Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Monday, February 4, 2013

Jangan senTuh haTiku 9



9
Dari pintu masuk lagi, Suraya sudah boleh nampak kelibat Farahin. Nun di tengah kafe, Farahin dengan tudung bawal corak bunga halus sepadan dengan jubah labuh hitam nampak menonjol sangat.
Mahunya tak menonjol kalau dia seorang saja yang enak duduk di kafe waktu orang lain tengah sibuk buat kerja dekat ofis.
“Assalamualaikum.”
Farahin segera mengangkat pandang. Nampak saja wajah masam Suraya, makin lebar sengihnya.
“Jemput duduk.”
“Amboi, mak buyung seorang ni! Elok sangatlah pandai curi tulang waktu tengah pregnant ni. Siap jemput duduk pula tu. Tak malu.” Semburnya sebaik saja duduk di kerusi bersebelahan.
Matanya singgah di atas meja. Ewah, bukan main lagi Farahin ya!
Tak cukup dengan sup ekor, dia bantai sekali dengan nasi goreng kampung special. Minum pula jus tembikai. Suraya sudah tergeleng-geleng sendiri. Ini Farahin ke jin jelmaan Farahin yang tengah enak hirup sup ekor ni?
“Kenapa?.”
“Apa?.”
Sudu di tangan kanan dilepas. Matanya ikut membalas renungan tajam Suraya. Budak seorang ni, pandang orang sampai boleh hilang rasa lapar tau!
“Kenapa tengok aku macam tu sekali?.” Soalnya. Gelas tinggi berisi jus tembikai pula disedut perlahan. “Aku tengah lapar ni.”
“Lapar sampai kena curi tulang? Ini belum lunch break tau.”
Farahin ni selalu suka salah guna status ibu mengandung dia tu. Bila rasa lapar saja, alasan dia baby dalam perut nak makan. Sampai dah tak kenal masa rehat dengan kerja.
“Alah, dah dapat izin Encik Naufal apa. Maksudnya bukanlah curi tulang pun.” Farahin senyum senang hati bercakap.
Memang dah betullah. Tadi dia tengah nak ke pantry sebab terasa perut tiba-tiba tersangat lapar. Breakfast pun dia dah terlepas sebab dua-dua bangun lambat. Kebetulan sangat waktu itu, ada Encik Naufal dekat pantry.
Dalam hati ingat nak makan biskut Tiger Biskuat cecah dengan air milo sementara nak tunggu waktu lunch.
Sekali rupanya biskut-biskut yang selalu ada saja dalam balang kaca tiba-tiba tinggal habuknya saja. Milo pun sama. Ada Nescafe tapi Farahin jenis tak pandai minum air berkafein.
Apa kaitan dengan Encik Naufal bagi kebenaran?
Farahin sengih malu tiba-tiba. Mahunya tak malu. Habis merah sampai ke leher rasanya dia bila Encik Naufal (lelaki disegani yang sangat baik akhlaknya) sempat dengar bunyi perutnya kelaparan. Bunyi pula ala-ala macam sengaja nak bagi orang lain dengar.
“Alamak, saya baru selamat bancuh milo, Farahin. Dah habis.” Walau macam mana selambanya Encik Naufal bercakap tadi, Farahin tetap terasa macam nak melompat keluar dari pantry waktu itu juga.
“Ah, err..tak apa, Encik. Saya okey.”
“Kalau belum minum, boleh bagi awak. Ini dah teguk pun.” Tambahnya lagi dengan muka cukup memahami.
Balang biskut di atas meja dijelingnya sekilas. Sah, bukan rezeki. Balang tu cuma ada sekeping biskut saja.
Kepala yang dibalut tudung bawal corak bunga halus digaru. Nampaknya dah tak ada sebab dia nak buang masa dekat sini lagi. “Saya keluar dulu, Encik.”
“Farahin.”
“Ya, Encik?.” Langkahnya berhenti di depan pintu. Farahin jenguk ke arah Encik Naufal yang ralit merenung jam di tangan.
“Awak dengan Suraya tak breakfast eh tadi?.”
Farahin senyum malu. “Err, terlambat bangun tadi.”
Lelaki berkemeja kelabu itu sudah bergerak ke sinki. Mug kotor dilalukan di bawah curahan air paip. Kemudian digosoknya pula dengan span. Wah, pandai buat kerja dapur nampaknya! Sempat Farahin memuji.
Selesai membasuh mug barulah Encik Naufal datang mendekat dengan sebelah tangan sibuk mengeluarkan dompet.
“Nah.”
Sehelai not warna biru yang dihulur dipandangnya dengan pelik. “Untuk apa duit ni?.”
“Ajak Suraya pergi makan.”
Eh? “Oh…”
“Sekarang.”
Dan itulah kisahnya macam mana Farahin boleh tercongok seorang diri dekat kafe waktu orang lain tengah bertungkus-lumus buat kerja dekat atas nun.




~ I tried my best making it as long as I can, dear....... Oh, I miss my 'Naufal'.

12 comments:

  1. akak,tq so mch evn busy but still pst n3,smbg lg yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. harus aku buat anugerah apa eh tuk Mona ni? Hee...setia sungguh. TQVM, dear sis...

      Delete
  2. bestnya...cpt2 ler sambung

    ReplyDelete
  3. hmmm..mcm mana nak buat supay Naufal kapel dgn Suraya ni?...

    ReplyDelete
  4. naufal tu anak shah dgn ri ker? sajer tanya....

    --za--

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, malangnya bukan! Heee..tersama nama jer.

      Delete
  5. assalam... saya dah 'terjatuh chenta' la pulak kat citer nih... so, kena join team mona utk claim anugerah.... hati berdebar-debar, tak sabarrrr.. sambunglah lagi yer...

    ReplyDelete
  6. akak,sy snggh lg,nk bt cmna kn dh ada ms,plk tu sk sngt ngn ctr ni,akak amik lh ms untk smbg yer,x pa,sy tnggu,anugerah apa yg akak nk bg tu? Akak x pyh ssh2 la,juz smbg ctr ni dh ler,tp kn sy hrp sngt2 akak x ttp blog mcm dl yer,klau lmbt pn x pa,asai ada n3,trskn brkrya.......

    ReplyDelete
  7. salam akak,nk order naufal st blh dk? nxt n3 plssssssssssssssss

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts