Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Sunday, January 27, 2013

Jangan SenTuh haTiku 4




Telekung dibuka lalu disangkut pada penyidai kayu di tepi tingkap. Suraya kerling jam dinding. Baru pukul sembilan. Tubuhnya dibawa ke katil dan terus dihempas di situ.
Dua tahun. Sudah dua tahun dia bekerja jadi pembantu peribadi lelaki itu. Sudah dua tahun juga dia menyimpan rasa. Sejak terlihat si dia berwudhu di masjid tiga minggu selepas dia bekerja di syarikat pembinaan itu, hati kecil Suraya sudah digam dengan gam UHU pada lelaki itu.
Bukan dia sengaja didik hatinya hendak jatuh cinta dekat lelaki yang lahir dalam lombong emas macam Naufal itu. Dia terjatuh cinta. Sumpah.
Suraya kan gadis serba sederhana. Hatinya bukan spesis hati yang minat pada wang ringgit, pada rupa paras macam Christiano Ronaldo, pada yang romantik gila-gila.
Tak.
Dalam hatinya selama ini, dia cuma mahu cari calon suami yang sederhana serba-serbi tapi mantap soal pegangan agama. Itu saja. Soal duit, cukuplah orangnya yang boleh mencukupkan keperluan sehari-hari dia dan anak-anak. (Amboi…dah sampai ke peringkat kebajikan anak-anak Suraya fikir..)
Dia tak nak yang kaya, sebab susah sangat hendak jumpa lelaki kaya yang dekat pada Allah swt dan luhur hatinya.
Dia tak nak yang romantik, sebab lelaki romantik bukannya boleh percaya sangat. Mulut manis mengalahkan orang tertelan setempayan gula.
Dia tak nak yang kacak rupawan, sebab Suraya sedar diri. Dia gadis biasa-biasa. Langsung tak terfikir dia hendak berdiri di sebelah lelaki begitu.
Habis tu, Naufal?
Dalam mata terkebil-kebil, bibir Suraya tiba-tiba mengukir senyum malu. Malu pada Dia juga. Baru habis solat, boleh pula dia memikirkan anak teruna orang yang sudah hendak jadi suami itu.
Sedang Suraya terkebil-kebil di atas katil, Blackberry di tepi bantal bergetar kuat. Orang tengah berangan, kalau disergah, boleh putus nafas dibuatnya. Lidahnya cepat mengucap istighfar.
1 new message.
Encik Naufal.
Telefon segera dicapai. Laju saja jarinya menekan paparan mesej yang baru sampai itu.
Assalamualaikum, Suraya. Saya tak masuk office esok for the whole day. Ada urusan dekat luar. TQ. Anything, just let me know.
Allahuakbar.
Senyum kecil yang menghias bibir tadi mati perlahan-lahan. Agaknya Naufal hendak uruskan pasal majlis kahwinnya nantilah tu. Dalam lidah beristighfar, hatinya tetap menyelinap rasa kecewa.
Waalaikumsalam. Baik, Encik. Oh ya, petang tadi Datuk ada bagi saya kotak kad kahwin Encik Naufal! Ada dekat bawah meja. Encik tak nak ambil ke?
Karang kalau Datuk Muaz dapat tahu kad itu belum sampai ke tangan Naufal, mengamuk pula orang tua seorang tu. Walaupun, kalau ikut hati, mahu dia buang saja kotak tu ke tong sampah. Jangan serah pada Naufal.
Noted.
Balasan mesejnya muncul selepas lima minit Suraya menunggu.
Sorry but what does that means, sir?
Tak apa. Nanti saya masuk kerja baru saya tengok. TQ.
Sudah kenapa dengan bakal pengantin ni? Boleh buat selamba saja padahal Datuk Muaz sudah pesan suruh anaknya uruskan cepat isu kad kahwinnya. Suraya mengalih kedudukan tubuh mengiring ke kanan.

2 comments:

cakap aje..saya layan..

Popular Posts