Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Tuesday, February 12, 2013

Jangan senTuh haTiku 12



12
Surat khabar New Strait Times di tangan dibawa ke bawah lengan. Sebaik saja pintu lif terbuka, terjengul wajah Suraya dan Farahin di situ.
“Assalamualaikum, Encik.” Sapa mereka serentak.
Naufal senyum kecil. Kepalanya diangguk sekali. “Nak turun breakfast?.”
“Iya, encik. Ada apa-apa yang encik nak? Saya boleh tolong belikan.”
“Oh, kalau macam tu, boleh tolong bungkuskan sandwich tak? Macam biasa.” Dompet segera dikeluarkan sebelum sehelai not RM10 dihulur kepada Suraya. Rezeki dia. Kebetulan di rumah tadi dia tak sempat nak jamah pun nasi goreng buatan Datin Faizah.
Not warna merah itu disambutnya dengan anggukan. “Nanti saya belikan. Kami minta diri dulu.”
Sekali lagi Naufal mengangguk. Kelibat Suraya dan Farahin dia pandang sekejap sebelum dia bergegas masuk ke dalam pejabat.
Boleh saja pun kalau dia ikut sekali turun sarapan tapi mengenangkan dia seorang saja lelaki, rasa macam tak elok pula. Lainlah kalau ada pekerja-pekerja lelaki yang lain ramai-ramai ikut sekali.



Dua bungkus sandwich telur dan sebungkus buah betik dipotong kecil dibawa ke kaunter oleh Suraya. Dia sedang menunggu duit baki dipulangkan bila Farahin muncul dengan semangkuk mihun sup dan secawan milo.
“Eh, kalau tak silap aku, Encik Naufal pesan sandwich aje tadi kan?.”
Suraya senyum saja. “Saja. Muka Encik Naufal tu nampak macam orang belum breakfast yang tengah lapar sangat.”
“Iya ke?.” Sejak bila pula Suraya ada kemahiran menilik muka orang ni? Kalau setakat muka orang lapar, dia pun boleh kenal tapi ini sampai boleh tahu lapar tahap mana. Hebatnya Suraya!
Dulang berisi bihun sup dan milo ditatangnya hati-hati. Mujur tak ramai orang lagi. Bolehlah dia bergerak dengan mudah.
“Betul.”
“By the way, kau tak nak makan benda lain ke? Asyik-asyik dengan sandwich. Patutlah badan kurus tak sudah.”
“Alah, aku bukannya kerja buruh kasar yang nak kena makan nasi atau mi pun. Kerja aku kan duduk office aje.” Betullah. Paling banyak dia berjalan pun, keluar masuk bilik Encik Naufal. Atau ikut Encik Naufal ke bilik mesyuarat. Itu saja. Semuanya dalam kawasan pejabat.
Farahin baru hendak menyudu kuah sup masuk ke mulut namun terhenti mendengar alasan Suraya. Sengaja dia bulatkan anak mata merenung Suraya.
“Kau nak kata aku ni kuat makanlah ya?.” Marahnya. Suraya kan!
“Eh, bukan..bukan! aku maksudkan aku. Lagipun you’re eating for two. Jangan rasa bersalah pula.” Suraya menahan senyum memandang Farahin. Sudu yang Farahin lepaskan tadi dia hulur semula.
Alahai, emak orang ni pun masih nak merajuk!
Tapi iyelah, salahnya juga. Nak bercakap tu langsung tak fikir panjang. Memanglah Farahin terasa sebab emak budak seorang ni tiap hari sarapan makanan berat. Alasannya asyik-asyik cepat lapar. Betullah agaknya. Orang mengandung mana nak sama dengan orang tak mengandung.
“Kau kan memang sengaja tau. Boleh hilang selera aku.” Dalam marah, dicapainya juga sudu di tangan Suraya. Nasib baik perutnya tengah lapar sekarang.
Belakang badan Farahin ditepuk lembut dua tiga kali. “Makan ya?.”
“Nasib baik mood aku tengah elok ni.”
“Sorry okay? Jangan terasa pula. Aku tak sengaja pun. Dah, makanlah. Ni nanti lambat kita naik, lama pula Encik Naufal tunggu. Dia tengah lapar tu.”
Farahin berhenti menyuap. “Kau pentingkan Encik Naufal aje kan? Aku ni dahlah kau kata kuat makan.”
“Bukan. Aku cuma rasa tak eloklah kalau dia terpaksa tunggu lama-lama pula. Kesian Encik Naufal.” Encik Naufal itu kan bosnya. Orang yang bayar gajinya tiap bulan. Haruslah dia utamakan.
Iya ke, Suraya?

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. sampai bila nak menjeruk hati suraya?
    suka citer ni,terus kan ye tyea

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts