Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Thursday, October 7, 2010

Mr & Mrs BFF 51

p/s penaja : Cik Tyea tak ke kuliah hari ni. Kelas kitorang kena suruh g majlis perasmian pembukaan Bulan Bahasa kat DBP and I tak suka semua tu. so, I pontenglah. la ni tengah melayan anak2 buah yg tak henti2 bercakap...layan jelah..

Langkahnya mati di hadapan pintu biliknya sendiri. Perlahan-lahan dia melangkah menuju ke katil. Sejak kebelakangan ini, dia merasakan dirinya seperti tidak berada di alam nyata.

“Bos, dah dua hari saya letak borang tu depan bos tapi bos tak sign pun.” Itu luahan penuh kehairanan Aisyah bila dia meminta borang pengeluaran item berkali-kali.

“Eh?.”

“Takkan saya nak menipu, bos. Cuba tengok baik-baik.” Arahnya pula.

Khusyairi menurut. Beberapa fail yang bersusun tinggi di atas meja dia alihkan pantas. Dia sudah lupa bagaimana rupanya meja kerjanya sebelum ini. Dia cuma tahu ianya kemas atau setidak-tidaknya tidaklah seperti kini. Beberapa kali menolak itu ini ke tepi barulah dia bertemu borang yang diperlukan.

“See?.”

Dia menepuk dahi. “Aku lupa kot.”

Lama pandangan Aisyah singgah ke wajahnya. Dahinya berkerut sebentar. “Are you sure you are okay?.”

Okey? Khusyairi menggeleng kepalanya berkali-kali. Okeykah dia saat ini? Entahlah. Kepalanya berpusing tidak henti berfikir. Perkara kecil pun seperti waktu membasuh kereta pun boleh membuat kepalanya pening.

Dia tidak tahu mengapa.

Kerana Nuraina?

Gadis yang itu memang sudah sediakala memeningkan kepala. Hampir sepanjang hari datang duduk menghadapnya di pejabat. Berceloteh itu ini dengan gayanya yang pelbagai. Merengek mahu itu. Minta ditemankan membeli-belah, ke spa, ke salun. Macam-macam.

Nuraina menyerabutkan fikirannya sejak saat pertama mereka diperkenalkan. Sejak Datuk Rahman mengarahkannya secara tidak rasmi menemani anaknya. Sejak itu dia sudah mula pening.

“You ni, I nak beli baju lagi ni. Minggu depan I nak pergi dinner dengan my friends.” Rengekan pertama Nuraina bila dia merayu agar mereka pulang saja selepas sudah lebih lima jam berlegar-legar di pusat membeli-belah.

“Please, I dah letih sangat. Esok I nak kerja.”

“Tak payah masuk officelah. You bos. Suka hati you lah kalau tak nak masuk.” Itu pula bentakan keras Nuraina.

Kalaulah Nurainah bukan anak kesayangan Datuk Rahman, memang saat itu juga kepala Nurainah jatuh menghempap lantai. Biar dia sedar sedikit dengan apa sahaja yang dia perkatakan.

Dia tahu kedudukannya sebagai ketua syarikatnya di sini. Tapi itu bukan sikapnya. Bukan caranya menggunakan peluang-peluang seperti itu untuk memudahkan diri sendiri. dia tidak diajar begitu oleh ayah dan emaknya.

Oh Tuhan…Nurainah…Nurainah..

Mengapa Nurainah tidak seperti Amishah?

Amishah yang tidak pernah membentak-bentak sekiranya kemahuannya tidak dapat dipenuhi dan paling dia suka tentang Amishah, dia tidak suka keluar shopping!!

“Kau tak nak keluar shopping cari baju baru ke, shah?.” Soalnya saat mereka masih di bangku sekolah. Dua hari lagi hari raya tetapi Amishah selamba saja duduk bergoyang kaki di atas pangkin membaca majalah.

“Buat pening kepala aje. Biar mak dan abah aje yang belikan.”

“Hah? Mak cik beli sesuai ke dengan taste kau? Nanti dia belikan baju ala mak-mak macam mana?.”

Amishah ketawa mendengar bicara Khusyairi hingga berdekah-dekah. Majalah di tangannya tadi tiba-tiba sahaja sudah menampar belakang badannya. “Kau ni, mengata mak ye? Nanti aku cakap dengan mak.”

“Eh, iyelah. Tak ke betul aku cakap? Selera orang tua ni tak sama dengan orang muda. Apalagi macam kita ni. Sebab aku pernah kirim baju dengan ayah, boleh pula dia belikan aku baju kemeja kotak-kotak yang serupa habis dengan baju dia ke kebun.”

Ketawa Amishah semakin menjadi-jadi. “Jahatnya kau ya. Berterima kasihlah ayah kau dah belikan. Buatnya dia suruh kau bayar balik.”

“Ayah tak macam itulah.”

“Aku tak kisah pun kalau mak belikan aku baju ala-ala mak. Asalkan mak beli, maksudnya okeylah tu.” Sahutnya dalam sisa ketawa yang masih tidak mahu berhenti.

Amishah…kenapa kau juga yang aku ingatkan saat ini?

5 comments:

  1. np syairi x nk trus trg ea..? np nk trus tipu yg die tuh pnh jd laki owang..x phm la owang laki nih..!

    ReplyDelete
  2. sebab ko 'bijak' sgt pegi cerai kn amishah. haaa.. padan muka!! gedik nye kusyairi.

    ReplyDelete
  3. napa lah kusyairi ni ego sangat? perkara kecil je dah brcerai...tak suka kusyairi gan nurainah....
    dah kawin p tak mengaku, napelah ada laki2 mcm nie...

    ReplyDelete
  4. eeeee...
    dah lme x catch up nvel2 kt cni..
    bila dah bca gram lah plak.
    asal hbngan misya ngan kusyairi jdik cam nie?????
    npe lah nuraina 2 xabis-abis mnyibuk???
    gram lah plak ngan minah srang 2.
    bilalah syairi ngan misyah nak baik ek???
    *sory tyea...terover sudah....hihihiii

    p/s:pe2 pn hope enovel nie de kesudahan yg baik.
    gud job tyea...
    try the best....=)

    ReplyDelete
  5. nurhakim...xpe...cakap aje,saya layan..hehe..ye,lama dah x nampak bayang awak kat rumah saya ni,kan?apapun, thanks..

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts