Dear korang,
Kalau rasa pendek sangat, sila baca berulang-ulang. Hee... :) TQ 4 reading my story. Luv u all.
10
“Suraya.”
Suara garau itu berjaya membuat Suraya
cepat-cepat mengalih tubuh ke arah pintu. Mug yang baru dia isi dengan Milo
3-in-1 itu diletak ke atas meja.
“Ya, Datuk?.”
Agaknya Farahin pun baru sedar lelaki
yang memanggil nama Suraya itu tadi rupanya Datuk Muaz, dia ikut sama menoleh. Terkebil-kebil
dia memandang muka tegang Datuk Muaz. Cepat-cepat dia berdiri.
“Mana pergi Naufal ni?.” Dari nadanya
saja, Suraya sudah tahu Datuk Muaz tengah simpan rasa marah pada anaknya.
“Encik Naufal keluar jumpa Mr. Josh
tapi the meeting supposedly ends an hour ago. Tapi Encik Naufal tak masuk
office lagi.”
Datuk Muaz cekak tangan kanan ke
pinggang. Rolex di tangan dijeling. Sekarang sudah pukul 3. Dah sejam habis
meeting pun. Sudahlah ditelefon, dia tak angkat. Hantar mesej ke apa, pun tak
ada.
“So, mana dia?.”
“Dia tak inform apa-apa dekat saya,
Datuk. Agaknya dia dah tak balik office sebab lepas ni dia free.” Jadual Encik
Naufal, kalau Suraya yang atur, dia takkan pernah lupa. Jangan kata untuk
sehari, dua hari punya jadual pun Suraya boleh hafal untuk Encik Naufal.
Dengus tak puas hati Datuk Muaz jelas
sampai ke telinga Suraya. Ke telinga Farahin juga. “Awak ni PA dia ke apa? Asyik-asyik
tak tahu. Asyik-asyik dia tak inform.”
“Maaf, Datuk.”
“Dah, you better go and get him. Cari dia
sampai dapat. Cakap dengan dia, pukul 4 nanti Datin tunggu dekat butik. Buat fitting
baju pengantin.”
Suraya angguk laju. Farahin, selepas
Datuk Muaz berlalu, terus terkedu dengan mata membulat terlebih excited
memandang Suraya. Malangnya, belum sempat dia buka mulut, Suraya sudah keluar
meninggalkan pantry.
Sudah nak hampir dua puluh kali dia
tekan butang redial. Tapi sudah nak hampir dua puluh kali jugalah panggilannya
langsung tak bersambut.
Akhirnya dia terduduk.
Kata Datuk Muaz tadi, fitting baju
pengantin tu jam empat. Suraya terus mengeluh. Sekarang sudah pukul 3.50. Ada
lagi sepuluh minit peluangnya nak bercakap dengan Encik Naufal.
Tapi anak lelaki sulung Datuk Muaz ni
hilang tak dapat dijejak!
Ke mana saja Encik Naufal ni hilang.
akak,trimas,esok pst lg
ReplyDeletesuka tak? suka tak? haha...
Deleteakak,i dtg lg nk n3
ReplyDeleteMona, kau memang kan...diberi betis,nak peha plak...haha
Deletenaufal nak melarikan diri dari perkahwinan ni agak nya. tak pernah pun crita pasal siapa jodoh dia ....
ReplyDeletependek pun x mengapa ....janji hari2 ada n3....
--za--
ok..dah dpt green lite post pendek2..hihi...
Deletehuhuhuhuuh.. ten q.. best!.. best.... nnt sambung cepat2 erkk
ReplyDeleteakak,sy snggh lg,nnti2 pst yer
ReplyDeleteakak,mlm ni st n3 na,bkn takat paha,klau blh nk smua skali hehehehe................
ReplyDeletemalam ni mmg x dptlah..ngantuk,penat,otak ala2 nak jam dah.sblum dia betul2 jam,I kena masuk beradu dulu.
ReplyDeleteakakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk,sy dtg bg smngt ni,
ReplyDeleteakak,sy snggh lg,bt kj akak bg abih dl,pstu smbg na
ReplyDelete