Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Sunday, February 3, 2013

Jangan senTuh haTiku 8

Dear Mona yg memaksaku,



8
Lelaki berkemeja putih di hadapannya dipandang dengan senyuman. Kotak di bawah meja diangkat. Syukur, sempat juga dia habiskan semuanya sebelum pukul 12 malam.
“Thanks, Suraya.” Encik Naufal ikut senyum. Untung dia dapat PA baik hati dan rajin macam Suraya.
“It’s okay. Ada apa-apa lagi yang nak saya tolong? Poskan ke?.”
Hari itu Datuk Muaz ada juga pesan. Kalau semuanya dah siap, dia minta Suraya tolong poskan sekali. Iyelah, takkan Encik Naufal yang nak kena pergi pejabat pos seorang diri pula.
Encik Naufal masih senyap. Ibu jari kanannya dari tadi digosok ke atas dahi. Dia memang bila-bila masa boleh suruh office boy poskan semuanya tapi…
“Encik Naufal?.”
“Ermm, saya rasa memang saya perlukan Suraya.”
Suraya yang baru hendak mencapai pen di atas meja mengerut dahi. Perlukan aku? “Oh, untuk poskan kad-kad ni? Boleh in sha Allah.”
Encik Naufal angguk laju. Wah, Suraya ni sudahlah rajin, baik hati, understanding pula! Untung siapa yang dapat gadis sederhana macam ini. Encik Naufal simpan senyum dalam hati. Nampaknya yang pasti bukan dia lelaki untung tu.
“Suraya, please keep this as a secret. Jangan cerita dekat siapa-siapa pun pasal benda ni. Bolehkan?.”
Eh? “Maksud Encik Naufal?.”
Ada pula orang nak kahwin tapi tak mahu orang tahu ya?
Bukan selalu orang baru kena risik, dah heboh satu Malaysia ke apa?
Senyum nipis di bibir Encik Naufal tambah menimbulkan tanda soal di kepala Suraya. Apabila lelaki itu masih belum menjawab, akhirnya dia angguk faham saja. Agaknya adalah benda yang dia perlu simpan seorang saja tu.
Kotak dihulur Suraya tadi diambilnya. Dia baru nak berlalu masuk ke dalam biliknya apabila teringat sesuatu. “Oh ya, Suraya. Farahin tunggu Suraya dekat kafe di bawah. Turunlah.”
Kafe? Elle Studio di tangan segera dijeling. Baru pukul 12.30 ni. Apa pula Farahin buat dekat kafe waktu-waktu macam ni? Siap boleh pesan dekat bos sendiri pula suruh dia turun sekali.
“Belum lunch break lah, Encik.” Ujarnya sedikit pelik.
“Tahu. It’s okay. Suraya turunlah. Dah tak ada benda nak buat kan?.”
Lambat-lambat Suraya mengangguk. Memang betullah dia dah tak benda nak dibuat cepat tapi ya, peraturan kan tetap peraturan. Dia tak mahulah makan duit gaji buta. Farahin ni memanglah!
“Tak apalah. Jam 1 nanti saya turun.”
Encik Naufal pandang Suraya yang kecil molek itu dengan kerutan di dahi. Kenapa Suraya nampak lebih dalam segala hal ni?
“Dah..dah. Saya kata turun, Suraya kena turun. Kesian dekat Farahin. Lama pula dia kena tunggu nanti.” Ujarnya selepas berdehem dua tiga kali.
Allah, ini ujian untuk orang yang nak mendirikan rumahtangga! Masa inilah mata ni nampak perempuan lain yang lebih baik. Walau dia rasa memanglah Suraya jauh lebih baik daripada….
Bibirnya mengucap istighfar laju-laju. Sengaja dia tarik tegang mukanya biar nampak serius di mata Nur Suraya. Dan gadis itu betul-betul terkesan. Matanya terkebil-kebil tak sampai dua saat, Suraya sudah cepat-cepat capai dompet dan Blackberry di dalam laci kemudian bergegas meminta diri.
Takut benar Suraya kalau kena marah!
Encik Naufal senyum lagi. Serasanya dia belum pernah marah Suraya lagi. Pekerja baik macam Suraya, siapa sampai hati nak marah kan?




~Dah naik namamu, Mona...hee....suka tak? suka tak?~

5 comments:

  1. akak,of cozzz lh sk ssangt nm dh naik,trimas bnyk2 yer,klau blh pnjgknlh lg n3 tu,tngh mlm ni bg st lg blh dk,

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahee...boleh sesangat..dalam mimpimu jer.Aku ngantuk dah. lagipun kan, kita makan sikit2, jangan makan habis semuanya. hee...paham tak? :)

      Delete
  2. salam akak,mmg kn bt2 fhmlh kn,nk bt cmnaaaaaaaaaaaa,pepun sy ttp tnggu nxt n3,chayok2 akak,

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts