6
“Come on in, Suraya.”
Kepalanya diangguk. Selepas mendapat
anggukan Encik Naufal agar pintu tidak ditutup, barulah dia bergerak membawa
kotak berisi kad kahwin itu ke arah meja Encik Naufal.
“Suraya tak sibuk sangat kan?.” Lelaki
berkulit cerah itu terus bertanya. Dia sudah mengalih perhatian daripada fail
laporan kewangan syarikat di tangan.
“Tak, Encik.”
“Okey, boleh duduk.”
Suraya angguk lagi. Kerusi berdekatan
ditarik lalu punggungnya terus dilabuh di situ. Kotak pula diletak di atas
meja. Dia membiarkan saja Encik Naufal menggagaukan tangan mengambil sekeping
kad.
Seketika Encik Naufal menarik nafas
panjang sebelum meletak semula kad yang diambilnya tadi ke dalam kotak. “Nampaknya
Suraya kena tolong saya siapkan benda ni. Ayah dah siap warning tadi suruh buat
cepat-cepat.”
“Boleh. Tak ada masalah.” Satu senyuman
dia ukir di hujung kata-katanya.
Dia Personal Assistant. Haruslah dia
tolong buat apa saja yang disuruh oleh Encik Naufal. Padahal Suraya, kalau masuk bab Encik Naufal,
tak payah disuruh pun dia tetap dengan senang hatinya buat.
“Suraya tolong lekatkan nama dan alamat
ni. Saya pula lekat nama dekat dalam kad.”
“Okey.”
Sekeping kad diambil di dalam kotak. Suraya
sudah sedia menanggalkan keratan nama dan alamat. Mujurlah self-adhesive. Kalau
tidak, terpaksa guna stick glue. Matanya memandang tingkah Encik Naufal.
“Your turn.”
Kad dihulur disambut Suraya. Sempat juga
matanya curi pandang nama pengantin perempuan.
Adib Naufal & Sharifah Aqilah
Sharifah Aqilah? Dalam tangan cekap
menampal di atas sampul, sibuk dia cuma mengingat gerangan empunya nama. Rasanya
Sharifah Aqilah ni tak pernah datang ke pejabat. Lagipun Encik Naufal mana
pernah menerima tetamu perempuan yang datang atas urusan peribadi.
Suraya pasti sangat. Sebabnya tiap kali
ada orang hendak berjumpa Encik Naufal, dia yang jadi tukang tapis. Bukan semua
orang yang datang boleh masuk ke dalam pejabatnya.
Lewat pukul 1, sudah hampir 100 kad
yang lengkap bertampal alamat dan selamat sudah di dalam sampul. Jam di tangan
dikerling sebentar. Niat hendak menyambung kerja menampal nama terhenti.
“It’s lunch time, Suraya. Kita rehat
dulu.” Encik Naufal menyandarkan tubuh ke kerusi sambil menarik nafas panjang. Penat.
Sampul terakhir disusun elok di dalam
kotak lagi satu yang diberi Encik Naufal sebelum projek khas ini bermula tadi.
“Penat?.”
Suraya senyum saja. Mahunya tak penat. “Kalau
macam tu, saya keluar dulu. Jam berapa nak sambung kerja ni?.”
“Err, jam 2.30?.”
Matanya laju ikut merenung Elle Studio
di pergelangan tangan. Allahuakbar, ada lagi tak sampai sejam masa rehat. Mana sempat
nak turun dengan Farahin cari makanan. Nak solat lagi.
Dia baru mahu mengangguk setuju walau
dalam hati rasa macam mahu merayu Encik Naufal anjakkan lagi masa bila lelaki
berkemeja biru belang putih itu tiba-tiba bersuara.
“Suraya solat dulu. Biar saya belikan
makanan. Habis solat nanti, boleh makan.”
Eh?
“It’s okay, saya belanja. Pergilah solat
dulu.” Ujarnya dalam senyum ikhlas. Dia faham sangat kerut wajah Suraya tadi. “Nanti
saya cakap kat Farahin.”
“Oh, baik, Encik Naufal. Thanks. Saya keluar
dulu.”
Selepas mengucap salam, Suraya terus
bergegas kembali ke mejanya. Kasut di kaki ditanggal di bawah meja sebelum
diganti dengan selipar. Beg kecil berisi Neutrogena cleansing milk dan kapas
muka dibimbit di tangan kanan.
Langkahnya ke surau kali ini rasa lain.
Harus aku senyum atau apa sekarang?
kasi la panjang sket entry kak. cite die best xo xsempat nk feelling dh abh dh.huhhu..
ReplyDeleteOhh Mesti suraya rasa terdera...
ReplyDeletekak,hobi br ker tls pndk2 ni,pepun ok lh kn.yg pntg smbg,nxt n3 tngh mlm ni k dk,
ReplyDeletekinda...
Delete