Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Thursday, January 31, 2013

Jangan senTuh haTiku 7



7
“Buat apa tu?.”
Sumayyah yang terjengul di muka pintu tersenyum-senyum. Budak seorang ni memang selalu langgar adab. Dia masuk dulu, bila nampak tuan punya bilik tunjuk muka tegang, baru dia pura-pura mengetuk pintu.
“Nak apa ni?.” Suraya bertanya malas. Dia sudahlah penat dari pejabat. Ini nak kena sambung pula kerja mengurus kad kahwin Encik Naufal sampai ke rumah.
Eh, iya ke penat?
“Eh, kad apa tu, kak long?.” Tangan Sumayyah sudah sampai pun ke dalam kotak. Tak sempat dia nak mengelak. “Wah, kad kahwin siapa ni? Tak ada nama kak long pun?.”
“Hish, mulut tu, Sumayyah. Ada cakap macam tu. Kalau kad kahwin kak long, takkan Sumayyah tak tahu pula.”
Kad berwarna merah hati bertinta emas itu dibelek dengan bibir melebarkan sengih. Rasa menyesal juga bergurau lebih-lebih walau dia rasa macam pelik sangat. Suraya bukan wedding planner ke apa yang nak sibuk-sibuk uruskan kad kahwin orang lain. “Sumayyah gurau ajelah, kak long. By the way, siapa Adib Naufal ni? Kawan kak long?.”
“Bukan.”
“Dah tu?.” Tak pelik ke?
Suraya kerling saja adik ketiganya yang elok saja meniarap di atas katil. Kotak kecil berisi separuh daripada baki 600 kad jemputan kahwin Encik Naufal dia tarik ke tepi.
“Kak long?.”
Jari-jemari yang rasa lenguh diregangkan dua tiga kali. “Dia kan bos kak long.”
Sumayyah mengangguk faham. Tapi tak lama kemudian, di dahinya ada kerutan semula. “Kalau dia bos kak long, bukan dia sepatutnya orang kaya ke? Dan orang kaya bukan ke biasanya upah wedding planner?.”
Sumayyah kan, memang banyak mulut, banyak tanya!
“Entahlah, Sumayyah. Kak long cuma tolong buat apa yang Encik Naufal suruh.” Walaupun hati sendiri rasa macam disiat-siat tiap kali dia tanggalkan kertas nama dan alamat tu. Suraya senyum kecil berfikir.
Bantal peluk saiz kecil dengan kartun Pooh bercetak besar itu diambil Sumayyah. Badannya sengaja digolek ke kiri dan kanan. Sedap sangat baring atas katil Kak long sebab cadarnya sentiasa bersih dan wangi.
“Eh, daripada habis cadar kak long tu Sumayyah kerjakan, why don’t you help me finish this? Kak long dah letihlah.”
Sumayyah segera mencebik. “Tak naklah. Kak long pun satu, bos dera pun kak long tak tahu.”
“Dera apa pula?.”
“Tu buat benda tu, deralah namanya tu.”
Sekeping kad dimasukkan ke dalam sampul. Lepas yang ini, agaknya ada lagi dalam 100 keping. Allah, larat ke aku ni?
“Ini bukan deralah, Sumayyah. Memandai buruk sangka.” Marahnya. Sempat dia cubit sikit kaki Sumayyah yang digoyang-goyang di tepi katil.
“Kak long. For your information, ini adalah penderaan namanya. Cuba kak long ingat balik, siapkan kad kahwin bos tu masuk tak dalam skop kerja seorang PA? Ada mendatangkan apa-apa faedah untuk syarikat?”
Niatnya hendak mencapai sekeping lagi kad terbantut. Untuk beberapa saat, Suraya pandang Sumayyah yang terus bergolek senang hati di atas katil. Dia mahu marah tapi bibirnya sudah senyum.
Sumayyah ni, umur baru 13 tapi mulut dan pemikirannya, macam orang dah umur 23 tahun!
“Betul kan apa Sumayyah cakap?.”
Suraya senyum lagi. Kepalanya digeleng. “Kak long bukan buat kerja ni as a PA. Kak long ikhlas nak tolong Encik Naufal. Kesian dia nak buat semuanya seorang.”
Ikhlas?
Iya, Suraya ikhlas. Memanglah Encik Naufal siap bagi dia offer VIP seat untuk Suraya dan Farahin waktu majlisnya nanti sebagai ganti. Dan offer itu sudah sah dia takkan terima pun.
Nak suruh dia duduk di kawasan dekat dengan pelamin?
Suraya tergeleng-geleng. Nak pergi majlis tu nanti pun dia rasa macam mustahil. Kalau hatinya tak cukup kuat waktu tu, Suraya tak risau. Dia dah ada 20 alasan nak diberi pada Encik Naufal kenapa dia tak dapat datang.



Saya yang menurut perintah,

__________________
(S.R.J D.T 2013)



~ Haha...aku betul2 menurut perintahmu yg telah menyuruhku post tengah malam ni. suka tak? suka tak?~

7 comments:

  1. ya ALLAH,akak mmg bg sy migrain mlm ni,awt pndk sngt ni,akakkkkkkkkkkkkkkkkk,esok pg smbg lg na,pepun trimas 4 n3

    ReplyDelete
    Replies
    1. muahaha..dah migrain yer? Alhamdulillah, tercapai misi nak migrainkan org...hee.

      Delete
  2. akakkkkkkkkkkkkkkk,bl nk smbg ni,bg lh st ka dua n3 ari ni,sg akak ktt2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sg tu apa,mona? Hee...akak anggap mona tinggal y, sptutnya syg...hee...

      Delete
  3. akak,bl nk smbg,jgn smpai thn dpn dh ler yer,jgn mareeeeeeeeeee,

    ReplyDelete
  4. akak,sy mai lg ni,awt x dk n3 lg,akak ni mmg lahhhhhhhh

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts