Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Saturday, December 25, 2010

Susun Silang Kata 3

Disebabkan Amirah Auliya, aku menjejakkan kaki ke pusat latihan memandu ADC ini hari ini. Bersama umi yang dengan berbesar hati sudi menjadi peneman.

Selepas melunaskan bayaran pendaftaran menggunakan sejumlah wang daripada papa, kami berdua terus saja pulang ke rumah. Tidak larat rasanya aku hendak bersetuju mengikut umi ke pasar basah.

Sebagai denda, aku diminta berjalan kaki sendiri menapak ke kedai runcit Hj Sameon berhampiran simpang masuk ke taman perumahan kami. Tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana kawasan yang sentiasa sibuk dan aku dikenali oleh teman-teman umi yang duduk berhampiran.

Mendapatkan setengah kilo kelapa parut, tepung gandum, gula melaka dan sekilo daging ayam, aku tidak berlengah terus pulang. Cuaca agak panas menyebabkan aku tidak punya sebarang sebab hendak berlama-lamaan di sini.

Beberapa meter hampir sampai ke rumah, tanpa ku duga sama sekali sebuah kereta Toyota Rush tiba-tiba sahaja mendecit laju melanggar lopak air yang cuba ku elak. Tidak sempat aku hendak menjauh, percikan air hujan tersebut sudah singgah meresap ke pakaianku.

“Heiii……” aku cuba menjerit sekuat hati namun itu bukanlah yang dididik oleh papa atau umi. Kemarahanku hanya berbekas di hati.

Kesilapannya memandu laju hingga terlanggar lopak tersebut bisa aku maafkan, mungkin saja dia mahu lekas sampai tetapi kesilapannya yang paling menyakitkan hati adalah dia sama sekali tidak berhenti untuk meminta maaf.

Dia memang biadab!

Ish, kalaulah aku boleh mendapatkannya..mahu saja aku memarahinya sepuas hati. Biar dia sedar apa yang telah dia lakukan itu adalah salah seratus peratus. Mengapalah masih wujud manusia sepertinya di dunia ini?

“Eh?.”

Pandanganku tertuju terus ke laman rumah sebelah. Di garajnya. Bukankah itu kereta yang melanggar lopak air tadi?

Beberapa minggu berikutnya, aku tidak lagi menjadi peneman setia atau sebenarnya penunggu rumah. Hari sabtu lepas, aku sudah selesai mengikuti kursus selama enam jam dan diikuti ujian berkomputer baru-baru ini. Semuanya diuruskan papa dan umi. Hinggakan ke pusat pemanduan pun aku dihantar dan diambil.

Hari ini pula aku mengikuti bengkel selepas lulus ujian berkomputer. Dua hari dua malam aku berkepit dengan buku panduan, menghafal apa yang perlu. Mujurlah berbaloi usahaku.

“Abang suka tengok Nur. Rajin belajar.” Puji Luqman semasa dia menelefonku. Dua kali aku terlepas panggilannya gara-gara terlalu khusyuk menghafal tanda jalan.

“Nak lulus kenalah rajin, abang.” lagipun mungkin disebabkan mood belajar masih belum lama aku tinggalkan sejak peperiksaan SPM lalu maka aku masih mampu bertahan menghadap buku.

“Begitulah yang terbaik. Nanti sayang boleh jadi contoh yang baik.”

“Contoh kepada siapa?.”

“Anak-anak kita.”

Dan di hujung kata-katanya, aku pula terlepas gelak tanpa sengaja. mendengar dia berdehem menegur, aku lekas-lekas berhenti.

Luqman yang pertama menjentik perasaan suka dalam diriku pada lelaki…walau selepas mengenalinya ada juga kumbang yang datang mendekat, setiaku cuma padanya. Ah..jauh benar dia mengharapkan perhubungan kami ini akan berakhir dengan kesudahan yang membahagiakan.

“Kenapa gelak? Tak pernah terfikir ke?.” soalnya sedikit aneh.

Tak pernah terfikir? Mungkin sebab aku terlalu jauh muda daripadanya jadi pemikiran kami memang tidak seiring. Saat dia sudah memikirkan soal masa depan kami, aku masih memikirkan pelajaranku.

“Bukan tak pernah terfikir cuma…”

Dia berdehem seketika. “Malu nak fikirkan?.”

“Erm..mungkin.” tiada jawapan lain yang lebih sesuai. Aku kira lebih baik menipu daripada nanti melukakan hatinya pula.

Setakat ini apa yang mampu aku fikirkan untuk perhubungan kami hanyalah kekal sehingga aku si gadis yang baru berumur 17 tahun tetapi sudah selesai mengambil peperiksaan SPM ini berjaya beroleh ijazah.

Apa yang akan berlaku selepas itu, masih belum menjangkau pemikiran. Mungkin sekali dua aku pernah termimpi-mimpi kami berdua disatukan tetapi belum sampai kepada pemilikan anak.

“Nur, nanti abang nak kita berbincang lagi soal ni ya.”

“Tentang anak?.” Aku belum bersedia lagi mahu bergelar mama.

“Bukanlah, sayang.” Balasnya bersama iringan ketawa kecil yang begitu sopan. Dia anak pegawai agama, dia dididik cukup sempurna menjadi lelaki yang berhemah.

“Habis tu, abang nak bincangkan apa?.”

Letih berbaring, aku duduk menyandarkan tubuh ke kepala katil. Tingkap yang terbuka luas membolehkan aku memandang ke sekeliling. Sehingga mataku tertangkap sekujur tubuh berdiri di balkoni rumah sebelah, juga sedang menekap telefon ke telinga, aku bergegas bangun menutupnya.

Si sombong itu lagi!

“Sayang, kita berkawan dah lama. Sayang tak pernah terfikir apa-apa ke? untuk kita berdua?.” Suara Luqman menghapus amarahku pada si sombong rumah sebelah.

“Maksud abang?.”

“Tak terfikir?.” Soalan yang aku tanya, soalan juga yang aku dapat.

Err…apa yang hendak ku jawab ya? Aku belum memikirkan apa-apa kerana aku masih belum bekerja? Begitu? Atau aku sebenarnya pernah terfikir akan kesudahan perhubungan ini tapi belum bersedia menuju ke arah itu?

“Abang, Nur pernah fikirkan semua ni cuma..”

Keluhannya kedengaran lemah sekali. Kecewakah dia? “Tak apalah. Abang faham. Kalau macam tu, nanti-nanti kita berbincang lagi ya.”

“Abang terasa hati ya?.”

Tekaanku disambutnya dengan ketawa seolah-olah apa yang aku katakan sebentar tadi lucu baginya. “Nak terasa apa pula? dengan sayang, abang cuma rasa gembira. Itu aje. Tak mungkin abang nak terasa hati dengan Nur.”

Ah, dia memang lelaki yang sempurna untuk dijadikan suami! Dia sudah siap semuanya. Agamanya terpelihara. Adab sopannya ada. Pekerjaannya sudah sedia. Jadi aku saja yang tidak cukup bersedia menempatkannya dalam gulungan masa depanku.

“Terima kasih, abang.”


p/s : ttg bff tu, yg request aku wat special n3, huhu..aku lum ada idea sekarang ni..nanti k? tp x janji tau..aku akan cuba....anyway, tq banyak2 pada yg sudi mengikuti cite tu sampai abes...n yg bagi support...aku syg korang!!!

2 comments:

  1. Pernah melihat TTSKK = Teka Teki Silang Kata Kelopak?!
    http://www.typophile.com/node/51401
    http://powerwordpuzzles.com/sunbursts/
    http://typophile.com/files/Krosslang.pdf
    http://typophile.com/files/Key-Whls.pdf
    http://typophile.com/files/16-petals.pdf
    http://typophile.com/files/K-flower.pdf
    -
    Melompat Lebih Tinggi + Semoga Berjaya

    ReplyDelete
  2. Hai Tyea...kenapa sini hanya n3 yg
    ke3 saja tapi di p2u dh n3 yg ke11,
    memang nk hntar ke p2u je ke?

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts