Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Sunday, February 17, 2013

JanGan senTuh haTiku 15



15
Astaghfirullahalazim…
Naufal tenung semula iPhone dalam genggaman dengan bibir tersungging senyuman, kepala tergeleng-geleng.
Sudah kenapa aku nak report dekat Suraya ni? Tak ada orang tanya pun. Naufal..Naufal. Istighfar sikit!
“Naufal, buat apa tu? Marilah cuba baju Naufal ni.” Datin Faizah muncul di pintu kaca yang dia biarkan terbuka sejak tadi. Merenung si anak dengan riak pelik.
Memang firasatnya betul atau dia yang terlebih risau sejak kebelakangan ini tapi Naufal nampak acuh tak acuh saja dengan majlisnya sendiri. Sampaikan Sharifah Aqilah pun dah pandai complain.
Naufal kalau dia call, tak mahu bercakap lama-lama.
Hantar mesej pun, ringkas ya amat. Macam orang nak tak nak saja.
Itu belum sebut lagi bab nak keluar date. Memang Naufal elak habis-habisan. Sebab itu kata Sharifah Aqila lagi, dia sanggup beranikan saja diri datang cari Naufal di pejabatnya.
“Naufal?.”
“Err, kejap, ibu. Hantar mesej tadi ke office.” iPhone segera dimasukkan ke saku seluar.
“Ayah Naufal kata ofis tak sibuk pun? Nak mesej buat apa?.”
Naufal sengih saja, enggan menjawab. Bahu Datin Faizah diraihnya dengan tangan kanan hingga masuk ke dalam butik pengantin eksklusif pilihan Sharifah Aqila itu.
Laju saja Sharifah Aqila datang menghulur set pakaian baju melayu dengan kot jenis moden. Kata Datin Faizah, masa nikah mesti guna warna putih. Wajib. Sebab putih tu lambang kesucian.
“Naufal cuba dulu.” Arah Datin Faizah. Tubuh kurus Naufal ditolaknya hingga ke fitting room yang kosong.



Set terakhir yang sudah siap dia cuba di dalam tadi dihulur pada gadis kulit hitam manis yang dari tadi setia menunggu dia bersiap di dalam. Punggung segera dilabuh di atas sofa. Allahuakbar!
“Apa hal you nampak letih semacam ni, Naufal? Kita setakat buat fitting baju pengantin 3 set aje kan?.” Suara lembut itu kedengaran.
Naufal sekadar buat tak dengar. Kepalanya dia jatuhkan ke tempat menyandar. Membiarkan saja Sharifah Aqila yang datang duduk di sebelahnya.
Satu keluhan berat dihela kuat. “You nampak tak happy dengan semua ni.”
Naufal buka matanya sedikit. Dia nampak jelas riak kecewa di wajah tunangnya dan rasa bersalah itu sudah mula bermain dalam hati. Dia faham. Memang dia tak bersungguh pun dengan semua persiapan kahwin mereka.
“See? Perasaan I pun you dah tak ambil kisah.” Suara lembut itu sudah bertukar jadi rajuk.
“Sorry, Qila.”
“Is that all you can say to me, Naufal? Just sorry?.”
Lambat-lambat, Naufal tegakkan semula duduknya. Dia sendiri sudah naik bingung. Antara Sharifah Aqila, ibu dan ayah dan perasaannya sendiri, dia tak tahu siapa yang harus dia pilih.
Tak dapat dia bayangkan nanti kalau tiba-tiba dia bercakap dekat Datuk Muaz dan Datin Faizah yang dia hendak batalkan majlis. Boleh pengsan ibu agaknya.
Tapi itulah.
Sharifah Aqila bukan pilihan orang tua. Dia dan anak gadis Syed Ghadaffi ini bertunang bukan sebab orang tua. Tapi sebab sama-sama suka. Dia yang beria nakkan Sharifah Aqila dulu. Sampaikan kalau boleh, siang malam Naufal cuma mahu menghadap dan mendengar suara lembut memujuk Sharifah Aqila saja.
Jadi hendak dia guna alasan apa kalau nak putuskan semuanya?




~ Untuk yang berkenan novel terpakai tapi masih nampak baru, kindly find me on FB Read With Me....I dah nak jadi businesswoman, you... :) ~

4 comments:

  1. hmmm...mcm mana Naufal nk putuskan tuuu???

    ReplyDelete
  2. cinta lah sirna kah untuk SA? berpindah pada siapa cinta di hati mu naufal....parah macam nie mesti SA rasa keciwa kan? kalau boleh tak mau lah naufal kawin dua sebab tidak mahu keciwa kan hati SA macam dalam citer SKSI...huhuhu

    --za--

    ReplyDelete
  3. mcam mna nie naufal dia yg sbuk dok suka kt qila last2 nk ptus plak..mmang sah la da bkenan kt org lain da nie

    ReplyDelete
  4. eh..hmmm , setelah hatinya kau ambil,tega nya kau bpaling kepada orang lain.huk2

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts