Telekung dibuka lalu disangkut pada
penyidai kayu di tepi tingkap. Suraya kerling jam dinding. Baru pukul sembilan.
Tubuhnya dibawa ke katil dan terus dihempas di situ.
Dua tahun. Sudah dua tahun dia bekerja
jadi pembantu peribadi lelaki itu. Sudah dua tahun juga dia menyimpan rasa.
Sejak terlihat si dia berwudhu di masjid tiga minggu selepas dia bekerja di
syarikat pembinaan itu, hati kecil Suraya sudah digam dengan gam UHU pada
lelaki itu.
Bukan dia sengaja didik hatinya hendak
jatuh cinta dekat lelaki yang lahir dalam lombong emas macam Naufal itu. Dia
terjatuh cinta. Sumpah.
Suraya kan gadis serba sederhana.
Hatinya bukan spesis hati yang minat pada wang ringgit, pada rupa paras macam
Christiano Ronaldo, pada yang romantik gila-gila.
Tak.
Dalam hatinya selama ini, dia cuma mahu
cari calon suami yang sederhana serba-serbi tapi mantap soal pegangan agama.
Itu saja. Soal duit, cukuplah orangnya yang boleh mencukupkan keperluan
sehari-hari dia dan anak-anak. (Amboi…dah sampai ke peringkat kebajikan anak-anak
Suraya fikir..)
Dia tak nak yang kaya, sebab susah
sangat hendak jumpa lelaki kaya yang dekat pada Allah swt dan luhur hatinya.
Dia tak nak yang romantik, sebab lelaki
romantik bukannya boleh percaya sangat. Mulut manis mengalahkan orang tertelan
setempayan gula.
Dia tak nak yang kacak rupawan, sebab
Suraya sedar diri. Dia gadis biasa-biasa. Langsung tak terfikir dia hendak
berdiri di sebelah lelaki begitu.
Habis tu, Naufal?
Dalam mata terkebil-kebil, bibir Suraya
tiba-tiba mengukir senyum malu. Malu pada Dia juga. Baru habis solat, boleh
pula dia memikirkan anak teruna orang yang sudah hendak jadi suami itu.
Sedang Suraya terkebil-kebil di atas
katil, Blackberry di tepi bantal bergetar kuat. Orang tengah berangan, kalau
disergah, boleh putus nafas dibuatnya. Lidahnya cepat mengucap istighfar.
1
new message.
Encik
Naufal.
Telefon segera dicapai. Laju saja
jarinya menekan paparan mesej yang baru sampai itu.
Assalamualaikum,
Suraya. Saya tak masuk office esok for the whole day. Ada urusan dekat luar. TQ.
Anything, just let me know.
Allahuakbar.
Senyum kecil yang menghias bibir tadi
mati perlahan-lahan. Agaknya Naufal hendak uruskan pasal majlis kahwinnya
nantilah tu. Dalam lidah beristighfar, hatinya tetap menyelinap rasa kecewa.
Waalaikumsalam.
Baik, Encik. Oh ya, petang tadi Datuk ada bagi saya kotak kad kahwin Encik
Naufal! Ada dekat bawah meja. Encik tak nak ambil ke?
Karang kalau Datuk Muaz dapat tahu kad
itu belum sampai ke tangan Naufal, mengamuk pula orang tua seorang tu. Walaupun,
kalau ikut hati, mahu dia buang saja kotak tu ke tong sampah. Jangan serah pada
Naufal.
Noted.
Balasan mesejnya muncul selepas lima
minit Suraya menunggu.
Sorry
but what does that means, sir?
Tak
apa. Nanti saya masuk kerja baru saya tengok. TQ.
Sudah kenapa dengan bakal pengantin ni?
Boleh buat selamba saja padahal Datuk Muaz sudah pesan suruh anaknya uruskan
cepat isu kad kahwinnya. Suraya mengalih kedudukan tubuh mengiring ke kanan.
ohhh...camno ni??? lelaki idaman malaya dah nak kawin????
ReplyDeletecepat2 smbung yeh
ReplyDelete