Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Tuesday, January 1, 2013

Never look back

Well, assalamualaikum.
Selamat tahun baru 2013. Mudah-mudahan segala-galanya akan berjalan lancar, urusan dunia akhirat dipermudah, ibadah diterima, kehidupan dilimpahi berkah, keluarga bertambah erat silaturahimnya..bla..bla..bla... :)
Amboi...doa panjang bukan main tapi ibadahnya selalu ambil ringan. Hakhak..shame on me. Akulah tu.
Tapi apa-apa pun, doa tu senjata terbaik yang orang islam ada. Allah s.w.t dah berikan peluang, kita cubalah minta yang baik-baik. Kan?
Masuk tahun 2013 ni, mestilah ada macam-macam hasrat dan keinginan bermain kat kepala otak kan? Biasalah tu. Siapa tak, kan? Termasuk aku. Apa hasrat aku this blessed new year? Aku berniat nak selalu update blog ni. Kesian dia. Selalu kena tinggal.



Tadaa....for my first entry this year, I want to start with beauty tips.
What? Beauty tips? Weh, kau siapa nak cakap pasal beauty tips? Kau model ke atau artis? Atau duta mana-mana beauty care product? Of course no, honey. Muka pun macam.... Hahaha. Tak apa. Aku sedar aje diri aku cuma orang cakap apa eh? Sharing? Ya, that's the right word. Kongsi jer. Kalau nak baca, syukur. Tak nak baca, tak apa.

Actually, ada satu hari dalam tak ingat bulan apa tapi last year, 2012, aku ada sekali ikut kursus kecantikan. Saja-saja dan terpengaruh jer pun dek kakak aku. Sebab knowing me, aku bukan spesis ambil kisah pasal rupa kulit muka aku ni. Beli pencuci muka, pakai sekali dua pastu tinggal.

Kursus ni Elken yang anjur. Tau Elken kan? Alah, yang jual benda alah sikit punya mahal tu. Tapi iyelah, the quality memang tak boleh diambil mudah.

Berikut merupakan tips penjagaan wajah yang diajar oleh Elken. ( Untuk yang tak tahu tapi nak tahu aje..yang tahu, tak usah baca.) :

1. First of all, gunakan cleansing milk. Before that, pastikan tangan anda bersih sebelum apply the cleansing milk, ok? Benda ni ada jual kat Watsons, Guardian etc. (Sebagai anak gadis, kedai2 seperti ini, wajib anda kenali..hehe.) Massage la kat muka tu. Massage ok, bukan tonyoh, bukan berus. Benda ni untuk tanggal mekap, sisa habuk, atau apa2 aje yang ada kat muka korang tu. Currently I use Neutrogena.

2. Dah massage, you bolehlah bilas dengan air atau lap dengan extra soft facial cotton.

3. Sekarang boleh dah cuci guna pencuci muka you all tu.Cuci tapak tangan, picit sikit pencuci muka, letak air sikit and then gosok sampai berbuih. Baru boleh apply kat muka. Oppss...diingatkan jangan gosok muka sekuat-kuat hati, sampai empat lima minit. Aku tahu, sebelum ni, aku pun gosok beria-ia, lagi lama lagi suka sebab kononnya supaya pencuci muka tu meresap. Cheh, salah tu. Perbuatan ni cuma akan buat kulit muka kering. Paling lama kita boleh cuci muka cuma 1 minit.

4. Bilas bersih kemudian, laplah muka dengan tuala bersih yang lembut. Paling best, letak tuala tu kat muka, tarik, letak, tarik. Instead of lap muka macam lap meja makan. Lemah-lembutlah sikit. Hehe.

5. Now apply toner rata-rata. Aku tak guna toner sebab aku malas.

6. Last but not least, semua orang agaknya tahu ni....guna pelembap. Wajib ni. Untuk kulit berminyak dan combination, pilih pelembap berasaskan Aqua ( air ). Aku guna Garnier.




Jangan risau...aku bukanlah wakil mana2 produk yang aku sebut di atas. Aku cuma nak share sebab aku rasa penjagaan muka ni macam penting juga kan? Memanglah kita bukannya model pun. Kita still perempuan. Hehe.

~ Tips mak aku untuk bagi kulit kami halus dan cerah : Cuci muka guna air basuhan beras yang kedua. Betul. Cuma aku, biasalah. Buat derk semua benda. Sebab tu muka cenggini. ~


No comments:

Post a Comment

cakap aje..saya layan..

Popular Posts