Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Thursday, February 7, 2013

Jangan SenTuh haTiku 11



11
Rumah banglo serba putih itu sunyi-sepi. Naufal kerling jam besar pada dinding. Baru pukul 9. Selalu Nathrah dan Nur Nasuha ada saja siapkan homework dekat meja makan. Tapi malam ini ruang tingkat bawah sunyi saja.
Pergi mana semua orang?
Naufal jenguk ke dapur. Meja makan macam biasa, meriah dengan makanan yang tak habis dimakan. Dia tergeleng-geleng.
“Naufal?.”
Gelengannya terhenti. Lambat-lambat dia menoleh ke belakang. “Ibu?.”
“Belum makan?.”
“Tak singgah mana-mana tadi, ibu.”
Wanita berbaju tidur satin itu terus saja ke arah kabinet. Diambilnya sebiji pinggan lalu dibawa ke meja. “Nak nasi banyak ke sikit?.”
“Biar Naufal senduk sendiri, ibu.”
“Tak apa.” Cukup empat senduk, pinggan itu dihulur pada Naufal. Tudung saji dibuka. Datin Faizah biarkan saja anaknya duduk dan mula menyenduk lauk. Walau macam mana terasa nak marahnya dia pada Naufal, dia tetap mahu lihat anaknya isi perut dulu.
Selepas membaca doa, Naufal mula menyuap. Sedap.
“Ibu tak nak duduk sekali?.” Soalnya dengan cukup lembut.
Naufal memang begitu. Dengan orang tuanya, dia akan jadi anak paling lemah-lembut. Dengan adik-adik saja dia pandai guna suara tegas. Sebab itu Datin Faizah senang dengan Naufal.
“Habiskan makan dulu. Ibu tunggu dekat depan tu.” Datin Faizah menunjuk ke ruang tamu. Ada benda dia nak langsaikan dengan Naufal lepas ini.
“Okey, bu.”
Datin Faizah terus saja meninggalkannya seorang diri di meja makan. Dari dinginnya suara Datin Faizah menjawab soalan-soalannya tadi, Naufal yakin mesti ada benda yang tak kena akan jadi isu.
Nasi di pinggan Naufal habiskan segera. Lauk-pauk yang berbaki dimasukkan ke dalam bekas kedap udara kemudian disusun di dalam peti sejuk. Esok pagi boleh reheat dan sambung makan. Laju saja dia mengemas segala benda yang kotor sebelum bergegas mencari Datin Faizah.
“Ibu?.”
Butang off ditekan. Skrin besar itu terus gelap. “Duduk dulu. Ibu nak cakap satu benda ni.”
“Benda apa tu?.” Selamba Naufal bertanya.
“Naufal tak rasa bersalah ke?.”
Kening kiri digaru dengan ibu jari. Bersalah kenapa? “Tak fahamlah, ibu. Naufal ada buat benda tak betul ke?.”
“Naufal!.” Keras suara Datin Faizah. Naufal anak sulungnya yang paling dia sayang dan paling dia kenal luar dan dalam. Rasanyalah. Tapi kali ini betul dia tak faham apa sudah jadi dengan Naufal.
Sudah buat salah, boleh tunjuk pula gaya selamba macam tak ada apa-apa.
“Betul, ibu. Serius Naufal tak faham maksud ibu. Sorry, bu.” Iyelah, setahunya dia tak ada buat apa-apa pun. Naufal garu lagi keningnya. Musykil.
“Where’s your phone?.”
“Phone?.”
“Yes, that iPhone. Mana dah?.” Sedaya upaya Datin Faizah cuba kawal nadanya.
Naufal menyeluk saku seluar. Kosong. Mana eh?
“Mana?.”
Lama dia berfikir sebelum tiba-tiba menepuk dahi. Baru ingat. “Allah, kejap bu. Rasanya Naufal tertinggal dekat kereta sejak siang tadi lagi.”
“What?.”
Sengaja dia menayang sengih manja pada Datin Faizah. Betul dia terlupa sangat dekat telefonnya. Habis saja meeting dengan Mr. Josh petang tadi, dia terus singgah solat zuhur di masjid.
Kebetulan sangat, waktu dia singgah itulah dia ternampak ada banner terpasang dekat kawasan masjid. Ada kuliah agama lepas asar nanti sampai ke isya. Tak berfikir panjang, Naufal tunggu saja waktu asar kemudian sama-sama mendengar kuliah agama sampai ke waktu isya.
Allahuakbar, langsung dia lupa nak call Suraya! Mesti Suraya sibuk mencarinya petang tadi. Kasihan Suraya!

3 comments:

  1. Pendeknya....huhuhu..apapun tq ye cik writer.x sbr tggu next n3.

    ReplyDelete
  2. I think la kan..naufal mcm xkesah psl weddng dia n dia sgt concern psl suraya..dia ske suraya eh???
    Cepat updte next n3 pls..tq..

    ReplyDelete
  3. sukeeeeeee.... nak lagiiiiiiii......

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts