Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Thursday, February 14, 2013

Jangan senTuh haTiku 13



13
“Sandwich Encik Naufal.”
Lelaki berambut pendek dan kemas itu mengukir senyum. Sebungkus sandwich yang sudah elok diletak dalam pinggan ditarik rapat.
“Thanks, Suraya.”
“Ini duit baki. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu.” Suraya lekas-lekas letak duit baki Encik Naufal. Dia tahu, nanti kalau lengah-lengah, Encik Naufal mesti akan suruh dia ambil saja duit baki itu.
Dia tahu apa yang hendak  keluar dari mulut Encik Naufal lalu dia lekas saja berundur meninggalkan bilik pejabat yang luas itu. Buah betik itu saja dia belikan sekali sebab serasanya selama dua tahun jadi pembantu peribadi Encik Naufal, lelaki itu ada habit makan buah sebelum makan apa-apa.
Wah, Suraya! Kalau bab Inche Naufal, semua benda dia tahu!
Suraya senyum sendiri kembali ke mejanya. Ruang pejabat masih belum rancak lagi. Baru pukul 8. Masih ada lima enam orang yang belum sampai.
Kalau Suraya, memang kena datang awal. Lagi awal daripada Encik Naufal. Suraya senyum lagi. Organizer merah di dalam laci dibelek laju. Setakat ini, nampaknya Encik Naufal lapang saja sampai ke petang. Tapi tak tahulah selepas ini. Kut ada sesiapa yang datang hendak berjumpa anak lelaki Datuk Muaz itu.
Sementara menanti Samsung hitam di atas meja terpasang, Suraya capai botol minumannya. Dia baru berkira hendak meneguk sekali dua bila seseorang muncul di depan meja. Seseorang berbaju kebaya biru firus yang dipadan dengan kain batik gaya moden. Berselendang gaya Diana Amir. Sedang senyum tersangat manis.
“Hi, assalamualaikum.” Ucapnya dengan suara ramah bercampur manja.
Botol di tangan terus ditutup. Sedaya upaya dia cuba mengukir senyum ramah juga sambil mengangkat muka.
Awalnya tetamu yang ini datang! Tetamu siapa?
“Waalaikumsalam. Ya, cik? Ada apa-apa boleh saya bantu?.”
Dia yang nampak begitu menawan senyum lebar. “Saya Sharifah Aqila.”
“Oh, cik!.” Suraya baru mahu menyambung soalan bila sebaris nama yang keluar dari bibir wanita di depannya ini mengingatkan dia pada sesuatu.
“Ya, saya. Sorry datang awal sangat tapi saya datang ni nak jumpa tunang saya. Can I see him?.”
Suraya sudah terkedu. Lama. Sampaikan Sharifah Aqila melambai-lambai tangan kanan untuk menarik perhatiannya semula.
Dan akhirnya dia cuma mampu berkata “Oh…”
“Ya, tunang saya. Encik Adib Naufal. Is he in?.”
“Ah, ya..he is. Sekejap ya saya tanyakan Encik Naufal dulu.” Suraya cuba untuk memaksa bibirnya senyum seperti biasa. Mujur berjaya. Interkom di atas meja segera ditekan.
“Ya, Suraya?.”
“Ah, sorry mengganggu Encik Naufal tapi Cik Sharifah Aqila, tunang Encik Naufal ada di sini dengan saya sekarang. Cik Sharifah nak jumpa encik. Boleh saya bawa dia masuk?.”
“Oh..iya ke?.”
“Ya, encik. So, boleh saya bawa Cik Sharifah masuk sekarang?.” Apa yang dia tahu, Encik Naufal tak pernah terima mana-mana tetamu perempuan datang sendiri masuk ke bilik pejabatnya.
Tapi iyelah, itu tetamu. Ini tunang.
“Ermm…okeylah.” Malas saja suara Encik Naufal membalas. Suraya mengerut kening gaya pelik. Orang lain suka ria kalau dapat jumpa tunang. Encik Naufal ni buat gaya macam tak suka pula.
Sharifah Aqila menayang senyum entah untuk yang keberapa kalinya pada Suraya. Apabila Suraya bangun lalu mempersilakannya ikut masuk ke bilik pejabat Encik Naufal, dia cepat mengikut dari belakang.
Pintu kayu bertulis nama Encik Naufal itu Suraya ketuk perlahan. Mendengar arahan membenarkan masuk dari dalam, barulah pintu itu ditolak.
“Jemput masuk, cik.”
“Terima kasih.” Laju saja langkah Sharifah Aqila menuju ke arah kerusi di hadapan meja besar itu. Suraya angguk sekali pada Encik Naufal sebelum meminta diri.
“Suraya.”
“Ya?.”
“Please let the door open.”
Suraya angguk. Faham dan syukur serentak. Syukur sebab lelaki itu tetap dengan ketaatannya menjauhi ikhtilat.

Sharifah Aqila terpana. Naufal tak pernah dengar maksud privasi ke apa ni?



~Last sweet warning...plez don't touch my heart...~ 

2 comments:

  1. nk ag..cepat2 smbung eh..hehehe..
    wah..da nmpk aura2 naufal cm kn paksa kawen ngn sharifah jek nie..hehehe..
    can't stop smiling..

    ReplyDelete
  2. laaa...camna nak pusing supaya suraya+naufal punya hati bersentuhan ni?? :)

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts