Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Friday, October 1, 2010

Mr & Mrs BFF 50

p/s penaja : peminat2 BFF jgn risau, wlu tuan rumah bz nak promote SKSI, korang takkan ku lupa..hee...


Mak Biah tergeleng-geleng memandang suaminya. Air hangat yang masih bertakung di mata ditahan sesungguh hati, biar jangan jatuh menimpa pipi. Atau sekurang-kurangnya bukan saat ini.

Amishah melambaikan tangan sebelum keretanya menderu pergi semakin jauh. Pelik. Amishah semakin pelik kelakuannya, kata-katanya semenjak mereka kembali dari Sabah.

“Sudahlah tu. Jangan bebankan sangat fikiran awak tu.” Satu suara menegurnya dari belakang.

Tubuhnya dipusing pantas merenung Haji Rusdi yang elok membaca surat khabar.

“Macam mana saya nak bertenang tak fikirkan anak perempuan kita tu, bang. Mishah tu anak tunggal perempuan. Tengah mengandung tapi dah diceraikan. Saya kesian sangat dengan nasib dia.”

Haji Rusdi diam membisu seketika. “Ini semua dah ditakdirkan Tuhan. Abang pun simpati dengan nasib anak kita tu tapi kita tak sepatutnya tunjukkan sangat kesedihan kita. Nanti tambah menyerabutkan fikiran Amishah ada.”

Serabutkah fikiran Amishah? Itu yang membingungkan mereka suami isteri. Dan dia lebih-lebih lagi. Amishah sama sekali tidak menangis sejak mereka berpisah. Amishah tiba-tiba sahaja menjadi riang malah adakalanya lebih riang daripada saat sebelum dia bergelar isteri Khusyairi.

Apa sebenarnya yang berada dalam fikirannya?

Dalam hatinya yang dia tahu amat terluka itu.

“Saya risau banyak benda, bang.” Mak Biah melabuh punggung di salah satu kerusi kayu yang ada di ruang tamu itu.

“Janganlah awak nak tambah susahkan hati awak tu. Tak pasal-pasal nanti awak tu kena serangan jantung pula.”

“Saya risau ni berasas, bang. Abang tak nampak ke apa yang saya nampak pada Amishah?.”

Keluhan Haji Rusdi dilepas perlahan. Dia tahu apa yang mahu cuba disampaikan isterinya tetapi dia tidak mahu membincangkannya lagi. Amishah bukanlah anak yang banyak bergantung kepada orang tua. Malah dia tidak suka mereka berdua sampai bersusah hati memikirkan dirinya dan itulah yang cuba dia lakukan kini.

“Abang tak nampak?.” Desak Mak Biah masih mahu mendapatkan pandangan suaminya. Dia memang betul-betul risau sejak dia mula menyedari perubahan sikap Amishah.

Amishah yang sama sekali tidak mahu berehat di rumah. Amishah yang kelihatan berganda komitednya terhadap kerjanya sebagai guru. Amishah yang tidak mahu makan tapi teramat suka memasak.

“Anak kita tu boleh jadi gila ke, bang?.” Soalan itu tiba-tiba terpacul dari mulutnya.

Haji Rusdi lekas mengangkat kepala. Dahinya berkerut seribu mendengar jangkaan tidak berasas Mak Biah itu. “Astaghfirullahalazim. Awak ni, nak sangat ke anak kita tu jadi gila?.”

“Bukanlah, bang tapi…”

“Eh, dah..dah..abang tak mahu dengar lagi awak berfikiran yang bukan-bukan pasal Amishah. Insyaallah dia okey. Dia dah besar panjang, dah cukup akal. Biarlah dia berfikir sendiri apa nak buat selepas ni.”

“Abang..” Mak Biah terasa sedikit hampa. Dia tahu kata-kata suaminya yang dia kahwini sejak berpuluh tahun itu tiada satu pun cacatnya. Memang benar Amishah sudah besar panjang tapi..

“Abang kata sudah tu, sudahlah. Amishah, anak awak tu dah besar panjang. Dah jadi cikgu pun. Tahulah dia berfikir sendiri.”

Dia masih mahu meneruskan hujah apabila Haji Rusdi bangun membawa sama surat khabar di tangannya masuk ke dalam rumah.

“Abang, ramai orang yang masuk wad sakit jiwa tu manusia-manusia yang dah teramat dewasa, yang dah terlebih besar panjang, dah terlebih bijak berfikir bang. Bukan setakat cikgu, yang lebih hebat pun ramai. “

9 comments:

  1. dah bercerai ke....huhuhu..sedihnya..

    ReplyDelete
  2. ishhh benci pulak dgn khusyairi nih...memula saya marah kat amishah...takkanla si kusyairi takde ati perut ceraikan amishah yg tgh pegnen...

    ReplyDelete
  3. cpt la smbg ye...

    ReplyDelete
  4. blh ke crai time prgnant?

    >>niCk<<

    ReplyDelete
  5. nick ;
    ya, menurut hukum yg saya tahu, memang boleh cerai walau tengah mengandung...nora danish pon cerai time mengandung gak kan?

    ReplyDelete
  6. best la Tyea..
    sori..dh lama aku tak kacau kau..
    otak aku berserabut la Tyea..
    tp aku tak pernah lupakan kau, dan karya kau..

    ReplyDelete
  7. rujuk r balik...nanti baby lahir kesian...

    ReplyDelete
  8. wendy : Ada masalah yerk? takpe, aku okey. banyakkan sabar ya, tenang2kan fikiran tu..hee..

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts