Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Tuesday, November 30, 2010

Mr & Mrs BFF 63

Aku tak kisah langsung u all kata cite ni dragging, melarat.....mendatar bagai bab aku taw memang itulah kebenarannya..hihihi...selagi u all nampak I kata hihihihi...itu tanda aku langsung tak marah....


"Mishah". Haji Rusdi bingkas menegur. Amishah tiba-tiba muncul dengan muka yang tidak dapat ditebak apa perasaannya. Mungkin dari mula Khusyairi bercakap tadi, Amishah sudah memasang telinga.
"Betul,abah. Mishah memang tak perlukan dia lagi. Gaji Mishah cukup untuk besarkan anak Mishah ni. Sampai dia besar."
Duduk Khusyairi terasa semakin tidak selesa. Apa yang dia harapkan kini cuma pengaruh Haji Rusdi melembutkan hati Amishah. Dia sudah sedar kesilapannya yang lalu. Dia cuba mencari kesalahan Amishah sedang kesalahannya sendiri lebih besar lagi.
"Mishah, cuba duduk dulu. Kita bincangkan elok-elok." Pujuk orang tua itu.
"Dah tak ada apa yang nak dibincangkan lagi. Mishah bukan isteri dia lagi." Apa gunanya Khusyairi datang sekarang hendak bertanggungjawab sedangkan gara-gara anak kecil di dalam kandungannnya inilah Khusyairi nekad berpisah. Jadi adakah itu memberi apa-apa gambaran yang anak ini akan dikasihi papanya nanti?
"Shah." Dia cuba bangun melihat kerlingan mata Haji Rusdi. Matanya bertaut pandang dengan mata sembab Amishah. Mungkin dia baru habis menangis. "Abang datang elok-elok nak bincang dengan Mishah. Kita masih boleh rujukkan? Iddah Mishah belum habis kan?."
Mereka berpisah baru sebulan. Dia masih punya peluang untuk bersatu dengan Amishah sekiranya wanita kesayangannya ini terbuka hati.
Haji Rusdi turut mengangguk mengiyakan kebenaran kata-kata bekas menantunya yang kelihatan sedikit susut tubuhnya. Mungkin benar Khusyairi masih cintakan Amishah cuma yang lepas itu dia terkhilaf. Lagipun siapa perempuan yang datang mengunjungi Khusyairi dan nampak begitu mesra semasa di hospital dulu pun mereka belum tanya. Mungkin cuma kawannya.
Dan kemarahan Khusyairi tentang sikap Amishah mendiamkan kehadiran bayi dalam kandungannya itu, ada benarnya. Dia faham pendirian dan ego lelaki. Apalagi yang muda dan mentah macam Khusyairi.
"Abah beri peluang kamu berdua duduk berbincang elok-elok di sini. Abah tunggu di dapur." Putusnya memandang kepada Khusyairi dan kemudian Amishah.



"Mishah." Khusyairi memecah kesepian antara mereka. Cuma deru kipas angin di siling yang kedengaran sejak tadi. Sudah lebih dua puluh minit dia duduk, Amishah masih membeku di hadapan biliknya. Enggan duduk.
"Duduklah. Mishah kan mengandung."
"Tak payah. Saya keluar ni pun dah cukup baik." Dalam hati, dia sungguh-sungguh mahu duduk. Kakinya sudah mula lenguh tapi hatinya menolak untuk duduk menghadap muka Khusyairi yang setengah hatinya kata menyakitkan hati sedang setengah hatinya yang lain kata dia rindu.
Dia sebenarnya masih terkejut. Khalisah tidak pula memberitahunya apa-apa tentang kepulangan Khusyairi. Sedar-sedar saja, hatinya berdebar hebat tatkala mendengar suara seseorang di halaman tadi. Dia kenal suara yang satu itu.
"Mishah...abang..."
Jelingan Amishah cepat memintas. "Jangan berabang-abang boleh tak? Kita bukannya suami isteri, bukan juga adik beradik so please stop it."
"Mishah.."
"Kalau nak cakap, cakap ajelah."
"Abang...err...saya..." Aduh, terasa janggalnya hendak bersaya-awak dengan Amishah. Lainlah dulu, mereka berkawan jadi bolehlah mereka beraku-engkau. "Boleh tak benarkan abang bahasakan diri abang? Abang tak biasa."
"Tak biasa? Aku okey aje."
Degup jantungnya menjadi perlahan tiba-tiba. Aku? Oh, marah dan benci nampaknya sudah bersatu dalam diri Amishah. Ada lagikah peluangnya untuk merujuk semula?
"Please, Shah. Abang datang ni pertama sekali nak minta maaf. Abang tahu silap abang. Kita berbaik semula?."
"Semudah itu?."
"Okey." Khusyairi meletak kedua belah tangannya ke bahu Amishah. Amishah cuba menepis namun dia berkeras sehinggalah Amishah melabuh punggung ke sofa. "Memang abang bodoh sebab lepaskan Mishah. Abang silap dan abang ikut sangat perasaan abang. Tapi sekarang abang dah sedar. Abang masih cintakan sayang."
Dengus Amishah perlahan kedengaran. Tadi berabang sekarang bersayang? Mulut lelaki banyak yang tak jujur. Terlebih letak gula sampai manisnya melebih-lebih..sampai boleh membunuh.
"Masih cinta?."
"Ya, yang. Abang masih dan akan tetap cintakan sayang. Kita rujuk?."






p/s penaja : Aku dah cuba nak selesaikan konflik diorang dua ni. Korang boleh nampak tak perubahan +ve? Tak lama lagi, insyaallah cite ni akan tamat. Hihihi...kita sama-sama suka kan? U all suka bab dah tak perlu nyampah tunggu n3 n baca n3 yg tah apa2...aku suka bab x perlu fikir2 lagi dah......

10 comments:

  1. yea kTyea...tenkiu tenkiu tenkiu...suker sangat2 nee ;)

    ReplyDelete
  2. meleret tak ape..asal lastly depa berdua ni berbaik balik..huhuhu

    *first time i comment u!..

    ReplyDelete
  3. alaa.. Tyea cakap macam merajuk je..jgnlah macam tu citer ni best apa cuma kekadang nk n3 baru lama jugalah tunggu. kesian juga dgn Kushairi ye...Mishah masih lagi terasa hati dgn perbuatan bekas suaminya. Masih ada lagi ke peluang utk mereka berbaik semula?

    ReplyDelete
  4. suka2 sbb citer ni ke arah yg +ve... hehehe.. sila la smbg lg... makin suspense ni...

    ReplyDelete
  5. positif pulak...bestnya...

    ReplyDelete
  6. K.Tyea... ternampak latest entry... x sabor nak tahu citer seterusnya...

    ok, dah ada perubahan +ve... hopefully jgnlah ending cepat sangat...walaupun slow moving sbb kekeringan idea, tapi ramai yg ternanti2 citer ni...

    jgn give up... tulis yg betul2 dtg dr hati k.tyea.. kiter suker citer ni.. so, tulis betul betul cikgu :-) chayok 3x!

    ReplyDelete
  7. Hihihihihihihihihhihihihihihi smpi pengsan....aku x majuk, apalagi marah...I layan jer..hihi...

    ReplyDelete
  8. ~biar semua jelas. itu yg penting.
    khusyairi kna jalas kan ape yg perli shah tau...so that.. teruskan akak..
    x sabar nk tau semua.. hik.~~

    ReplyDelete
  9. saja je mishah nak dera khusyairi tu...... suka2 aje lepaskan talak, skrg ni........... tu la kan, perangai orang lelaki, ...... apapun, best!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  10. khusyairi lps talak sbb fikir misha xsuka dia, sll lari dr dia. Bila dia tnya napa kat misha, misha senyap ja. lps tu rahsia sal baby. dia rs diri dia xpenting bg misha. tu yg jd gitu. sharusnya ada benda2 miss understanding tnya la dulu. ni baik misha khusyairi xtnya pun. huhuhu...

    apapun, hope misha terima khusyairi back.
    he love u n u also love him rght???

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts