Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Wednesday, January 30, 2013

Jangan SenTuh haTiku 6



6
“Come on in, Suraya.”
Kepalanya diangguk. Selepas mendapat anggukan Encik Naufal agar pintu tidak ditutup, barulah dia bergerak membawa kotak berisi kad kahwin itu ke arah meja Encik Naufal.
“Suraya tak sibuk sangat kan?.” Lelaki berkulit cerah itu terus bertanya. Dia sudah mengalih perhatian daripada fail laporan kewangan syarikat di tangan.
“Tak, Encik.”
“Okey, boleh duduk.”
Suraya angguk lagi. Kerusi berdekatan ditarik lalu punggungnya terus dilabuh di situ. Kotak pula diletak di atas meja. Dia membiarkan saja Encik Naufal menggagaukan tangan mengambil sekeping kad.
Seketika Encik Naufal menarik nafas panjang sebelum meletak semula kad yang diambilnya tadi ke dalam kotak. “Nampaknya Suraya kena tolong saya siapkan benda ni. Ayah dah siap warning tadi suruh buat cepat-cepat.”
“Boleh. Tak ada masalah.” Satu senyuman dia ukir di hujung kata-katanya.
Dia Personal Assistant. Haruslah dia tolong buat apa saja yang disuruh oleh Encik Naufal.  Padahal Suraya, kalau masuk bab Encik Naufal, tak payah disuruh pun dia tetap dengan senang hatinya buat.
“Suraya tolong lekatkan nama dan alamat ni. Saya pula lekat nama dekat dalam kad.”
“Okey.”
Sekeping kad diambil di dalam kotak. Suraya sudah sedia menanggalkan keratan nama dan alamat. Mujurlah self-adhesive. Kalau tidak, terpaksa guna stick glue. Matanya memandang tingkah Encik Naufal.
“Your turn.”
Kad dihulur disambut Suraya. Sempat juga matanya curi pandang nama pengantin perempuan.
Adib Naufal & Sharifah Aqilah
Sharifah Aqilah? Dalam tangan cekap menampal di atas sampul, sibuk dia cuma mengingat gerangan empunya nama. Rasanya Sharifah Aqilah ni tak pernah datang ke pejabat. Lagipun Encik Naufal mana pernah menerima tetamu perempuan yang datang atas urusan peribadi.
Suraya pasti sangat. Sebabnya tiap kali ada orang hendak berjumpa Encik Naufal, dia yang jadi tukang tapis. Bukan semua orang yang datang boleh masuk ke dalam pejabatnya.
Lewat pukul 1, sudah hampir 100 kad yang lengkap bertampal alamat dan selamat sudah di dalam sampul. Jam di tangan dikerling sebentar. Niat hendak menyambung kerja menampal nama terhenti.
“It’s lunch time, Suraya. Kita rehat dulu.” Encik Naufal menyandarkan tubuh ke kerusi sambil menarik nafas panjang. Penat.
Sampul terakhir disusun elok di dalam kotak lagi satu yang diberi Encik Naufal sebelum projek khas ini bermula tadi.
“Penat?.”
Suraya senyum saja. Mahunya tak penat. “Kalau macam tu, saya keluar dulu. Jam berapa nak sambung kerja ni?.”
“Err, jam 2.30?.”
Matanya laju ikut merenung Elle Studio di pergelangan tangan. Allahuakbar, ada lagi tak sampai sejam masa rehat. Mana sempat nak turun dengan Farahin cari makanan. Nak solat lagi.
Dia baru mahu mengangguk setuju walau dalam hati rasa macam mahu merayu Encik Naufal anjakkan lagi masa bila lelaki berkemeja biru belang putih itu tiba-tiba bersuara.
“Suraya solat dulu. Biar saya belikan makanan. Habis solat nanti, boleh makan.”
Eh?
“It’s okay, saya belanja. Pergilah solat dulu.” Ujarnya dalam senyum ikhlas. Dia faham sangat kerut wajah Suraya tadi. “Nanti saya cakap kat Farahin.”
“Oh, baik, Encik Naufal. Thanks. Saya keluar dulu.”
Selepas mengucap salam, Suraya terus bergegas kembali ke mejanya. Kasut di kaki ditanggal di bawah meja sebelum diganti dengan selipar. Beg kecil berisi Neutrogena cleansing milk dan kapas muka dibimbit di tangan kanan.
Langkahnya ke surau kali ini rasa lain.
Harus aku senyum atau apa sekarang?

4 comments:

  1. kasi la panjang sket entry kak. cite die best xo xsempat nk feelling dh abh dh.huhhu..

    ReplyDelete
  2. kak,hobi br ker tls pndk2 ni,pepun ok lh kn.yg pntg smbg,nxt n3 tngh mlm ni k dk,

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts