Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Wednesday, January 16, 2013

JAnGan SeNtuh HaTiKu



1
Baju kurung bunga halus jenis kapas yang terkedut di sana-sini dibetulkan di depan cermin. Walaupun dia cuma buat perkara sia-sia. Tangannya bukan panas macam seterika yang boleh buat kain kusut jadi licin pun.
Suraya senyum senget memandang dirinya sendiri pada cermin besar di depan mata. Yakin yang kedut baju kurungnya sudah tak seteruk tadi, kakinya terus dibawa melangkah meninggalkan tandas.
Dia baru hendak mengangkat pandang selepas menutup pintu tandas apabila matanya tiba-tiba tertangkap kelibat seseorang sedang berdiri di tempat mengambil wudhu untuk lelaki.
Di situ, ‘dia’ sedang hendak membawa air yang penuh di tapak tangan ke muka. Lengan bajunya berlipat melebihi paras siku. Hujung seluar pula berlipat hingga ke betis. Suraya terkebil-kebil memandang. Tapi bukan betis itu yang jadi perkara pokok.
Air yang jatuh menitis itu!
Suraya terkaku sebelum cepat-cepat menekup telapak tangan kanan ke dada. Eh, mana jantung aku?


Kalau mana-mana orang nak bertanya, bagaimana mulanya Nur Suraya boleh terjatuh cinta, itulah kisahnya.
Dia terjatuh cinta saat itu juga. Saat dia melihat lelaki itu membasahkan muka dengan air wudhu hinggalah ‘dia’ menadah tangan membaca doa selepas wudhu. Suraya masih di situ dengan jantung yang sudah jatuh terjelepok di perut, kepalanya yang tiba-tiba sesak dengan bunga daisi wangi lagi berwarna-warni dan awan gelap di luar masjid nampak indah dipenuhi pelangi.
Kalau bukan disebabkan bunyi guruh yang tiba-tiba muncul, mahunya memang Suraya akan tertangkap dek jemaah masjid sedang enak merenung anak teruna orang dengan muka merah padam.
Suraya lajukan lagi langkahnya melintas kawasan tempat wudhu lelaki itu walau kaki terasa macam melekat di lantai. Dia bergegas mendapatkan Honda Jazz warna putih di tepi jalan.
“Eh, bukan sekarang tengah mendung nak hujan ke?.” Farahin mengerling dengan pandangan gaya pelik. Majalah inTrend di tangan diletak ke seat belakang.
“Haah lah. Mendung.”
“Dah tu, kenapa aku rasa macam ada orang tu muka dia merah sangat-sangat?.”
Tisu Premier di atas dashboard dicapai kelam-kabut. Sampai dua helai dia tarik keluar tapi akhirnya tak juga dipakai mengesat muka.
“Dah lah. Jom gerak balik office ajelah.” Dalam dia berusaha menayang muka selamba, sekilas ternampak muka sendiri pada side mirror, Allahuakbar, patutlah! Suraya menarik nafas panjang. Merah mengalahkan udang kena bakar!
Gear 1 dimasukkan. “Pula? Bukan tadi kata lapar ke apa?.”
Suraya ni kena sampuk ke apa dekat dalam masjid tadi? Orang lain keluar masjid, muka dan jiwa tenang. Kawannya yang seorang ini pula pelik sungguh. Tadi dia juga yang sibuk nak cepat cari tempat makan, alih-alih nak balik office pula.
“Ah, err..aku..aku tiba-tiba rasa kenyanglah pula, Fara. Rasa tak selera nak makan.” Mahunya dia tak selera bila hati dah penuh dengan bunga daisi sampai melimpah ke kantung perut sekaligus.
“Habis tu aku?.”
“Ahh, kita tak payah makanlah. Okey?.”
Farahin membulatkan mata merenung Suraya di sebelah. Tak payah makan? Dah hilang akal ke apa? Ini sah, memang Suraya dah disampuk! Sebab itu Suraya sampai lupa kawannya yang seorang ini tengah mengandung dan tak boleh tidak, mesti makan juga.
“Kau tak nak makan, tak apa. Tapi aku ni harus makan.” Putusnya tegas. Tak ingin dia jadikan baby nya malnutrisi gara-gara melayan Suraya yang kena sampuk.





~ Aku tak tahulah dah berapa lama blog ni takde cerita mengarut macam ni. Haha. Apa pun, enjoy reading. ( Enjoy? Enjoy apa kalau takat post ayat tunggal ni? )

5 comments:

  1. kak tya,slmt kmbli mnls,smbg cpt2 na,smpai skrg sy msh lg bc SKSI,mmg tebaeklh ctr tu,x mau bt SE ke

    ReplyDelete
  2. izzahmdshah : tikeu...tikeu..

    mona : All praise to Allah...SE apanya, mona..ME ada kut. Malas Edition. Hihi.

    ReplyDelete
  3. Baru jumpa blog ni. Yeaah ,pmulaan yg menarik. Enjoy <3

    ReplyDelete
  4. Baru jumpa blog ni. Yeaah ,pmulaan yg menarik. Enjoy <3

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts