2. ble la nk abis cite ni
    asyik main tarik tali je
    huhu
    xsbr nk tgu ending
    good luck writer...

    ReplyDelete
  3. geram betul kt pompuan gedik tuh... ri ni pun satu... syah pun satu... mmg geram kt semuanya... cuba la tell da truth... senang...

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts