Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Monday, February 18, 2013

JanGan senTuh HatiKu 16



16

Air mata yang terasa hangat mengalir di pipi dia kesat dengan jari. Bunyi ketukan pintu yang bertalu itu, dia tahu pasti mamanya yang datang.
“Masuklah, ma.” Suruhnya langsung tak bangun pun dari katil. Rambut yang sedikit serabuk disisir dengan jari.
“Tak sihat ke?.” Dr. Misha datang mendekat. Pelik juga dia. Waktu dia sampai ke rumah tadi, semua orang sudah duduk elok makan malam di dapur. Cuma satu kerusi yang masih kosong.
“Sihat. Mama nampak Qila sakit ke?.” usiknya cuba menayang sengih nakal.
“Mata mama nampak Qila macam sihat tapi perangai tu lain macam sikit. Kenapa tak turun dinner kat bawah? Don’t tell me you’re skipping meal.”
Bantal peluk di sisi ditarik ke dalam pelukan. Sharifah Aqila tahu peraturan Dr.Misha. semua orang dalam rumah ni mesti kena makan setiap kali waktu makan. Diet tak diet, wajib makan. Nanti orang yang mengada nak diet, pandai-pandailah nak makan oat ke, apa ke. Tapi mesti turun tayang muka juga.
Lengan Dr.Misha yang kecil itu dipeluknya manja. “Sorry, ma. Malam ni Qila terasa macam betul-betul tak boleh turun makan. Qila nak rehat dulu.”
“Hurmm, ada apa-apa nak share dengan mama ke?.”
“Rasanya tak ada apa, ma.”
“Sure?.” Dr.Misha renung dalam anak mata Sharifah Aqila yang tunak itu. Firasatnya rasa yakin yang anak sulungnya yang seorang ini tengah menyimpan sesuatu. Tapi dia takkan memaksa.
Sharifah Aqila angguk yakin. Dia sebenarnya nak bercerita tapi malu. Mamanya sibuk dari pukul 9 pagi sampai 7 malam dekat klinik. Takkan dia nak ikut sibuk menambah sesak kepala mamanya.
“Kalau macam tu, mama keluar dulu. Jangan tidur lambat sangat.”
Dia angguk. Akur. Tapi belum sempat tangan Dr.Misha menarik pintu kayu bercat putih itu, namanya dipanggil semula.
“Ya?.”
Sharifah Aqila sudah merah muka. Tak sampai sesaat, air mata dah mencurah laju turun ke pipi. Panik sekejap Dr.Misha memandang. Tubuh Sharifah Aqila dia peluk kejap. Tak pernah-pernah anaknya menangis macam ini teruk sejak dah dewasa ni. Sudah kenapa?
Belakang tubuh Sharifah Aqila dielus penuh kasih. Dia biarkan saja bahunya yang sudah basah dengan limpahan air mata Sharifah Aqila.
“Qila takut, ma.”
“It’s okay. I’m here with you. Always here.” Dia cuba memujuk walau tak tahu hujung pangkal kenapa Sharifah Aqila hendak rasa takut.
Perlahan-lahan, Sharifah Aqila angkat muka yang sudah merah. “Qila takut kalau-kalau Qila tak jadi kahwin, Ma.”
Kali ini, Dr.Misha pula yang tersentak. “Tak jadi kahwin? Kenapa ni? Mama tak fahamlah, sayang.”
Jangan cakap Sharifah Aqila dan Adib Naufal tu nak putuskan pertunangan. Sudah dia sibuk uruskan segala benda yang anaknya minta, dengan tarikh yang makin dekat, mahu dia pengsan sehari semalam nanti.
“Naufal, ma.”
“Kenapa dengan Naufal?.”
“He’d changed. A lot, ma.” Dua tiga titis air mata dah bersedia nak menjengah keluar dari empangan.
“Maksudnya?.”
“Dia dah lain sangat-sangat, ma. Agaknya Qila baru perasan yang selama setahun setengah kami bertunang ni, Naufal dah berubah. Makin lama makin banyak dia berubah, ma.”
Dr.Misha kejipkan matanya dua tiga kali. Cuba membayangkan Naufal yang…sekejap, macam makin…hah, pendiam?
Tapi mungkin dia dah pegang jawatan besar, banyak benda urusan pejabat nak kena difikir sampaikan Naufal dah bertukar karakter. Kan?
“Naufal busy fikirkan kerja dialah tu, Qila.” Rumusnya tenang semula.
“You think it that way?.”
Dr.Misha angguk, yakin. Dia kenallah lelaki korporat punya gaya macam mana. Suaminya pun orang bisnes. Bila dah sibuk nak menaikkan syarikat, lelaki memang akan hilang semua sifat romantis, sweet talk dan prihatin segala benda tu.
“Tapi, ma..”
“Ya?.”
“Sampai tak nak keluar date dengan tunang sendiri? Tak nak hantar bunga? Pegang tangan pun tak nak? Bila Qila nak manja-manja sikit, terus end up call Qila? Memang semua lelaki yang ada karier best jadi macam tu ke, ma?.”
Muncul kerut di dahi Dr.Misha. Naufal macam tu ke?
“Sejak bila dia jadi macam tu?.”
Sharifah Aqila hembus nafasnya lambat-lambat. Wajah tenang Naufal muncul dalam kepala.
I really miss the old Naufal!
Naufal yang tiba-tiba datang ke ofisnya dengan bunga kembang, coklat, breakfast atau lunch treat.
Naufal si mulut manis yang kerjanya menggoda, mengayat tak sudah-sudah.
Naufal yang kalau berjalan berdua, tak nak lepaskan sikit pun tangannya. Sibuk nak berkepit dua puluh empat jam.
Naufal yang tiap-tiap malam sibuk nak ucapkan good night. Konon nak pastikan suara lelaki itu yang terakhir dia dengar sebelum tidur.
Come on, kalau korang dah dibiasakan dengan segala benda manis-manis begitu, apa akan korang rasa bila tiba-tiba saja semuanya kurang dan makin lama akhirnya hilang?
Dan korang tak pernah dapat tahu kenapa semuanya terjadi.
Out of the blue, orang itu dah tak mahu melayan korang lebih-lebih. Jadi pendiam. Baru nak keluar aura manja sikit, saat itu juga dengar bunyi panggilan dah pun tamat. Orang itu dah tak mahu keluar berdua. Baru nak pegang tangan, dia dah lari sebatu jauhnya.
Sharifah Aqila kesat lagi pipi yang basah lembap dek air mata yang tak mahu berhenti.



~Dear Mona, mana dah ko? Lama hilang....

3 comments:

  1. dari awal karaker naufal macam alim je...rupanya pernah mengalami zaman jahiliyah jugak rupanya. mungkin sebab tu dia berubah kot...dah dapat hidayah...
    tak gitu cik penulis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hidayahNya datang pada orang2 terpilih saja...Naufal is one of them..Alhamdulillah.

      Delete
  2. aqilah tak sedar kah apa yang mereka pernah lakukan tidak sepatut nya buat mereka yang belum berakad. itu saja kah yang dia kesal kan? salah tu aqilah , semua itu bukan cerminan kasih sayang. tidak mustahil hati naufal beralih arah jika aqilah masih suka begitu....

    --za--

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts