Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Monday, February 1, 2010

Hampir-hampir dijerut!!!




Dijerut??? Apa rasanya dijerut? Sakit? Sedih? Takut? Marah? Semuanya aku dah rasa. even aku tak dijerut dengan tali tapi kesakitannya aku rasa dah lebih tinggi daripada Gunung Everest!!!!!
benci betul!!!! kalaulah boleh, pecah kepala orang tu aku nak hentak di dinding. mujurlah aku tak buat. marah2 pun, aku tak nak lah merengkok dalam penjara.
what's the real story actually?
hari ini my first day dekat sekolah, latihan mengajar untuk 3 bulan...aku tak sangka langsung aku akan berjumpa 'kepala sekolah'yang bodoh amat macam yang aku jumpa ni!!!!!!!!! benci! benci! benci!
dalam banyak-banyak kelas yang ada, dia offer aku year 2. for me, okaylah. I akan cuba tapi kelas tu ada 2. kelas A dan B. faham-faham ajelah macam mana bezanya. dia decided not to give the better class to me! aku dapat kelas B!!!!!!!!! kelas yang nakal + kurang minat belajar. aku tak masuk lagi tapi cikgu2 dekat situ semua surrender bila dengar nama kelas ni. habis tu aku yang tak ada pengalaman ni????????
aku betul-betul tersepit. ada 1 cikgu ni, berjuang untuk aku dapat kelas A. dia kata kesianlah kalau dapat the other one tu. memang teruk. masih ada yang tak reti baca. yang nakal, confirmlah.
pas tu, the 'ketua sekolah' came again and gaduh, marah this cikgu baik hati.

Ketua sekolah : Jangan nak terus-terus dapatkan kelas pandai aje. inilah namanya cabaran.

huh, pandai sangatlah cabarannya...cabaran apa yang kalau akhirnya jejaskan status aku cemerlang atau kepujian dalam ijazah nanti? s**t betul.

jangan ingat semua yang dapat cemerlang time latihan tu memang betul2 the best. ada banyak faktor lain boleh jadi sebab. kalau dah dapat kelas pandai, memanglah boleh dapat cemerlang.

ERRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR!!!!!!!!!!!!!!!!! menyampah tahap gaban!!!!!

sorry pada yang sudi membaca, I dah melalut sampai tunjuk sikap tak baik sebagai seorang bakal guru. apa pun, I cuma manusia biasa yang memang banyak kelemahan...

11 comments:

  1. 4 me.. betul kta kepala sekolah 2.. jd kn sebagai cbrn.. kita nk mengajar dgn niat nk mgubah pelajar ke lebih baik.. kalau semua ckgu nak prgi kls yg lbih baik keciannya la pelajar yang kurg pandai.. kdg2 mereka nakal cuma nak kita ambil berat kt mereka.. try ur best ek.. sy harap awk dtg mgajar bukn sbb nk krja ke or whatever la.. but awk dtg dengan niat mgajar... corakkan mereka dgn baik ek.. k.. gud luck.. sy pun cikgu gak..

    ReplyDelete
  2. to anonymous : Thanks nasihatnya ya...awak mesti dah kerja lama and banyak pengalaman kan......saya ni, entahlah, takut sebab saya ni tak pandai mengajar orang even saya guru ajar BM. saya rasa down sangat bila dah kena macam ni..aduh, mudah-mudahan Allah s.w.t sudi beri saya kekuatan untuk terus berkorban menjadi guru yang baik.

    ReplyDelete
  3. sabar saja....mengajar ni ibarat satu ibadah apalagi mengajar murid yg slow learners yg mencabar kesabaran kita..mungkin ia sedikit sebanyak akan menjejaskan pretasi tetapi di mata ALLAH anda adalah juara... dengan naiwaitu yg ikhlas untuk mendidik anak bangsa insyALLAH anda mampu melakukannya...BTW i'm a special needs tr..:)

    ReplyDelete
  4. Kak Tyea....kakak nk jdi cikgu kan? Kesian budak-budak tuh sbb sblm kakak cube kakak dh putus asa.
    Maybe mereka bkn da best at this time, tapi klu kakak as a cikgu berjaya tarik minat diorg n bentuk diorg elok2, maybe diorg blh jdi lgi baik dri kls 1. Seriously, u as a cikgu, semangatla skit yea.. Klu cikgu semangat n harapn byk kat ank murid, diorg akn berjaya insyaAllah. Gud luck for ur job. I hope u will try da best.

    ReplyDelete
  5. to anonymous : Insyaallah..akak akan cuba sedaya-upaya...mungkin ini yg terbaik untuk akak,kan...

    ReplyDelete
  6. cikgu...sabar yea..
    try cari pendekatan lain mcm mana nak mengubah budak2 nakal tu jd baik..
    budak sekolah rendah mmg mcm tu kak..nama pun anak2 kan..
    mcm sayalah kan, time ajar anak jgn guna suara yg tinggi or marah2..
    lembutkan suara n dorang akan ikut apa kata kita..
    wpun dihati tu rasa nak tercabut tahan marah..tp kena sabar ajelah..
    yg penting kaktyea sabar ekk..

    ReplyDelete
  7. wendy : saya dah masuk kelas ni, saya tahu kelembutan xkan berkesan punya..diorang kebanyakannya datang dari keluarga yang gitu2 gak. macam mana anaknya, gitulah ibu bapanya kan. budak2 ni kasar, x hormat orang, degil..uhuhuhu

    ReplyDelete
  8. Tyea, Allah mendatangkan dugaan dan cabaran hanya kepada mereka yang layak. Di sini juga kesabaran adalah amat penting. Dan setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Akak pasti Tyea yang bijak akan dapat mengatasi masalah yang sedang dihadapi.
    Rasanya dah banyak cerita kat TV yang menceritakan bagaimana seorang guru dapat mengatasi masalah pelajar yang rata-ratanya nakal. Allahyarham abang akak dulu punya pengalaman sebegitu. Dia bukan seorang guru tapi seorang akauntan, menjadi guru sementara di sebuah sekolah di luar bandar yang agak terkenal dengan kesamsengannya. Tekadnya membuahkan hasil. Dalam dua tiga bulan menjadi guru sandaran, antara pelajarnya yang bermasalah mendapat keputusan yang cemerlang di dalam SRP dan kemudian dapat memasuki sekolah bersarama penuh. Pelajar yang dulunya buta huruf, dapat melanjutkan pelajaran ke tingkatan 4. Tyea seorang penulis, rasanya amat tahu kepentingan empathy di sini dan bayangkan bagaimana cara untuk mendekati mereka. Setiap masalah pelajar mesti ada cara untuk ditangani. Fokus. Sesekali kat dalam kelas tu, why not bercerita. Bagaikan story teller... Kalau dah tension sangat, ingat aje pada cerita Pendekar Bujang Lapuk, bila ada masalah, katakan pada diri... cubaan... Sekiranya Tyea berjaya di sini, insyaAllah, respect dan hormat dari anak-anak murid dan juga cikgu-cikgu yang lain adalah milik Tyea... Chayok.... Good luck!!!

    ReplyDelete
  9. a..ah, betul apa kate Kak Mina tu..
    kalau akak berjaya mendidik budak2 tu dari yg sgt nakal kepada pendiam dan mendengar kata, bukan setakat cemerlang je akak dapat..terbilang, gemilang, ikan sembilang semua akak dapat..

    cayalah kak..jgn cepat mengalah sebelum akak tempuhi cabaran tu..kan akak dulu penah jd babysitter? ambil sdkt pengalaman tu..

    saya pasti akak boleh punyer..Good luck ye akak..

    ReplyDelete
  10. to kak mina :
    thanks sudi sampaikan nasihat...saya akan mencuba dan terus mencuba sampai saya berjaya..mudah-mudahan niat saya ni diredhaiNya..

    to Wendy :
    Akak hargai pandangan tu cuma manalah nak sama my nephew and niece tu dengan diorang ni...hahaha...my nephew and niece are still too young which means they will listen to whatever I saya...apapun, mungkin ada yang boleh diguna pakai kan? mana tahu?
    btw, a u sabahan?

    ReplyDelete
  11. Akak..
    kita jiran sebelah menyebelah jer..
    saya org Sarawak..tinggal di Miri..
    ok bah tu..

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts