Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Thursday, January 17, 2013

JaNgaN seNtuH haTiKu 2



2
“Hai, lambat masuk?.”
Suraya melebarkan sengih mendengar soalan itu. Bukan dia sengaja pun. Tamat saja briefing di hotel tadi, sungguh dia bergegas pulang ke pejabat. Tapi kebetulan sangat dia terdengar azan dari corong radio, dia singgahlah sekali ke surau.
Fail di tangan diletak ke atas meja. Suis komputer dihidupkan. Sementara menunggu Samsung hitam itu terpasang, Suraya melangkah ke pantry. Secawan Nescafe panas selamat di tangannya.
“Eh, lupa nak cakap!.” Farahin menoleh lagi sekali. Siap menepuk dahi memandang Suraya.
“Apa?.”
“Big Boss pesan tadi. Kalau kau sampai, dia suruh kau jumpa dia.”
Big Boss? Mug yang sudah mencecah bibir diletak semula ke meja. Samsung hitam sudah siap terpasang. Tinggal menunggu tuannya saja. “Nak jumpa aku untuk apa?.”
Farahin sekadar angkat bahu. “Kau ingat aku berani ke nak pergi tanya bos tu apahal dia nak jumpa kawan baik aku?”
“Hurmm…iya tak iya juga.” Farahin dan dia sama saja. Depan bos, kecut macam belon meletup. Hendak angkat muka saja pun rasa macam tak mahu bila Datuk Muaz melintas. Apalagi kalau sampai nak mempersoal bagai. Memang tak lah.
“Dah, you better go and see him first, Su. Report tu buat esok pun tak apa. Karang dia interkom, segan tu.”
Suraya memuncung panjang mengingatkan Datuk Muaz. Buku catatan di tangan dimasukkan semula ke dalam beg. Nampak gaya memanglah dia terpaksa siapkan di rumah saja report kali ini.
Menyusahkan sungguh. Sudahlah printer di rumah suka sangat menyakat. Sekejap okey, sekejap tak okey.
“Hurmm, aku gerak dululah. Harap-harap tak lama. Karang aku juga tertinggal balik.” Dalam hati berdolak-dalik pun, kakinya tetap juga dihayun meninggalkan Farahin dengan senyum simpulnya.
Pintu masuk ke ruang pejabat Datuk Muaz dimasuki. Sempat Suraya bertukar senyum dengan Khalisah, si PA yang sporting itu.
“Suraya. Masuk.”
Satu senyuman muncul di pinggir bibir. Belum sempat dia nak mengetuk pintu, lelaki berambut sedikit putih itu sudah menyapa dulu. Lambat saja langkahnya menghampiri dua buah kerusi di hadapan Datuk Muaz.
“Datuk nak jumpa saya ke?.”
“Duduk.”
Aish! Orang elok bertanya bukan dia nak jawab. Namun dia tetap akur. Dia memilih duduk saja di kerusi paling hampir.
Datuk Muaz masih sibuk menghadap fail nipis di hadapannya. Membiarkan Suraya tertunggu-tunggu dengan rasa gelisah yang amat. Kalau dia tahu Datuk Muaz saja memanggil tapi belum tergerak nak bercakap, mahu dia siapkan saja dulu report tadi. Selamat ink printer di rumah.
Selesai menurunkan tandatangan, fail hitam itu ditutup. Hampir juga dua minit dia menunggu sebelum Datuk Muaz mengalih pandangan.
“Err..boleh saya tahu ada apa Datuk nak jumpa saya?.” Soalnya dengan suara perlahan.
“Naufal dah balik?.”
Naufal? Suraya sudah terkebil-kebil. Hampir dia tergigit lidah sendiri. “Sorry?.”
“Naufal. Anak saya. Dia dah balik?.” Datuk Muaz mengulang juga soalannya tadi. Pen di tangan dimasukkan ke dalam bekasnya semula.
“Ah, oh..Encik Naufal. Saya tak perasan pula, Datuk.” Macam mana hendak dia perasan, dia sendiri pun baru balik ke pejabat. Bukan tadi Datuk Muaz sendiri ke yang datang mencari dia? Patut Datuk Muaz dah tahu dia baru sampai.
“Tak perasan? Awak bukan PA dia ke?.”
Suraya sudah menjungkit kening. “Saya memang PA Encik Naufal, Datuk. Cuma saya baru masuk office. Belum sempat nak cari Encik Naufal pun.”
“Okey, tak apa. Kalau dia belum balik, pass this box to him. Kalau dia dah balik, awak tolong pegang. Esok baru bagi dekat Naufal.”
“Okey, Datuk.”
Sebuah kotak sederhana besar ditolak ke hadapannya. Suraya tarik nafas dalam-dalam. Benda tak penting pun… Ingat tadi nak tanya pasal apalah.
Selepas mengucap salam, Suraya terus saja angkat punggung. Kotak di atas meja dia capai. Mujurlah ringan. Agaknya ada pakaian kut dekat dalam walaupun nampak macam tak logik. Takkan Datuk Muaz hendak kirim pakaian untuk anaknya guna kotak?
“Suraya.”
Langkahnya terhenti di muka pintu. Suraya segera menoleh ke belakang. Memandang Datuk Muaz yang memejam mata dengan dahi berkerut.
“Ya, Datuk?.”
“Pesan dekat Naufal suruh cepat-cepat isi kad tu. Ada details semua jemputan dekat dalam kotak tu. Nanti dah sudah, awak tolong poskan, Suraya.”
“Kad?.”
“Itu kad kahwin Naufal. Remind him not to take it easy. Kalau kad tak settle juga, nanti dengan saya sekali kena dengar Datin membebel.”
Kad. Kahwin. Naufal.
Perkataan-perkataan itu jadi lambat hendak masuk ke otak. Terlalu lambat sampaikan dia sudah terasa jantungnya sekali lagi jatuh terjelepok ke lantai perut, terlanggar sekali si hempedu. 
Allah, kenapa rasa pahit semacam ni?






~ Happy reading....Wallah....

3 comments:

  1. ehhh..yg ambil wuduk kat masjid tu Naufal ke???

    ReplyDelete
  2. KAK TYA,suspnnya,suraya jth cnt ngn naufal ke,cpt2 smng yer kak

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts