Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Thursday, October 14, 2010

Mr & Mrs BFF 52

Amishah dan Najihah bergandingan menuju ke kantin. Amishah tidak mengambil masa yang lama untuk mendapatkan mee kari yang digemarinya sejak kebelakangan ini. Dia kembali duduk di tempat duduk yang disediakan.
“Eh, asyik makan benda yang sama aje kau ni.” Najihah menjengukkan kepala memandang ke arah mangkuk di hadapan Amishah. “Tak bosan ke?.”
“Tak makan kalau bosan. Sebab tak bosanlah aku makan ni, Jie. Sesuai betul dengan selera aku. Pandai Mak wok masakkan.”
Najihah terasa mahu ketawa. Sudah dua minggu Amishah tidak pernah memesan makanan lain selain mee kari. Kalau hendak dikatakan masakan mak wok yang menyebabkan Amishah suka sangat memakan mee kari, di tempat lain pun mee kari juga yang jadi habuannya.
“Aku pelik betullah, shah.” Dia masih belum memulakan suapan. Kehairanannya pada sikap Amishah lebih menarik perhatian.
“Nak pelikkan apa? Nanti kalau aku puasa sunat memanjang sampai berminggu-minggu, kau kata pelik juga. Ini aku dah makan, okeylah.”
“Bukan sebab tu. Kalau kau puasa sunat, apa yang nak dipelikkan.”
“Habis tu?.”
“Cuba kau bangun kejap.”
Dua kening Amishah bercantum satu memandang Najihah. “Sampai nak kena berdiri bagai? Kau ni yang buat aku hairan.”
Dua orang sahabat itu saling merenung sesama sendiri dan beberapa saat begitu, Amishah akhirnya bangun juga selepas memastikan bibirnya sudah bersih dilap dengan tisu. Najihah yang pelik baginya sekarang, bukan dirinya.
“Hah, apanya yang pelik, cikgu?.” Tukasnya melirik Najihah dengan hujung mata. Mujur saja tiada guru lain yang makan sama di sini saat ini.
Najihah melurut pandang atas ke bawah. “Ermmm….kalau aku cakap, kau kena janji yang kau takkan marah. Okey?.”
“Cik adik sayang, kau suruh aku sampai berdiri ni pun dah buat aku rasa nak marah tau. Jadi alang-alang dah marah, teruskan ajelah. Cakap aje. Aku dah tak kisah lagi dah.”
Senyumannya meleret antara rasa bersalah dan keinginan mahu berterus-terang. Tetapi mengenali sifat Amishah, dia tahu Amishah bukannya jenis yang mudah marah atau melenting. Dia lebih banyak berdiam diri selepas menerima kata-kata atau perbuatan menyakitkan hatinya.
“Hah, cakaplah. Takkan nak suruh aku berdiri sampai berjam lamanya kot. Aku tak tahan ni.” Sejak kandungannya semakin membesar, memang dia semakin tidak mampu berdiri lebih lama. Di dalam kelas pun dia akan duduk semasa murid-murid melakukan kerja sendiri.
“Err…sebenarnya, aku rasa kau badan kau dah mula naiklah, shah.” Jelasnya perlahan cuma dengan riak risaunya.
Amishah mencerlung memandang Najihah buat seketika. Melihat reaksi gelabah sahabatnya itu, akhirnya dia melepaskan ketawa. Najihah terkebil-kebil tidak mengerti memandangnya.
“Salah ke aku cakap?.” dia bertanya risau.
Namun soalannya terbiar begitu saja. Amishah terlebih dahulu melabuh punggung ke kerusi. Semakin lama dia berdiri, semakin perit rasanya. Perutnya terasa senak semacam. Dan kesakitan itu mengingatkannya akan temu janjinya di klinik kesihatan. Monthly check-up nya sudah terlewat beberapa hari. Dia asyik lupa.
Sesudu demi sesudu kuah pekat mee kari disuapnya penuh nikmat. Terus membiarkan Najihah berteka-teki sendiri.
“Shah?.”
Tangannya dilambai-lambai di hadapan Amishah namun dia sedikit pun tidak merasa terganggu malah dengan penuh berselera meneruskan suapan.
“Kau pregnant ye?.”
Suapannya semerta terhenti bila dia tiba-tiba terbatuk. Tangannya mula menggagau mahu mencapai air suam di dalam gelas. Najihah lekas membantu. Dihulurnya tangan menggosok belakang Amishah.


p/s :sorry,pendek ye??huhu..aku dah usaha dan nampaknya takat ni dulu untuk episod ni yer. Jangan marah.. (^_^)....

5 comments:

  1. sian kt mishah....np syairi bodo sgt..eiii geramnyeeerr..!!

    ReplyDelete
  2. mana syairi...???? napa tak hubungi mishah,
    ego betuilah laki-laki tu...!!!!!!

    ReplyDelete
  3. Tyea..aku tak tahulah apa mslh dgn internet ni..sama ada internet aku ni tak betul atau blog tyea yang ada mslh..
    bukan apa,sbb aku tak boleh nak view chatbox dan pingbox tu..tension betul la aku tyea...

    ReplyDelete
  4. wendy : aku pun dah naik hangin dengan blog ni..memanjang ada prob..la ni aku pun x leh view semua tu malah dah pindah ke belah kiri lak...menyampah aku..huhu

    ReplyDelete
  5. Aku lagilah menyampah Tyea..tak dapat aku nak ketawa baca lawak kau..hahahaha

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts