Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Monday, January 21, 2013

JaNgan seNtuH haTiku 3



3
“Bos ada lagi tak kat dalam?.” Kotak di tangan diletak ke atas meja. Dia memandang Farahin yang sama sibuk dengan orang lain berkemas hendak pulang.
“Dah balik. Tadi lagi sebelum kau sampai dia dah balik.”
“Oh..” awalnya. Tak ada pula Naufal beritahu apa-apa pada dia tadi. Agaknya dia ada meeting dengan orang mana-mana lah tu.
Samsung hitam yang masih terpasang dia kerling sebentar. Kalau mood rajin, boleh saja dia siapkan dulu report sebelum pulang. Tapi dah dia mendengar khabar buruk, habis bersepai mood rajinnya entah ke mana.
Dia lekas mencari butang start, turn off, beberapa saat menunggu, skrin jadi gelap semula. Nak baliklah!
“Kau bawa apa tu?.”
Farahin yang terjengul di tepi meja dipandang sekejap. Tote bag di dalam laci dikeluarkan pantas. “Tak ada apa. Benda untuk bos.”
“Siapa kasi?.”
“Bapa dia.”
“Oh…”
Tote bag dan botol air yang sudah kosong dijinjit di tangan kanan. Selepas memastikan semua suis sudah ditutup, Suraya bergerak ke pintu kaca di sebelah mejanya. Tombol pintu dipulas. Okey, locked.
Farahin masih terus memerhati. Kotak tadi diturunkan ke bawah meja oleh Suraya, diletak elok-elok di tepi sebelah kanan.
Suraya memang! Kalau hal bos, dia akan beri extra care. Memang wajar Datuk Muaz membayar gaji untuk pekerja macam dia.
Melihat Suraya sudah berpuas hati dengan urusannya, Farahin mengangkat beg lalu disangkut ke bahu. “Dah, jom gerak.”
“Hurmm..” Langkah Farahin diturut dari belakang. Sempat lagi matanya mengerling kotak di bawah meja itu sebelum menutup pintu pejabat. Rasa pahit hempedu di dalam perut serasa macam dah naik sampai ke kerongkong. Nak bercakap pun dia tak larat.
Sampai saja di lobi, Suraya tiba-tiba berhenti melangkah. Kalau bukan sebab Farahin memang jenis jalan penuh berhemah, mahu terhimpit perutnya pada belakang Suraya.
“Eh, kau kenapa ni?.” Soalnya.
“Kau nak terus balik rumah ke ni?.”
“Kenapa?.”
“Tak lapar?.”
Farahin sudah mula mengerut dahi. Ini apa kes pula soalan asyik berbalas soalan ni? Suraya tengah main game Super Spontan ke apa?
“Hah?.”
Sengih Suraya jadi lebar pula. “Nak aku belanja tak?.”
“Tiba-tiba aje?.” Pelik.
“Nak ke tak nak?.”
Fail nipis yang dijinjit di tangan segera ditepuk ke lengan Suraya. Geram pula dia. Sejak dua menjak ini, kawan baik dia yang seorang ini makin lama makin pelik. Jangan cakap Suraya tengah buang tabiat. Nauzubillah. Dia sayang sungguh dekat Suraya ini.
“Dah..dah. Tak payah fikir lama-lama. Aku belanja kau makan cheese cake dekat Secret Recipe. Jom.” Belum sempat dia membalas, tangannya sudah ditarik Suraya menuju Proton Saga warna putih susu itu.




Suasana di tingkat atas restoran Secret Recipe sunyi sepi. Pun yang datang cuma dua tiga orang saja.
Farahin faham sangat. Tengah bulan ni. Poket orang ramai tengah nipis jadi susahlah hendak nampak orang bersedekah baki duit gaji yang macam dah semput tu dekat restoran mahal macam ini.
Tapi gadis yang sedang duduk diam di depannya ini, Farahin surrender. Sumpah dia tak faham.
“Macam tak percayalah, Su.”
Suraya mengangkat muka. Senyum segaris kemudian diam semula. Matanya melilau keliling restoran. Sunyi. Pelayan restoran pun boleh santai saja di kaunter.
“This is not you.”
Suraya sengih lagi. “Sekali sekala okeylah.”
“Still tak faham.” Dia bukan nak pertikaikan kemampuan Suraya cuma iyelah. Dia kenal Suraya dah lama. Kedudukan dan gaji mereka pun tak jauh beza. Dia tengah berjimat-cermat-ala-ala-nak-jadi-kedekut sekarang ni, Suraya boleh selamba mengajak dia makan kek dekat sini.
Pula tu bukan satu dua slice. Lancar saja lidahnya menyebut white choc macadamia, pecan butterscotch, chocolate indulgence, hazel cheese, oreo cheese.
Itu nasib baik Farahin tunjuk muka pelik di depan pelayan, kalau tidak mahu sepuluh jenis kek agaknya yang Suraya hendak beli. Sah, fikiran tengah merayau entah ke mana waktu bercakap tu.
Seorang pelayan berbaju hitam datang membawa dulang. “Here’s your order, miss.”
Farahin pandang saja reaksi Suraya waktu lima jenis kek dan dua jenis minuman itu disusun di atas meja. Nak kata muka orang-menyesal-tersalah-order pun tak. Nak kata muka teruja-gila-plus-lapar-dan-teringin pun tak.
“So, mum to be nak cheese cake kan?.”
Farahin sekadar angkat bahu. Mixed fruits yogurt shake di depan dicapai. Dua tiga kali dia memusing straw sebelum mula menghirup sedikit. Sedap!
“Orang dah belanja, aku makan aje. Even kalau kau suruh aku tengok kau makan semua pun aku tak kisah. Yogurt shake ni dah besar nikmat dah.” Sempat dia mengusik. Betullah kan, orang tahu malu macam dia, tak mahu demand sangat. Orang bagi, ambil. Tak bagi, diam.
Oreo cheese, hazel cheese dan chocolate indulgence ditolak ke arah Farahin. Tinggal pecan butterscotch dan white choc macadamia untuknya.
Garfu sudah singgah ke atas oreo cheese cake. Tiga empat kali menyuap, selamat sudah sepotong kek di dalam perut. Chocolate indulgence disudu sikit selepas dia membasahkan tekak sekali lagi. Sedap saja dia makan sampai terlupa Suraya masih menopang dagu langsung tak makan.
“Eh, dah order banyak-banyak, kenapa tak makan ni?.”
“Tak apa. You go ahead. Aku rasa macam tak selera pula.”
Tak selera? Mahu terbatuk Farahin mendengar. “Dah bayar mahal-mahal, kau boleh kata tak ada selera? Kek tu macam mana? Jangan suruh aku habiskan. Aku dah rasa macam kenyang dah ni.”
“Then, tinggal ajelah.”
“Tinggal? You must be out of your mind, Su. Dah, nanti suruh budak tu bungkus. Bawa balik.”
“Malaslah. Aku kalau dah hilang selera, tak nak lah tu. Kau ajelah bawa balik.” Selamba Suraya menuturkan. Sedang Farahin rasa macam sudah hendak terjatuh rahang. Sejak bila Suraya jadi orang kaya yang suka-suka hati berbelanja dan membazir ni?



~ Aku takkan bagi apa2 excuse kenapa aku menyepi lagi macam yang aku buat sebelum2 ni. I'll post when I want to do so. Macam cerita2 mengarut sebelum ni, asal lambat post aje, berderet alasan bagi. Huhu. Macam bodo2 jek kan? ~

1 comment:

cakap aje..saya layan..

Popular Posts